Noh Daniel&Nur Nadia Part 14

430 22 0
                                    


Malam itu Noh Daniel merehatkan dirinya. Hari ini hari yang begitu panjang. Seharian masa dihabiskan dengan Nur Nadia. Noh Daniel berbaring di atas katil sambil membaca novel kegemarannya. Nadia yang baru selesai mengemaskan dapur turut merehatkan diri di sisi Noh Daniel. Melihat Noh Daniel begitu khusyuk membaca novel membuatkan dia mulai meloloskan diri di antara lengan dan badan Noh Daniel lalu merebahkan kepalanya ke dada Noh Daniel.

"Awak cuba goda saya ke?" Noh Daniel menyoal, hairan melihat Nadia manja sebegitu. Nadia cuba buat selamba walaupun jantungnya juga berdegup laju. Dia cuba untuk membiasakan diri dengan Noh Daniel.

"Mana ada. Saya pun nak baca apa awak baca." Ujar Nadia sambil mengawal nada suaranya agar tidak jelas yang dia berdebar.

"Ingat nak goda. Saya on je." Noh Daniel mengusik. Jujurnya hati lelakinya agak tertarik dengan tingkah Nadia. Manja dan menggoda!

"Jangan mengada eh. Baca cerita ni." Nadia menunjuk ke arah novel yang dipegang Noh Daniel. Buat beberapa ketika mereka hanya diam dan membaca setiap aksara yang ada.

"Siapa Nurul Aulia?" Nadia menyoal, tiba-tiba.

"My ex-girlfriend." Ujar Noh Daniel, bersahaja.

"Isteri Megat Hariz?" Nadia menyoal lagi.

"Ya. Cerita lama. Kenapa?"

"Dia ke yang buat awak benci saya tu? Orang yang awak sayang sangat and buat sayang jadi benci amat tu?" Nadia teringat Noh Daniel pernah memberitahu tentang seseorang yang seperti diri dia, yang membuatkan Noh Daniel melepaskan kebencian dan kemarahannya kepada Nadia.

"Erm..."

"Oh... sebab tu awak tumbuk dia malam tu? Marahnya. Berapa lama awak bercinta?" Nadia menyoal lagi. Soalan-soalan yang disimpan dari kedai makan siang tadi. Mahu bertanya semasa mereka makan tengah hari tetapi tidak mahu bertanya di depan Megat Hariz.

"Dari sekolah menengah sampai habis degree."

"Lamanya. Macam mana boleh jadi isteri Megat?" Nadia menyoal lagi.

"Jodoh kut." Noh Daniel membalas pendek.

"Kalau awak kata jodoh kenapa awak tumbuk Megat?" Nadia tidak berlapik, selalunya begitu.

"Saya tumbuk dia sebab masa tu saya masih marah dan kecewa." Ujar Noh Daniel, tenang sahaja.

"Sekarang?"

"Saya dah ada Nur Nadia. Buat apa nak ingat lagi Nurul Aulia."

"Kiranya, kalau saya tak ada awak ingat lagi kat dia?"

"Mungkin."

"Erm..." Nadia cemburu.

"Jealous la tu. Siapa suruh tanya?" Noh Daniel membalas.

"Tak cemburu pun."

"Siapa first love awak Nadia?" Noh Daniel menyoal. Nadia ketawa, membuatkan Noh Daniel berkerut di belakang Nadia.

"Tanya lagi?" Nadia membalas dengan soalan.

"Kenapa?" Soal Noh Daniel.

"Saya tak pernah bercinta Encik Noh. Encik Noh lah cinta pertama saya." Jujur, begitu jujur Nadia membalas. Kenyataan yang membuatkan Noh Daniel tersenyum lebar. Terus sahaja satu ciuman diberikan di belakang kepala Nadia. Membuatkan Nadia mengangkat kepala dan memandang Noh Daniel sekilas sebelum kembali membaca novel yang dipegang Noh Daniel.

Nadia mengalih pandangan, memandang tepat ke arah Noh Daniel. Kepala masih diletakkan di atas dada Noh Daniel. Nadia memandang Noh Daniel tidak berkelip. Noh Daniel menutup novel dan meletakkannya di sisi. Dia membalas pandangan Nadia.

N & NWhere stories live. Discover now