♪ 04 ♪

29 9 7
                                    

"Kan cantik tu. Tak adalah nampak macam ahli jubah hitam, " ujar Halilintar sambil tersenyum kecil. Aiyana yang berada di hadapannya, mencebik.

"Hmm.. bolehlah, " ujar Aiyana. Dia melihat penampilan dirinya di pantulan cermin. Memang tidak dinafikan, dirinya terlihat cantik dan sangat berbeza daripada sebelum ni. Pandai betul mamat ni dandan aku, fikirnya.

"Ok, seterusnya aku akan ajar kau macam mana cara untuk bersosial, " Halilintar mengambil telefon milik Aiyana dan membuka laman web rasmi milik sekolah gadis itu.

"Apa yang kau nak buat tu ? " soal Aiyana, melihat perbuatan Halilintar tersebut.

"Pertama sekali, kau kenalah tahu tentang dunia luar dan benda yang berlaku di sekeliling kau, " terang Halilintar.

"Perlu ke ? " soal Aiyana. Bukan apa, dia sudah terbiasa dengan menyendiri. Jadi dia memang cukup terasing dengan 'dunia luar' yang dibicarakan Halilintar.

"Mestilah perlu. Nama lagi bersosial. Dan semestinya akan ada gosip. Haa, zaman sekarang ni tak kiralah perempuan ke lelaki ke, tua atau muda, kambing atau lembu, semuanya kaki gosip, "

"Jadi ? " soal Aiyana.

"Jadi, kau kenalah ambil tahu. Lagi² kalau ada gosip terhangat. Haa, masa tu kau adalah juga topik untuk dibicarakan dengan kawan-kawan sekelas kau, right ? Secara automatiknya, kau akan jadi friendly, gitchuww.."

"Tak, sekarang ni kau nak ajar aku jadi friendly atau jadi mak cik bawang basi hah ? " Halilintar tersenyum sinis.

"Kalau kau tak jadi mak cik bawang basi lagikan expired tu, kau ada ke cara lain untuk berkomunikasi dan bergaul dengan dia orang ? Tak ada, kan ? " Aiyana terdiam dengan soalan Halilintar. Dirinya sedikit tertampar dengan soalan itu.

Memang dirinya tak pandai bergaul. Nampaknya, dia perlu harapkan bawang jelah kali ni huhu.

"Satu lagi, jangan lupa senyum dan angkat kepala kau tu. Jangan pula tunduk je setiap masa. Tak lenguh leher ke apa ? " gumam Halilintar.

"Tapi, kalau aku senyum setiap masa, tak ke kena cop gila ? " soal Aiyana.

"Haih kau ni. Senyum bila bertembung dengan kawan-kawan kau atau sesiapa jelah. Jangan sampai bertembung dengan anjing pun kau nak senyum. Bukan apa, aku takut anjing tu lari je nanti, "

Aiyana memandang Halilintar dengan wajah memerah. Dirinya memang terbakar sedari tadi dengan ayat Halilintar itu.

"Kau ni kan... " Halilintar menelan air liurnya apabila menyedari bahawa ancaman semakin mendekat. Baru sahaja Aiyana ingin memukulnya buat kali kedua, bunyi ketukan pada pintu biliknya menarik perhatiannya.

Dengan segera, dia membuka pintu biliknya. Kelihatan adik perempuannya yang pertama berdiri di hadapan pintu itu.

"Kak, barang dapur dah habis, " ujarnya. Aiyana yang faham akan situasi itu, segera menjawab.

"Dah habis ? Ok, kejap lagi akak keluar pergi beli, " Adik perempuannya yang bernama Alyana itu berlalu pergi. Namun, dia kembali membalikkan badannya. Aiyana yang perasan akan hal itu, mengerutkan keningnya.

"Kak, kau cakap dengan siapa sejak dari tadi ? Dah la bising. Tengah dating dengan pakwe eh ? " Terkejut Aiyana dibuatnya. Bising sangat ke suara dia orang tadi ?

"Err.. ma-mana ada, " Alyana menatap wajah kakaknya penuh ragu. Melihatkan Aiyana yang sudah gelabah itu, segera dia mendorong pintu dan menceroboh bilik kakaknya.

