BAB 10

218 39 10
                                    

NADIRAH hanya tertunduk merenung kelantai . Air matanya tertumpah disitu , dia tidak dapat menahan tangis apabila melihat seorang gadis memeluk erat tubuh orang yang dia masih cintai .

Tidak sangka Aidan sudah berpunya .

Dia menyeka air matanya sebelum mengatur langkah masuk kearah biliknya . Langsung tidak dihiraukan pandangan semua pekerja terhadapnya . Dia juga langsung tidak mengangkat wajah untuk memadang sesiapa , terutama wajah Aidan .

Dia terus duduk diatas kerusi sambil tangannya menekup mukanya . Air matanya mengalir deras membasahi dihujung tudungnya . Entah mengapa hatinya seolah olah seperti dicucuk cucuk benda yang tajam setiap kali teringatkan adegan itu .

Adakah Aidan memang bukan ditakdirkan untuk Nadirah ?

Tiba tiba pintu terkuak dari luar . Namun Nadirah tidak berdaya untuk mengangkat wajah , matanya yang tetap terus mengalirkan air mata itu membuatkan Nadirah semakin beremosi .

"Nadirah..." Amdan segera mendapatkan tempat duduknya dihadapan Nadirah . Dia juga melihat adegan itu , dan dia juga melihat raut diwajah Nadirah yang kelihatan sangat kecewa . Sebenarnya dia agak terkejut melihat Nadirah yang datang secara tiba tiba kepejabat dengan dahi yang berbekas luka .

"Janganlah macam ni..." Pujuk Amdan . Nadirah ada apa apa hubungan dengan Aidan ke ? tetapi kalau benar sekalipun , mengapa Aidan selalu bersikap kurang ajar terhadap Nadirah ? adakah itu cara Aidan untuk menyembunyikan hubungannya dan Nadirah ? melihatkan Nadirah yang mula sudah berhenti menangis membuatkan dia tersenyum kecil .

"Janganlah menangis..." Amdan mengeluarkan sehelai kain yang berada didalam poket seluarnya sebelum dibawa menyentuh perlahan kulit Nadirah . "Awak nampak tak comel menangis macam ni Nadirah..." Pujuk Amdan lagi .

Nadirah mengetap bibirnya perlahan . Malu dipipinya mula membahang apabila mata lelaki itu tidak lepas lepas dari memandangnya . Air matanya sudah tidak turun lagi dek dipujuk oleh Amdan . Apabila dia cuba menolak perlahan kain Amdan tersebut dari pipinya , jarinya tersentuh bersama jari Amdan .

Serta merta ada aliran yang mengalir ditubuh Amdan , bukan aliran elektrik , tetapi aliran...

Cinta ?

Tanpa sedar , Amdan sebenarnya mengelus pipi Nadirah bersama kain tersebut dan bukan menyeka air mata . Malunya !

Kalau tadi Nadirah yang memerhatikan adegan yang tidak dijangka oleh Aidan , kini Aidan yang memerhatikan adegan Nadirah pula . Dia baru sahaja ingin kebilik Nadirah , melihatkan adegan tidak berbayar tersebut , terus terbantut niatnya .

Dah ada orang lain rupanya .

· · • • • ✤ • • • · ·

Amdan tergelak kecil sambil mengeleng gelengkan kepalanya . Masih terbayang wajah Nadirah yang terkejut dek sentuhan gadis itu terkena pada kulit Amdan .

Amdan ada juga bertanya tentang mengapa Nadirah tidak hadir ke pejabat , jawapannya tidak sihat . Melihatkan ada bekas luka didahi Nadirah , dia cuba untuk berfikiran positif . Mungkin benar Nadirah tidak hilang .

Terpacul wajah Aidan disebalik pintu . Aidan melangkah kearah abangnya , dia menghempaskan fail yang sudah disiapkan dan terus keluar dari bilik . Sempat Aidan berkata sebelum berlalu . "Jangan terlalu percaya orang luar ."

Baru sahaja Aidan ingin menutup pintu bilik Amdan , muncul pula wajah Nadirah dibelakangnya .

Melihatkan Nadirah turut ada disitu , dia mengambil kesempatan . Segera dia menarik kuat lengan Nadirah sebelum ditarik masuk kedalam biliknya . Jeritan kecil Nadirah tidak diendahkan . Dia menghempaskan tubuh Nadirah keatas sofa dibiliknya .

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now