BAB 2

355 51 49
                                    

AIR kencing syaitan itu diteguk rakus . Sudah lama Aidan tidak menjejakkan kakinya kesini kerana telah digertak oleh abahnya supaya perbuatan ini segera berhenti .

Nama pun Aidan , seorang yang mementingkan diri sendiri dan jika dia berkata putih , maka putihlah .

"Nampak juga muka toya kau dekat sini , ingatkan dah meninggal ." Suara yang entah dari mana muncul menampar perlahan gegendang telinganya . Aidan menoleh kebelakang sebelum mengukir senyuman sinis .

"Hidup lagi manusia macam kau , ingatkan dah kena tanam dalam kubur ." Bidas Aidan selamba . Dia terus berpusing kehadapan semula dan menyambung minum air haram tersebut .

Adham melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan Aidan . "Dah pandai ek kau ." Iyalah , Aidan bukan sejenis manusia yang suka bergurau , mukanya dingin 24 jam itupun masih ada lagi perempuan terikat .

"Shut up , Adham . Better main dengan anak ayam kau jela , datang sini buat apa !" agak tinggi sedikit suara Aidan , namun masih tidak dapat didengari oleh manusia manusia yang asyik menari dengan dentuman muzik yang kuat .

Adham menggeleng kepala perlahan sebelum membuka mulut . "Beku beku kau pun , ada orang masih sangkut . Macam manalah diorang bertahan dengan perangai kau ni ." Aidan hanya diam membisu .

"Perempuan yang dekati aku semua kaki cukur Adham , aku layan dengan duit semua datang melutut . Jadi jangan harap aku nak fikir perasaan diorang terhadap aku . Boleh blah ." Aidan mengangkat kaki pergi dari situ sebelum menarik beberapa gadis supaya mendekatinya atau lebih tepat 'makanannya' . Amarahnya berkecimpung dengan perasaannya , dia perlukan 'teman' buat malam ini .

"Senang betul kau Dan , ada rupa dan duit , sekelip mata kau menakluki perempuan . Padahal dah ada yang menunggu kau dengan hati yang ikhlas ."

Teringat perbualannya diantara Nadirah 8 bulan yang lalu , ketika itu mereka menghadiri majlis perpisahan buat kali terakhir untuk mereka sebelum mereka membuat haluan masing masing . Ketika itu , dia nampak ada kesungguhan dalam diri Nadirah pada Aidan . Nadirah setiap hari membawa bekalan makanan untuk Aidan tetapi dikeji pula gadis itu . Tak bersyukur betul Aidan ni .

"Seriously Nad ? you prefer jantan yang tak nampak you tu ke dari I ? hahaha ." Adham menahan kecewa , dia sukakan Nadirah tapi Nadirah pula sukakan kawan baiknya , Aidan .

Sepatutnya dia yang dicintai , bukan Aidan .

"Maaf Adham , sa- saya sayangkan dia..." Takut takut Nadirah menjawab . Bukan dia tidak mahu menerima cinta lelaki itu , tetapi dia anggap lelaki itu tidak lebih seorang kawan .

"It's okay dear , tapi kenapa you pilih dia ? dia langsung tak nampak you , dia pandang you pun tak , benci lagi ada ." Sengaja Adham memprovok Nadirah , mahu melihat reaksi gadis itu .

Malang sekali gadis itu beriak biasa .

"Saya tahu lambat laun dia akan suka saya , cepat atau lambat , tiada siapa tahu Adham ." Nadirah sudah ingin berlalu , malas dia mahu berdepan dengan lelaki yang tak faham bahasa .

Erk .

"Dia dah rosakkan banyak perempuan , kalau you nak jadi mangsa salah satunya , silakan terus terusan flirt dia ." Sejurus berkata , Adham berlalu dari situ dengan perasaan yang sebal . Api cemburunya semakin membakar dirinya apabila Nadirah seolah olah tidak ambil pusing apa yang dikata .

Nadirah mengangkat sedikit bibirnya . Kalau benar Adham membenci Aidan , tidak perlu sampai mereka cerita . Aidan itu baik orangnya dan dia pasti akan hal itu .

· · • • • ✤ • • • · ·

Danisya menendang kuat meja kecil yang berada ditepi katil miliknya . Sudah seminggu hal itu sudah berlalu . Hal apa ?

Hal yang daranya sudah dipecahkan oleh Aidan !

"Senang senang kau pecahkan dara aku , senang senang juga kau nak lari . Kau sabar , kau belum kenal aku lagi ." Geram bercampur dendam apabila bangun daripada tidur , banyak duit terletak elok di mukanya . Dia diperlakukan seperti tiada maruah !

Aidan adalah lelaki pertama yang memperlakukan dia sebegini , jadi dia akan mencari lelaki itu sehingga kelubang cacing .

Dia pantang , pantang orang membuat dia seperti anjing kurap .

"Kau ingat aku bodoh macam perempuan perempuan simpanan kau yang dulu ? jangan harap aku lepaskan kau , memang porak peranda hidup kau aku kerjakan ." Macam dia tidak tahu lelaki itu sudah banyak merosakkan gadis lain . Tapi dirinya masih mahu pada Aidan hanya kerana duit .

Ya , dia adalah kaki cukur .

· · • • • ✤ • • • · ·

Aidan mengurut perlahan pelipisnya , sakit kepala . Dengan mendengar leteran umi dan abahnya , dengan perempuan perempuan yang tak habis habis menuntut janji untuk bershopping dengannya melalui WhatsApp . Dasar kaki cukur !

"Lain kali kalau rasa diri tu bagus sangat , buat lah ya benda benda haram tu lagi ." Puan Nazirah segera mengangkat kaki dari ruang tamu . Dia sudah penat dan berbuih mulutnya menasihatkan anak terunanya itu . Tetapi... Masih terunakah ?

Dato' Nasir mengerling sekilas kearah Aidan sebelum menggeleng kepala , dia juga sudah masak dengan perangai anak lelakinya seorang itu .

Aidan yang merasakan suasana sudah kembali menyepi , lantas dia terus keluar dari rumah tersebut . Stress ! dia mahukan kebebasan , bukan dikongkong macam haiwan !

anda sihat ?

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now