"Apa yang kita buat dekat sini ? " soal Aiyana pada Halilintar.
Sekarang ini mereka berada di hadapan salon yang jaraknya sudah tidak berapa jauh daripada sekolah. Tapi, tujuan Aiyana yang sebenar bukan untuk ke situ, sebaliknya ke sekolah !
"Takkan kau nak ke sekolah dengan rambut hantu kau tu ? Jadi, kita kat sini untuk dandan rambut kau tu, " Aiyana menyentuh rambutnya yang terurai tanpa ikatan itu. Sampai hati Halilintar kutuk rambut dia hmmm...
"Kau ingat aku ni nak pergi fashion show ke sampai nak kena berdandan bagai ni ? Dan, apa yang salahnya dengan rambut aku ? Huh, " Aiyana mengembungkan pipinya.
"Dah, jangan banyak cakap. Aku dah tempah dah pun, " Aiyana ternganga.
"Kau dah tempah ? Bila ? " soalnya.
"Kelmarin. Dah, kau masuk lepas tu cakap dekat staff dia yang kau dah buat tempahan kelmarin. Dah, shuh shuh, sana, " Halilintar menolak Aiyana untuk masuk ke dalam salon tersebut.
Tak, sekarang ni masalah yang pertama ialah, Halilintar buat tempahan tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Kedua ialah, Aiyana terpaksa keluarkan duit dia lagi untuk membayar harga nanti.
"Huhu kasihanilah dompetku yang akan kempis akibat kelaparan nanti~ TwT .. sumpah Naim Daniel hikss.. " batinnya.
"Hai, selamat datang ke salon kami. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ? " soal staff perempuan yang mendekati dirinya. Aiyana gelabah biawak buat seketika. Setelah itu, dia teringat akan kata-kata Halilintar sebentar tadi.
"Ermmm, saya orang yang buat tempahan kelmarin, " ujarnya sedikit gugup.
"Ouh, cik yang buat tempahan kelmarin ye ? Ok, jom ikut saya, " Aiyana hanya mengikuti langkah staff perempuan itu.
"Sila duduk, " Aiyana hanya menuruti sahaja apa yang diberitahu staff perempuan itu kepadanya. Kain diletakkan di hadapannya. Proses mendandan rambut pun dimulai.
.•♫•♬•♬•♫•.
"Ok, sudah selesai ! " Aiyana menatap pantulan dirinya di cermin itu dengan tidak percaya.
Dirinya kah itu ? Dirinya kah yang secantik bidadari yang kini ditatap olehnya sendiri ?
"T-terima kasih, " Aiyana berdiri sebelum berlalu ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.
"Weh, tengok perempuan tu. Cantik kan dia ? "
"Ha'ah lah. Cantiknya dia. Insecure aku, "
"Agak-agak dia dah ada pakwe ke belum ek ? "
"Eeii comelnya dia. Tapi kalau dia buang cermin mata tu, mesti lagi comel, kan ? "
Aiyana mendengar beberapa bisikan yang baginya positif itu membuatkan dirinya tersenyum tanpa dia sedar. Setelah pembayaran selesai dilaksanakan, dia keluar daripada salon itu. Halilintar tersenyum ke arahnya.
"Haa, amacam idea aku ? " soal Halilintar.
"Tersangat hebat ! Thanks Hali ! Kau dah ubah balik diri aku untuk kembali percaya pada diri sendiri, " Aiyana tersenyum ceria.
"Biasalah. Tiada apa yang Halilintar ni tak boleh buat, " Halilintar mula bangga pada dirinya, sekali lagi.
"Oklah, aku pergi ke sekolah dulu, " Baru sahaja Aiyana ingin melangkah pergi, Halilintar menghentikannya.
YOU ARE READING
Imaginary Friend 【✔】
FanfictionHai. Perkenalkan, nama aku Aiyana Pyqa. Umur aku, dah masuk 18 tahun ni, dan aku, seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Aku ni seorang yang anti-sosial. Jadi, seorang manusia pun tak nak berkawan dengan aku. Sedih ? Entahlah seba...