Noh Daniel & Nur Nadia Part 8

420 21 0
                                    

Part 8

Malam dirasakan berlalu sangat panjang. Lewat mereka tidur malam tadi hanya kerana mencari seseorang yang bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Namun ayat akhir Noh Daniel masih terngiang-ngiang di telinga Nur Nadia sehingga dia tersenyum sendiri.

"Tapi bila kita tangkap orang yang buat semua ni, jangan marah dulu tapi terima kasih."

"Terima kasih?"

"Yalah. Terima kasih sebab cepat temukan jodoh kita berdua."

'Ceh!"

Telefon yang berdering sejak awal pagi tadi dibiarkan sahaja berdering. Malas nak dijawab. Pak cik. Entah apa lagi yang diinginkan. Duit? Tak cukup lagikah semua harta ibu dengan abah dihabiskan? Tidak cukup lagikah barang kemas Nadia dijualnya. Nadia bersyukur, sangat bersyukur berkahwin dengan Noh Daniel. Walaupun pada awalnya dia gementar dan takut kerana Noh Daniel yang dulu sangat membenci Nur Nadia. Lelaki itu bengis dan sinis sekali apabila berdepan dengan Nur Nadia. Tetapi Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang. Apa yang dijangkakan dari Noh Daniel meleset. Lelaki itu bahkan seluruh keluarganya juga menerima Nur Nadia dengan penuh kasih sayang. Terasa kasih sayang yang diberikan itu begitu jujur dan ikhlas. Kasih sayang yang dirindukan sejak ibu dan abah pergi buat selama-lamanya.

"Kenapa tak angkat call tu?" Noh Daniel yang masuk ke dapur menegur. Sedari tadi dia mendengar bunyi telefon, berulang kali.

"Malas." Balas Nadia pendek.

"Dah kenapa?" Noh Daniel hairan. Telefon Nur Nadia di ambil.

"Pak cik yang telefon. Biarlah." Nadia membalas. Noh Daniel mengeluh perlahan. Tahu benar Nadia tertekan. Biarpun Noh Daniel tidak begitu mengenali siapa Pak cik Nur Nadia tetapi dari apa yang papa pernah beritahu dan reaksi Nadia, Noh Daniel boleh mengagak lelaki itu bukanlah lelaki yang baik. Entah bagaimana Nur Nadia lalui hidup dengan keluarga itu selama ini? Hati Noh Daniel menyoal sendiri.

Dalam diam mereka berdua, telefon Nadia yang dipegang Noh Daniel berdering lagi. Kali ini tiada nama.

"Ni siapa pula? No name..." Noh Daniel menunjukkan telefon itu kepada Nadia. Nadia menjungkit bahu setelah nombor yang naik di skrin telefon tidak dikenalinya.

"Angkatlah... mana tahu orang yang perangkap kita ke..." Noh Daniel menghulurkan telefon itu kepada Nadia setelah berdering buat kali kedua. Nadia menghela nafasnya berat. Talian disambungkan.

"Assalamualaikum... siapa ya?" Suara Nadia sebaik sahaja talian bersambung.

"Waalaikummussalam. Ni aku. Tuan Hassan." Jantung Nadia bagai terhenti mendengar suara dan nama itu.

"Aku nak tuntut janji empat tahun dulu. Kau jangan main-main dengan aku." Terus sahaja Nadia mematikan talian. Badannya menggigil. Kaki terasa lemah untuk berdiri. Mujur sahaja dia sempat memaut meja di tepi, jika tidak sudah terjelepok jatuh ke lantai. Noh Daniel laju sahaja mahu menyambut Nadia dari terjatuh.

"Eh... awak kenapa ni? Siapa yang telefon?"

"Nadia... siapa?" Noh Daniel menyoal lagi dan lagi. Risau melihat Nadia yang hampir jatuh selepas menjawab telefon. Siapa? Apa yang terjadi? Nur Nadia sudah mengalirkan air mata. Nadia tidak bersuara dan hanya menggelengkan kepala.

Bengang soalan tidak berjawab. Noh Daniel mengambil telefon Nadia dan terus menghubungi nombor tadi. Nur Nadia cuba mengambil kembali telefonnya namun ditepis kuat oleh Noh Daniel.

"Hello... siapa ni? Apa kau cakap dengan Nadia?" Noh Daniel bersuara tegas. Nur Nadia cuba menghalang Noh Daniel daripada terus di talian dengan Tuan Hassan. Noh Daniel tak boleh tahu, lagi. Belum masa untuk Noh Daniel tahu.

N & NWhere stories live. Discover now