Setahun kemudian..
"Pyqa !! " Aiyana yang mendengar namanya diseru seseorang, segera memalingkan wajahnya untuk melihat gerangan tersebut. Aimi yang datang berlari menuju ke arahnya, segera memeluk dirinya. Nasib baik sahaja dia sempat menyeimbangkan dirinya. Kalau tidak, sia-sia je jatuh.
"Oit Najwa. Kau ni kalau tak melalak panggil nama aku macam tu, tak boleh ke ? Kita ni dah jadi senior. Kelakuan tu kena jaga sikit. Ingat, " nasihat Aiyana.
Aimi memuncungkan bibirnya.
"Kesah pula aku, " Dengan itu, Aimi mendapat pukul kasih sayang daripada sahabatnya itu. Ringisan sakit keluar dari belahan bibir Aimi. Aiyana dijelingnya tajam.
"Dah, tak payah nak jeling² aku bagai. Aku nak ke loker ni, nak ikut tak ? " soal Aiyana.
"Memang bukan selalunya kita akan ke loker untuk simpan dan ambil beberapa barang ke setiap kali datang ke sekolah ? " gumam Aimi. Aiyana tidak menghiraukannya.
Dia berjalan mendekati pintu loker miliknya sebelum membukanya. Satu kotak yang bersaiz sederhana besar berwarna Ruby, dipandangnya kosong.
Aiyana ingat akan kotak itu. Kotak yang berisi kenangan masa lalunya bersama Halilintar. Sepatutnya dia membuangnya dan melupakannya sahaja.
Namun, dia tidak dapat berbuat demikian. Jauh di lubuk hati Aiyana, dia sayangkan Halilintar meskipun lelaki itu hanyalah halusinasinya sahaja.
"Termenung lagi, " Aiyana tersedar dari dunianya saat suara Aimi menerpa masuk gegendang telinga.
"Jomlah masuk kelas, " Aiyana menutup pintu lokernya dan berlalu terlebih dahulu, meninggalkan Aimi di belakang.
Aimi memandang loker milik Aiyana. Dia tahu, gadis itu merindukan Halilintar. Namun, apa yang boleh dia lakukan ? Semuanya hanya ilusi, semuanya hanya tipuan. Semuanya hanya kepura-puraan.
Tapi, tidak bagi Aiyana. Baginya, perasaan tu wujud. Perasaan yang tulus, dan Aiyana dapat merasakannya meskipun hanya sekejap cuma.
Aimi mengeluh. Segera gadis itu mengejar langkah Aiyana yang sudah jauh ke hadapan.
.•♫•♬•♬•♫•.
"Kau nak lepak kat rooftop lagi ke ? " soal Aimi yang melihat Aiyana berdiri, ingin keluar daripada kelas itu untuk menuju ke tempat kebiasaannya tersebut.
"Ha'ah.., " Aimi terkebil-kebil melihat Aiyana yang berlalu dengan begitu saja.
"Haih, kena makan sorang-sorang la jawabnya aku hari ni, " omel Aimi sebelum dia berdiri lalu keluar daripada kelas tersebut, menuju ke arah kantin yang sudah mula sesak dengan para pelajar lain.
Aiyana membuka pintu rooftop tersebut. Angin lembut yang menampar wajahnya membuatkan dirinya berasa sedikit tenang.
Dia berjalan, menuju ke arah dawai yang berada di hadapan. Helaan nafas dihembuskan.
Aiyana teringat, itulah tempat pertama kali dia bertemu dengan Halilintar dan menjalinkan hubungan persahabatan dengannya.
Setelah pertemuan itu, hidupnya berubah 360°. Bermula dari segi penampilan, sehinggalah percakapan. Semuanya berubah.
Dan hanya satu sebabnya.
Halilintar.
Hari-hari yang dilalui bersama dengan lelaki itu, bermain di kotak fikiran Aiyana.
YOU ARE READING
Imaginary Friend 【✔】
أدب الهواةHai. Perkenalkan, nama aku Aiyana Pyqa. Umur aku, dah masuk 18 tahun ni, dan aku, seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Aku ni seorang yang anti-sosial. Jadi, seorang manusia pun tak nak berkawan dengan aku. Sedih ? Entahlah seba...