♪ 07 ♪

26 7 4
                                    

Aimi melihat Aiyana yang berjalan di sisinya. Jawapan Aiyana tadi terngiang-ngiang di pendengarannya.

"Aku kenal dia sejak beberapa minggu yang lalu. Masa tu tiada siapa pun yang nak kawan dengan aku. Then, aku berjumpa dengan dia dan kami pun berkawan. Kenapa ? "

"Tiada apa. Saja nak tahu, "

Aimi mengeluh. Sepertinya dia sudah tahu punca masalah Aiyana itu.

"Weh, hujung minggu ni kau free tak ? " soal Aimi terhadap sahabatnya itu.

"Hujung minggu ? Aku free je. Asal ? " soal Aiyana kembali.

"Tak adalah. Aku ingat aku nak bawa kau jumpa seseorang, "

"Ouh, boleh je. Siapa dia ? Pakwe kau ke ? " Aiyana tersenyum mengusik.

"Hotuck kaulah, " Aiyana tertawa dengan jawapan Aimi tersebut. Gadis itu memang kasar, tapi juga seorang yang peramah. Boleh pula Aiyana berkawan dengan dia ye ? Biarlah, at least dia ada kawan, kan ?

"Oklah, aku cau dulu. Pape jangan roger, " Aimi meninggalkan Aiyana berseorangan apabila mereka sudah sampai di hadapan rumah gadis tersebut.

"Bye, " Aiyana melambaikan tangannya kepada sahabatnya sebelum masuk ke dalam rumahnya itu.

.•♫•♬•♬•♫•.

Hujung minggu..

"Kenapa kita ke sini ? " soal Aiyana kepada Aimi. Kini, mereka sedang berada di hadapan sebuah pusat rawatan.

"Nak buat rawatanlah, apa lagi ? Takkan nak berenang pula. Dah, jom masuk, " Pada mulanya, Aiyana berasa ragu. Namun disebabkan mereka sudah pun berada di situ, jadi dia hanya menuruti sahaja.

"Kak Lina, ni dia kawan saya yang saya bagitau hari tu, " beritahu Aimi kepada seorang wanita yang memakai kot putih dengan nametag nya, Zalina. Dia berjalan mendekati mereka berdua.

"Ouh, ini Aiyana Pyqa tu ye ? Silakan masuk, " pelawa wanita muda itu.

Aiyana masuk ke dalam suatu bilik, diikuti dengan Aimi. Mereka berdua duduk di kerusi yang menghadap ke arah wanita muda tersebut.

"Baiklah, boleh kita mulakan ? " soal wanita muda tersebut. Aimi mengangguk namun Aiyana hanya blur. Mulakan apa pun, dia tak tahu.

.•♫•♬•♬•♫•.

Aiyana duduk di salah satu bangku di luar bilik tadi berseorangan kerana kak Lina ingin berbicara dengan Aimi sebentar katanya.

"Termenung apa tu ? " soal seseorang di sebelahnya. Aiyana yang sudah dapat mengecam suaranya, terus menjawab.

"Termenung bilalah orang tu nak berhenti daripada terus menghilang tanpa jejak, " sindir Aiyana.

"Alah kau ni, lex la. Aku menghilang kejap je pun, " Halilintar mencebikkan bibirnya.

"Kejap je pun ? Kau tau tak, setiap kali aku nak perkenalkan kau dekat kawan-kawan aku, masa tu jugaklah kau nak hilang. Sampai aku kena cop gila, huh, " omel Aiyana, tidak berpuas hati.

"Sorrylah. Tak sengaja, " ujar Halilintar tanpa rasa bersalah. Aiyana memuncungkan bibirnya. Pada masa itu juga, telinga dia menangkap beberapa bisikan halus. Bukan bisikan syaitan ye.

"Eh tengok tu. Kenapa dia cakap sorang-sorang ? "

"Dah mental agaknya, "

Aiyana sering kali mendengar bisikan daripada orang-orang yang berada di sekitarnya yang mengata dirinya.

Imaginary Friend 【✔】Where stories live. Discover now