"Adik ! Ape ni masuk bilik orang sesuka hati ! " Aiyana memarahi Alyana namun gadis itu tidak memperdulikannya.

Barang-barang serta baju yang agak berselerakan itu dipandangnya sebelum dia mula mencari di segenap ruang.

Aiyana sudah berpeluh sedari tadi. Takut jikalau adiknya menjumpai Halilintar, pelbagai spekulasi akan ditimbulkan olehnya. Padahal dia orang berdandan je tadi.

Alyana mengerutkan dahinya sebelum mengangkat kedua-dua belah bahunya. Dia berlalu keluar daripada bilik kakaknya itu setelah tidak menjumpai apa-apa. Hal ini membuatkan Aiyana berasa lega, namun hairan pada masa yang sama.

"Ouh ye. Kak, kalau nak bergayut sekalipun, janganlah bising macam nak pergi berperang, " Alyana hilang daripada pandangan setelah mengatakan itu. Aiyana dengan segera menutup pintu biliknya. Nafas lega dihembus perlahan.

Kelibat Halilintar yang hilang tadi bermain di fikiran Aiyana.

"Cepat betul dia hilang. Dia keluar ikut jendela ke tadi ? Arh, abaikan. Dia memang selalu macam tu. Tapi bagus juga, tak adalah kena tangkap kering dengan adik aku tadi.. " omel Aiyana dalam hatinya sebelum dia mengemas kembali barang-barang yang bersepah tadi.

Selepas ini dia harus ke kedai untuk membeli barang basah. Eh tapi, takkan dia nak pergi dengan pakaian yang macam tu kut ? Nanti menarik perhatian orang ramai pula.

Aiyana menukar pakaiannya kepada pakaian kasual, seperti biasa. Barulah dia mengambil wang dan keluar daripada rumah, menuju ke arah supermarket yang terdekat.

.•♫•♬•♬•♫•.

"Done ! " ujar Aiyana setelah dia selesai memakai pakaian seragam sekolahnya itu.

"Kau nak pergi ke sekolah dengan pakaian yang macam tu ke ? " Terkejut Aiyana dengan suara Halilintar yang secara tiba-tiba menyergahnya itu.

"Kau ni, kalau tak muncul macam tu tak boleh ke ? Dah la hilang macam tu je semalam. Fikir diri kau tu hantu ? " omel Aiyana.

"Kalau aku hantu pun, kenapa ? " soal Halilintar selamba. Aiyana memutarkan bebola matanya ke arah atas.

"Macam mana kau masuk ? " Aiyana mengabaikan soalan Halilintar sebentar tadi.

"Adalah. By the way, aku takkan benarkan kau ke sekolah dengan penampilan yang macam tu, " Aiyana mengangkat sebelah keningnya.

"Apa yang salahnya dengan pemakaian aku ? Bukannya aku pakai baju ketat pun, " ujar Aiyana tidak berpuas hati.

"Bukan itulah maksud aku. Kan aku dah ajar kau sebelum ni cara untuk berdandan, "

"Alah, perlu ke ? Sekolah je pun, " ujar Aiyana dengan malasnya.

"Kau tau tak, separuh daripada kehidupan seharian kau ni kau habiskan dekat sekolah ? So, kau kenalah glow up sikit, " Aiyana mencebik.

Sekarang ni dia pula yang tertanya-tanya. Dia atau Halilintar yang perempuan sekarang ni ?

"Kau pergi tukar sekarang. Pakai yang aku dah decorate kelmarin, " tegas Halilintar.

"Tapi, aku kan dah pakai baju ni. Esok tak boleh ke ? " rayu Aiyana.

"Ke nak aku yang tukarkan ? " Aiyana mendengus geram sebelum menghentakkan kakinya dan berlalu pergi untuk menukar kembali seragam sekolahnya itu.

"Tak guna punya Halilintar. Membebel macam mak nenek je, hmph ! " kutuk Aiyana.

"Aku boleh dengarlah, minah, " Aiyana membulatkan matanya.

"Sumpah dia ni psycho ! " bisik Aiyana.







"Kau tidak pernah bersendirian... Aku sentiasa berada di sisi kau.. tanpa kau sedari kewujudan aku.. setelah sekian lama..."


















_Author Zi_roger and out_

Imaginary Friend 【✔】Where stories live. Discover now