BAB 46

133 34 2
                                    

"I miss you , sayang ."

Terbuka luas kedua dua kelopak mata Nadirah mendengarkannya . Aarif disitu sudah tersenyum . Dia mengambil tangan kanan Nadirah sebelum dielusnya perlahan .

"Sayang lapar lagi tak ? nak kita masakkan ?" Nadirah menggelengkan kepalanya laju . Mustahil dia mahu bersama dengan Aarif lagi selepas ini , pulakan lelaki ini mula bertindak pelik padanya .

Tanpa sedar , dahi mereka sudah bersatu . Kejung tubuh Nadirah apabila mata mereka bertembung . Didalam anak mata hitam lelaki itu , seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan .

Tepi bibirnya dikucup sebelum lelaki itu segera berlalu keluar dari perut kereta . Dia tersengih kemenangan apabila melihatkan wajah Nadirah sudah mula memerah .

Tidak tahu sama ada marah ataupun malu .

Tubuh Nadirah mula terkaku disitu . Entah mengapa terasa ada aliran yang mengalir hebat didalam tubuhnya .

"Astaghfirullah ." Nadirah segera beristighfar seraya memejamkan matanya rapat . Sepatutnya dia mempunyai perasaan yang marah dan tidak suka atas perlakuan Aarif terhadapnya , malah dia terbuai pula seketika .

Melihatkan Aarif sudah masuk kedalam rumah , Nadirah juga segera keluar dan bergerak masuk . Nadirah berlari anak menaiki keatas tangga menuju kebiliknya .

Tombol pintu dipulas dan segera Nadirah meloloskan diri kedalamnya . Takut jikalau terserempak dengan Aarif lagi . Dia mengeluh sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal .

"Macam mana aku nak keluar dari bilik ni esok ?" soal Nadirah perlahan . Esok pagi semestinya Irwan akan mengetuk pintu bilik menyuruh dia turun makan , bersarapan bersama mereka berdua .

Dan sudah tentu dia akan bertembung dengan Aarif dimeja makan nanti .

Jikalau pada waktu pagi dia tidak turun bersarapan , bagaimana pula dengan waktu tengahari , petang dan malam ?

Takkanlah dia mahu berkurung didalam bilik ini selama 24 jam lamanya ?

Malas mahu memikirkan tentang itu , Nadirah segera membersihkan diri terlebih dahulu sebelum melelapkan mata .

Habis saja selepas membersihkan diri , Nadirah terus berbaring diatas katil . Jam diatas meja kecil disebelahnya ditatap seketika sebelum Nadirah menguap kecil . Sudah pukul 11.30 pm , patutlah dia merasa mengantuk .

Baru saja matanya ingin terkatup , telefonnya berdering menandakan ada notifikasi whatsaap muncul . Pada awalnya Nadirah mahu malas melayan , tetapi apabila ia berdering buat kesekian kalinya , lambat lambat tangan Nadirah mencapai telefon itu sebelum dibukanya notifikasi itu .

From ; 𓆩❤︎𓆪 جنتي

+ Jaga diri baik baik , sayang .

+ I love you , goodnight .

Secara tiba tiba , hilang rasa mengatuknya apabila melihatkan mesej yang dihantar Aidan . Nadirah membetulkan posisinya dari berbaring kepada duduk bersila sambil wajahnya tersenyum .

"Mungkin ini adalah masa untuk aku tinggalkan rumah ni ?"

Laju jarinya menaip membalas mesej .

You ;

+ Goodnight , abang .

Aidan yang sedang termenung jauh itu merenung semula kearah skrin telefonnya . Matanya terbuntang sebelum dia menjerit kegembiraan . Mujur biliknya itu kalis bunyi , jika menjerit sekuat manapun pasti tidak akan didengari sesiapa yang berada diluar .

"Aku mimpi ke ni ?" Aidan tergelak besar sambil mengucup beberapa kali pada skrin telefonnya . Sudah lama dia menantikan isterinya itu untuk membalas mesejnya . Dengan perasaan gembira yang mencanak naik , segera dia membalas .

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now