♪ 06 ♪

39 9 8
                                    

Seminggu kemudian..

"Oit ! Termenung apa tu ? " sergah Aimi terhadap sahabatnya itu, Aiyana. Yupzz. Dia orang dah jadi sahabat sejak seminggu yang lepas.

Aiyana memegang dadanya, terkejut dengan sergahan gadis itu.

"Kau ni tak boleh soal aku elok-elok ke ? Asyik main sergah je. Nasib baik aku tak ada heart attack, " omel Aiyana.

"Siapa suruh kau termenung jauh. Dah macam teringat dekat pakwe saja lagaknya, " Aimi melabuhkan punggungnya di sebelah Aiyana.

Melihatkan Aiyana yang kembali terdiam, Aimi mengangkat kedua belah bahunya sahaja. Tidak mahu mengganggu gadis tersebut yang sepertinya dalam masalah besar itu.

Sebenarnya selama seminggu ni dia asyik terfikirkan Halilintar sahaja. Lelaki itu tidak pernah memunculkan dirinya di hadapan gadis itu lagi. Nak cari dia, Aiyana tidak tahu Halilintar berada di mana.

Tambahan lagi, Halilintar bukanlah nama sebenar lelaki itu. Aiyana yang memberikan nama itu kepadanya. Jadi, memang harus bagaimana lagi ?

Aiyana mengeluh panjang.

.•♫•♬•♬•♫•.


"Betul ni kau tak nak pergi ? " Aiyana menganggukkan kepalanya bagi menjawab soalan Aimi tersebut.

"Kau tak lapar ke ? Ke tengah diet ? " Aimi mengangkat sebelah keningnya.

"Tak adalah. Aku ok je. Dah, pergi rehat sana, " Aiyana menghalau sahabatnya itu.

"Suka hati kaulah. Aku pergi dulu. Jangan rindu aku pula, " Aiyana tergelak kecil. Rindu ? Fikir dia budak kecik ke ?

"Bye, " Aiyana membalas lambaian Aimi yang sudah berlalu keluar daripada kelas itu. Sekarang ni hanya tinggal dia berseorangan di kelas tersebut. Memandangkan sekarang ni waktu rehat, jadi semua pelajar ke kantin untuk membeli makanan tengah hari mereka.

Aiyana berdiri lalu keluar daripada kelas tersebut, menuju ke tempat kebiasaannya melepak.

.•♫•♬•♬•♫•.

Aiyana menutup matanya, merasakan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyentuh lembut wajahnya.

Keluhan dilepaskan olehnya.

"Mana kau ? Adakah kau akan tinggalkan aku lepas semua ni berlaku ? Adakah kau akan memalingkan diri kau daripada aku seperti orang lain lakukan sebelum ini ? "

Tanpa dia sedari, setitis air mata mengalir membasahi pipinya. Sebenarnya dia rindu terhadap Halilintar, orang yang pernah membantunya sebelum ini sehingga dia dapat mengubah kembali dirinya.

"Wow, tak sangka dapat jumpa kau dekat sini, " Aiyana memalingkan wajahnya ke arah belakang apabila terdengar seseorang menegurnya.

Terlihat Riana dan dua orang lagi sahabatnya, Mirza dan Husna sedang menatap dirinya dengan sinis.

Aiyana tertanya-tanya mengapa puteri sekolah ini datang menemuinya. Dia ada buat salah apa-apa ke terhadapnya sebelum ini ?

"Awak cari saya ? " soal Aiyana dan mendapat gelak tawa daripada mereka bertiga.

"Alahai sopannya manusia depan aku ni. Sayangnya aku takkan termakan dengan sifat kepura-puraan kau tu. So, simpan jelah ye ? " Riana berkata sinis. Aiyana mengerutkan dahinya, tidak memahami apa yang gadis di hadapannya katakan.

Imaginary Friend 【✔】Where stories live. Discover now