♪ 02 ♪

45 10 0
                                    

Baju sukan dibetulkan Aiyana. Hari ni hari Selasa jadi memang diwajibkan setiap pelajar untuk memakai pakaian sukan disebabkan mata pelajaran pendidikan jasmani di adakan pada setiap hari Selasa.

Air kotak yang berada di sisinya, dia ambil lalu air di dalamnya disedut perlahan. Matanya tidak lekang daripada memerhatikan rakan sekelasnya yang lain sedang bermain pelbagai jenis permainan.

Ada yang bermain badminton, bola tampar, bola keranjang dan juga bola sepak. Semua orang kelihatan gembira dengan permainan itu. Hanya dirinya sahaja yang duduk di bangku berseorangan.

"Hai, seorang je ke ? " Terkejut gadis itu apabila secara tiba-tibanya seseorang menegurnya. Dia berdiri di sebelah gadis itu.

Aiyana melihatnya. Halilintar rupanya. Ingatkan siapalah yang tiba-tiba sahaja menegurnya sebentar tadi.

"Ha'ah, seorang je, " jawab Aiyana ringkas.

"Kau tak pergi main dengan kawan sekelas kau sekali ke ? " soal Halilintar lagi. Aiyana menghela nafasnya.

"Tak apalah. Lagipun dia orang bukannya nak main dengan aku pun, " Aiyana menggoyangkan kakinya.

"Ish kau ni, fikiran negatif betul. Kalau kau simpan fikiran yang macam tu, sampai bila kau nak maju ? " soal Halilintar.

"Hmmmm.. " Tiada niat untuk membalasnya, Aiyana hanya mengabaikannya sahaja.

"Haih.. itulah kau. Fikiran dah negatif, rupa kau pun negatif, " Halilintar duduk di sebelahnya.

"Apa kaitan dengan rupa aku tho ? " soal Aiyana tidak berpuas hati.

"Tengoklah kau. Dah pakai baju sukan cantik², tapi sarung lagi hoodie warna hitam. Pakai cermin mata petak tu lagi. Dengan rambut yang tak ikatnya. Ni, kau basuh ke tak rambut kau ni pun, aku tak tahu. Dah macam budak nerd kau tau tak bila aku tengok kau ni ? " bebel Halilintar. I mean, kutuk Halilintar.

"Well.. ermm.. aku memang budak nerd pun. Jadi, kenapa ? " soal Aiyana tanpa perasaan.

"Eh dia ni. Geram betul aku. Kau tunggu bila balik sekolah nanti, " Aiyana mengerutkan dahinya.

"Kau nak buat apa bila balik sekolah nanti ? " Pertanyaan Aiyana hanya dibalas dengan senyuman sinis milik Halilintar.

"Haa sudah. Jangan dia nak buat macam-macam kat aku dah ler. Rupa dah macam pak cik miang pula aku tengok, "

"Aku dengar tu, " balas Halilintar, membuatkan Aiyana terkejut. Dia ni psycho ke ?

"Weh, kau tengok budak tu. Dia tu dah gila ke bercakap seorang diri ? " Aiyana terdengar suara gadis yang merupakan rakan sekelasnya.

Aiyana memalingkan wajahnya ke arah hadapan hanya untuk melihat tatapan aneh daripada mereka semua yang sedang melihatnya itu.

"Apa yang gilanya ? Takkan dia orang tak nampak kau kut. Kan, Hali... ? " Apabila Aiyana memalingkan wajahnya ke arah sisi, Halilintar sudah tiada di situ.

"Kurang asam punya Halilintar. Dia tinggalkan aku macam tu je ? Mentang² dia laju. Huhu, " Aiyana bangun dan beredar daripada situ. Tidak selesa dengan tatapan yang diberikan oleh mereka semua terhadap dirinya.

Aiyana melalui kaki lima yang berada di sebelah kawasan padang. Jeritan daripada beberapa orang yang memanggil namanya, membuatkan dirinya berpaling untuk melihat mengapa dirinya dipanggil.

Malang tidak berbau, sebiji bola mengenai kepalanya sehingga membuatkan dirinya terjatuh dan menghempas lantai.

