BAB 17

192 40 7
                                    

"KAU ni memang suka pengsan merata rata eh ?" templak Aidan sebaik sahaja Nadirah mencelikkan mata . Apabila dia masuk kedalam biliknya semula , dia ternampak sekujur tubuh sedang terbaring lemah diatas lantai balkoni . Pelik juga dengan Nadirah ini , selalu saja pengsan . Apa masalah perempuan ini pun dia tak tahu .

"Maaflah kalau saya menyusahkan awak tadi ." Nadirah memicit kepalanya perlahan . Ingatkan lepas buka mata , dapat kiss malah dapat sergahan pula . "Nah makan bubur ayam ni , ni aku beli bukan aku masak ." Aidan menghulurkan semangkuk bubur ayam kepadanya . Nadirah menyambut perlahan .

"Saya tak tanya pun lagi pasal bubur ni , awak dah cakap dulu..." Kata Nadirah sambil mengacau bubur tersebut dengan sudu . "Kau tu banyak mulut , sebab tu aku cakap awal awal ." Aidan menjeling tajam .

"Kau tu pengsan sebab kau lambat makan kan ? cuba kau tu makan awal sikit , gedik pula kau nak makan lambat , tak makan pagi cuma makan tengah hari je itulah inilah..." Leteran Aidan membuatkan suapan Nadirah terhenti . "Sekarang ni awak yang nampak banyak mulut ." Usik Nadirah sambil tersenyum dalam diam .

"Diamlah , panas !" Aidan terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik .

"Asyik panas je , banyak dosa la tu , eh astaghfirullah ." Nadirah tergelak kecil . Haih , nasib baik Aidan tak dengar , mahu mulut tu membebel sehingga pagi esok .

Baru Nadirah perasan yang Aidan itu kuat membebel mengalah mak nenek . Haish nasib sayang !

· · • • • ✤ • • • · ·

Aidan yang sedang menyiapkan kerja di laptop itu direnung . Terpaksalah juga malam ini dia tidur satu bilik dengan Aidan , dirinya tidak larat untuk pergi kesana kesini  mengangkut barangnya . Nak diharapkan Aidan ? jangan haraplah .


Tetapi Nadirah perasan bahawa kali ini , dia nampak kesungguhan Aidan bekerja . Kalau dulu , mesti waktu waktu begini dia sudah pergi ke kelab malam seperti yang diberitahu oleh ibu mertuanya .

Nadirah sungguh berharap agar Aidan dapat berubah secepat yang mungkin .

Sebelum terlambat .

Tiba tiba dia teringatkan pemberian jam yang dibuang . Tanpa memikirkan kepalanya yang masih sakit dan badannya yang masih lemah , Nadirah keluar dari bilik dan menuruni anak tangga berjalan kearah stor . Pintu stor dibuka dan matanya melilau sebelum matanya tertacap pada satu kotak berwarna putih . Diambilnya kotak tersebut dan berlari anak masuk kedalam bilik Aidan semula .

Dihampirinya Aidan yang masih khusyuk membuat kerja . Dia meraih tangan Aidan yang sibuk menaip di papan kekunci . "Jangan buang lagi tau ." Kotak itu kemudiannya diletakkan diatas telapak tangan Aidan . Aidan terdiam membisu .

"Maaflah , saya beli jam tu murah murah je , tapi saya taknak awak buang , awak simpan pun tak apa . Tak perlulah ya buang..." Nadirah bersuara lembut . Aidan hanya menganggukan kepalanya lalu menyambung semula membuat kerjanya .

"Saya minta maaf fasal gambar gambar tu . Saya pun tak jangka dia sanggup buat macam tu..." Sambung Nadirah lagi . Malangnya lelaki itu buat endah tak endah saja .

"Dah pukul 9.00 ni , awak dah solat isyak ?" Jari jemari lelaki itu yang sedang asyik menaip terhenti seketika . Solat ?

Melihatkan tiada respon yang keluar dari mulut Aidan membuatkan Nadirah menyambung semula . "Kalau belum , pergilah solat dulu ." Arah Nadirah lembut .

Aidan masih mengunci mulut dan pergerakannya. Akhirnya Nadirah berpatah balik semula kesofa . Dia tahu Aidan tidak pernah solat , salahnya juga tidak berpesan pada lelaki itu .

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now