BAB 6

219 34 4
                                    

NADIRAH termenung diluar jendela . Sudah dua hari dia tidak memasuki kedalam pejabat . Dia diberi cuti oleh Amdan sebaik sahaja dia memberitahu dia perlukan cuti hanya satu hari .

Dia cuti kerana perasaan takutnya masih menguasai dirinya. Namun Amdan menambahkan cuti , katanya dia masih trauma dan perlu berehat untuk seketika . Nadirah mengeluh , dia baru sahaja bekerja disana , sudah mengambil cuti .

Alhamdulillah , dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah . Cuma luka dibetisnya sahaja .

Sebaik sahaja kereta itu membunyikan hon , Nadirah segera cepat cepat berlari . Namun dia tergesel dengan batu membuatkan kakinya berdarah .

Kereta itu berlalu tanpa memberhentikan kereta atau menanya dirinya . Nadirah terkesima . Takkanlah pemandu tersebut tidak nampak dirinya yang terjatuh ?

Nadirah hanya mampu melihat kereta itu meluncur laju membelah jalan raya . Dia memegang kakinya yang berbalut stokin koyak akibat tergesel batu yang tajam itu .

"Tak apalah Nadirah , maafkan saja pemandu tu ." Nadirah menenangkan dirinya . Dia tidak mahu bergaduh dengan pemandu tersebut hanya kerana kakinya berdarah .

Kini kakinya sudah semakin pulih . Mujur ada minyak gamat yang dibuat olehnya menggunakan ramuan yang diturunkan oleh ibunya .

Tentang fail Aidan itu , dia sudah meminta Amdan mengambil didalam laci mejanya . Nasib baik dia sudah letak didalam laci , kalau tidak , sudah pasti Aidan mencarinya hingga kerumah .

Memikirkan tentang Aidan , automatik hatinya terhiris sedikit demi sedikit . Sakit , sangat sakit . Tetapi mujurlah semasa dia berkerja disitu , Aidan tidak mengungkit fasal apa yang dia lakukan dahulu pada Aidan .

Dia sendiri pun tidak mahu mengingati dirinya yang dahulu . Dia amat malu dengan dirinya yang terhegeh hegeh pada lelaki yang bukan mahram .

Namun perasaannya terhadap Aidan masih belum hilang . Tetap sama , mungkin sekarang dia tidak mengedik dengan Aidan lagi...

Akan tetapi dia tetap akan mengekalkan perasaan cinta pada Aidan .

Takkan pernah hilang .

Dan akan sentiasa kekal didalam hatinya .

· · • • • ✤ • • • · ·

Aidan menghempaskan tubuhnya keatas katil . Hari ini dia pulang kerumah umi dan abahnya . Dirumah keduanya , dia tidak tahu untuk makan apa , mahu makan diluar tetapi takut terserempak mana mana perempuan yang dia pernah tiduri sebelum ini .

Puan Nazirah masih belum bercakap dengannya . Hanya kerana dia melepak dikelab malam , hati orang tua itu sudah terkesan kerana perangainya .

Namun Aidan tidak mengambil pusing , dia bukanlah pakar memujuk perempuan . Benarkah ?

Sudah beberapa hari dia tidak pergi kekelab malam . Tidak tahu mengapa dia tiada mood untuk pergi kesana hanya kerana tamparan Sofia . Mungkin Aidan pantang diperlakukan sebegitu ?

Dan dalam masa yang sama , sudah dua hari juga dia tidak nampak kelibat Nadirah dipejabat . Kemana gadis itu pergi ? Dia mahu menanya pada abangnya , tetapi dia berat mulut .

Tapi kenapa aku nak sibuk pasal perempuan tak guna tu ? Aidan merengus , hatinya masih lagi membenci pada Nadirah . Tidak semudah itu dapat dipadamkan .

Bukan setakat benci , namun dia mempunyai perasaan yang lain .

Guess what ?

Dendam .

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now