Setelah itu, ramai orang yang datang mengerumuni dirinya untuk melihat keadaannya. Berpinar terasa mata Aiyana melihat mereka semua akibat kepalanya yang terasa sungguh pening.

"Aiyana, kau ok tak ? " soal beberapa daripada mereka. Aiyana tidak mampu menjawab, hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja. Seseorang membantunya untuk bangun dan duduk di atas lantai.

"Dia tak ok ni, "

"Eh, hidung dia berdarah lah ! " Aiyana menyentuh hidungnya apabila terasa cairan yang mengalir keluar.

"Eh betullah. Berdarah, "

"Seseorang, bantu dia untuk pergi ke bilik rawatan, "

"Siapa ? "

"Kaulah. Aku tak nak, "

"Eh, salah kau kan. Siapa suruh tendang bola tu kuat sangat ? Now, tanggunglah, "

"Bawa jelah dia ke bilik rawatan. Susah sangat ke ? "

"Kalau kau rajin sangat, kau buatlah, "

"Aku tak kuat nak angkat dia. So, aku tarik diri awal-awal, "

"Dah tu, siapa yang nak bawa dia ni ? "

"Dia ok kut. Tadi dia kata dia ok, "

"Itu tadi. Sekarang ni hidung dia berdarah. Takkan nak biarkan ? "

Aiyana mendengar satu persatu bisikan mereka yang agak kuat itu.

"Hidung berdarah je pun. Bukannya boleh bawa mati, "

"Kau ni, tak baiklah ! "

"Kau orang, " Aiyana bersuara membuatkan suasana diam seketika.

"A-aku ok je. Jangan risau, " ujarnya perlahan.

"See ? Dia kata dia ok je. Tak payahlah gelabah sangat. Dah, jom geng, sambung main, " Beberapa pelajar lelaki meninggalkan kawasan itu dan menyambung permainan mereka yang tergendala tadi tanpa sebarang perasaan bersalah sedikit pun.

"Betul ni, awak ok ? " Aiyana mengangguk. Dia cuba berdiri. Meskipun susah, tapi dia tetap cekalkan hatinya.

"Sa-saya pergi dulu, " Aiyana berjalan secara perlahan-lahan, beredar daripada tempat itu.

Dia menyapu hidungnya yang berdarah menggunakan lengan baju sukan miliknya disebabkan dirinya tidak mempunyai sebarang kain ataupun tisu.

Seiring dengan langkahnya yang perlahan, mutiara jernih juga gugur daripada tubir matanya.

Walaupun sudah cuba dirinya menahan, tetapi tangisan tetap juga keluar, menodai pipinya yang mulus itu.

Siapa sahaja yang tidak berasa sedih apabila tiada siapa pun yang sanggup membantunya ketika dirinya susah ?

Yang lebih menyedihkan hatinya, mereka semua meninggalkannya tanpa rasa bersalah sedikit pun di hati masing-masing, walhal itu juga salah mereka sendiri yang menyebabkan dirinya terluka sehingga sebegini.

Aiyana hanya mampu mengatakan bahawa dirinya baik-baik sahaja. Sungguh, satu pembohongan yang nyata.

Namun, apakan daya ? Jika dia memberitahu bahawa dirinya sakit sekalipun, akankah ada orang yang akan peduli terhadap dirinya ?

Yang mereka lakukan, hanya memalingkan wajah dan berlalu pergi. Tanpa sekelumit perasaan belas kasihan.

Aiyana menyeka air matanya. Ini bukan waktunya untuk dia bersedih dan mengenang nasib dirinya di sekolah itu.

Apa yang penting, dia harus merawat lukanya terlebih dahulu. Kakinya melangkah ke arah bilik kesihatan.

Namun, langkah kakinya semakin longlai dan tidak berdaya selagi dia merasakan kepalanya berdenyut hebat. Sakit yang dirasakan tidak tertahan lagi.

Dia jatuh buat kali kedua sebelum dunianya gelap sepenuhnya.



"Akankah ada yang menyelamatkan aku ? "



















_Author Zi_roger and out_

Imaginary Friend 【✔】Where stories live. Discover now