"KENAPA kau cakap macam tu ?" Amdan meletakkan dulang itu diatas meja dan bergerak menghampiri kearah Nadirah . Diduduknya diatas katil tersebut sambil matanya melekat pada wajah itu .
"Sebab saya dapat rasakan benda tu . Saya selalu bermimpi hidup bahagia bersama Aidan tetapi didalam realitinya , rumah tangga kami kucar kacir . Dan hati saya sangat kuat untuk berkata bahawa rumah tangga kami tidak akan pernah bahagia , hanya mimpi jelah untuk kami berdua bahagia . Betul tak ?" Nadirah mengerling kearah Amdan . Terbit rasa serba salah disanubarinya kerana membahasakan 'kau-aku' seperti malam tadi .
Amdan terdiam . Tidak tahu apa yang patut dibalas . Matanya mula menekur keatas lantai yang dibentang dengan karpet itu . Dia masih cuba mencerna apa yang disampaikan oleh Nadirah sebenarnya .
"Aidan sebenarnya sayang saya ke tidak ?" soalan ini membuatkan Amdan lagi terdiam . Perlahan lahan dia menganggukan kepalanya , mengiyakan soalan dari Nadirah .
"Kalau sayang , kenapa dia tinggalkan saya ? kenapa dia tuduh saya buat anak haram dengan abang am ? kenapa ?" bertubi tubi soalan yang dilontarkan . Amdan mengangkat wajah memandang Nadirah , serba salah mula semakin menggunung didalam dirinya .
"Mungkin dia masih terkejut tengok bagaimana kita malam tadi atas sofa . Tapi , aku nak minta maaf sebab aku , rumah tangga kau kacau bilau semula . Niat aku cuma untuk buat kau selesa tidur je , and aku sangkakan yang kau demam , so that's why kau pengsan . Sorry ." Nadirah mengetap bibirnya , tidak tahu apa yang patut direspon .
"Maaflah kalau apa yang saya katakan ini sedikit kasar , tapi layakkah untuk abang menyentuh saya ? abang tahukan saya yang saya sudah bersuami ?" lirih suara Nadirah kedengaran . Mata Amdan tertacap pada wajah bersih Nadirah .
"Aku tahu , tapi kan aku kata aku cuma nak bagi kau selesa-"
"Selesa ? dengan abang buka tudung saya , tang mananya saya nak selesa ?" agak kasar pendengaran Amdan . Nadirah sudah memalingkan wajahnya jauh dari Amdan . Dia cuba mengawal kata katanya agar tidak melukai hati lelaki tersebut , namun emosinya pula tidak dapat dikawal dengan baik .
"Lepastu kau freehair depan aku ni kira selesa ke ?" soalan yang dilontarkan oleh Amdan sedikit sebanyak menguji kesabaran diri Nadirah . Dia merenung tepat kedalam anak mata lelaki itu .
"Abang sebenarnya ikhlas atau tak minta maaf ? abang , saya taknak hilang hormat ya dengan abang ." Bergetar suara Nadirah menahan perasaan yang bergelora didalam jiwanya .
Amdan menghela nafas sebelum meraup wajahnya . "Okay , maafkan aku sebab menjadi penyebab semua ini . Dan maafkan aku sebab cakap pasal tadi ." Kata Amdan . Kini matanya sudah tertacap pada dinding , bukan pada wajah Nadirah lagi .
"Kalau dengan maaf tu boleh mengembalikan orang yang saya sayang , saya akan maafkan ." Kata Nadirah senafas . Jauh dilubuk hatinya , dia tidak betah untuk berkata kata sebegini . Namun dia rasa inilah masa yang sesuai untuk dia bersikap keras hati . Dia tidak mahu diperbodohkan lagi .
"Kembalikan siapa ? Aidan ?" Nadirah mengangguk . Siapa lagi kalau bukan Aidan , satu satunya manusia yang dia sayang dan cintai dan masih bernafas diatas bumi .
Keluhan berat dilepaskan . "Aku tak janji , tapi aku akan cuba kembalikan kebahagiaan kau ." Jawapan yang diberi oleh Amdan membuatkan Nadirah tersenyum lebar . Tiba tiba dia berasa terlalu gembira , mahu saja dia meloncat disini .
"Tapi , tolong jangan berharap sangat ."
Wajah yang ceria itu mengendur semula . Nadirah mengerutkan keningnya sambil memandang pada wajah itu . Apa maksud Amdan ?
Amdan yang seolah olah mengerti dengan pandangan tersebut terus berkata . "Aku taknak kau sendiri akan kecewa dikemudian hari , sebabtu aku kata jangan terlalu berharap sangat . Lagipun , kau tahukan perangai suami kau macam mana ? keras hati orangnya ."
YOU ARE READING
Cinta Yang Terabadi
Romance- Aku hanyalah manusia yang hina dengan dosa . Layakkah aku ? - - Segala apa yang berlaku , saya terima dan redha dengan hati yang ikhlas . - ! jika ternampak perkataan/aksi yang ganas, sila abaikan dan jangan terbawa bawa kedalam kehidupan yang seb...