BAB 16

187 39 5
                                    

SEDANG Nadirah sibuk mencuci pinggan pada pagi itu , tiba tiba sahaja umi dan abah Aidan menelefon bahawa mereka akan bermalam disini . Kelam kabut dibuatnya oleh Nadirah , memasak lagi buat kali kedua serta mengemas . Barang barangnya juga terpaksa dialihkan didalam bilik Aidan buat sementara waktu . Mereka berdua tidak mahu membuatkan kedua orang tua itu curiga .

"Nadirah , mari sini sekejap ." Panggil Puan Nazirah setelah suaminya dan anaknya sudah masuk kedalam bilik tidur selepas menjamu makan malam . Nadirah menapak perlahan kearah Puan Nazirah . "Ya umi ?" Puan Nazirah menarik lembut lengan Nadirah agak duduk bersebelahannya dimeja makan tersebut .

"Aidan ada buat masalah dengan kamu , Nadirah ?" Soalan yang dilontarkan dari mulut ibu mertuanya membuatkan Nadirah terpaku . Nak tak nak , perlulah dia berbohong .

"Tak ada pun umi , Aidan layan Nadirah baik sangat ." Baik sangat sampai Nadirah rasa mahu saja menikam diri . Mengucap panjang Nadirah didalam hatinya , ingat Allah Nadirah !

"Umi bukan nak menyakitkan hati Nadirah , tapi kenapa ya Aidan mahu berkahwin dengan kamu ?" soalan Puan Nazirah membuatkan Nadirah agak tercengang . Aish , umi ni tak suka ke pada dia ?

"Kami kenal dah lama dah umi... Dan kami pun saling jatuh cinta , sebab tu kami berkahwin... Taknak lambatkan benda yang baik ." Saling jatuh cinta ? Bukan kau ke yang beria seorang Nadirah ?

Sabar Nadirah , semuanya memerlukan masa .

Puan Nazirah hanya menganggukkan kepalanya . "Baguslah kalau macam tu , akhirnya hati dia terbuka juga untuk memilih kamu sebagai suri hatinya , Nadirah . Pilihan dia tepat , menyesal kalau dia sia siakan Nadirah ." Ada diselitkan dengan ketawa kecil dihujung ayat . Nadirah hanya mengukirkan senyuman .

"Boleh janji sesuatu dengan umi ?"

Nadirah menganggukkan kepalanya perlahan . "Boleh , apa dia tu umi ?"

"Jangan tinggalkan Aidan , janji ?"

· · • • • ✤ • • • · ·

Mata Nadirah tidak dapat melelapka mata pada malam itu , penagihan janji yang dibuat oleh Puan Nazirah membuatkan Nadirah berasa buntu . Dia merenung Aidan yang sedang nyenyak diatas katil . Seperti biasa , dia tetap akan tidur disofa walau dia berada dimana mana .

"Macam mana aku nak tunaikan janji tu ?" Nadirah memandang kearah dada langit yang semakin mengelap .

"Sedangkan ajal maut ditangan Allah ."

Nadirah menghembuskan nafasnya perlahan . Lelah . Bagaimana dia mahu mengotakan janji tersebut jikalau dia dan Aidan seperti anjing dan kucing . Asyik kali bergaduh dan dingin . Bermesra ? jangan cakap , hanya ketegangan saja menemani diantara mereka berdua .

"Tapi aku memang takkan tinggalkan Aidan..." Nadirah meraup wajahnya seketika . "Kecuali Aidan yang akan tinggalkan aku ." Nadirah memandang semula kearah wajah Aidan yang nyenyak itu .

"Saya harap dengan adanya saya disamping awak , awak akan berubah menjadi yang lebih baik ."

FLASHBACK ;

"Nadirah tak mampu untuk berjanji sebegitu umi..." Nadirah menunduk dengan rasa serba salah merenung ke lantai . Dapat dia rasakan tangan tua itu menggosok lembut dibelakangnya . "Tapi umi nak sangat dia berubah Nadirah ."

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now