"Don't be afraid, run towards the light. The more you reach, the brighter it will be.. "
Aiyana membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba membiasakan cahaya yang menerobos masuk ke retina matanya.
"Haa, bangun pun kau. Ingatkan dah tak reti nak bangun tadi, " Aiyana memalingkan wajahnya ke arah sisi kiri katil di mana dia menemukan Halilintar yang menemani dirinya di situ.
"Hali ? Apa jadi ? " Aiyana cuba untuk bangun. Halilintar membantu dirinya dan menyandarkan belakang badannya pada kepala katil.
"Aku jumpa kau pengsan tadi. Itu yang aku terus bawa kau ke bilik kesihatan ni, " jelas Halilintar. Aiyana hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Tapi en, aku tak sangka pula kawan-kawan sekelas kau tu jahat. Ada ke patut dia orang biarkan kau macam tu je ? Ini, memang tak lama nak makan penumbuk aku ni, " Aiyana tergelak memandang ke arah Halilintar yang sudah mengepal penumbuknya.
"Sudah lah. Abaikan saja dia orang tu. Aku dah biasa dah dengan situasi macam ni, " Aiyana cuba menenangkannya.
"Biarkan ? Hey ! Mana boleh biarkan ! Patutlah kau ni selalu dibuli. Kau asyik biarkan dia orang macam tu je, " Halilintar mencebik.
"Membiarkan tak bermaksud aku ni lemah. Aku cuma tak nak bazirkan masa aku dengan benda-benda yang tak berfaedah, " Tersentap seketika Halilintar dibuatnya.
"Se-nerd nerd kau ni, pandai juga menyentapkan orang eh ? " Aiyana hanya tersenyum.
"Nampaknya, operasi ni harus dilaksanakan secepat mungkin ! " ujar Halilintar, bersemangat.
"Operasi apa pula ni ? " soal Aiyana.
Bunyi pintu bilik rawatan tersebut yang terbuka, menggamit perhatian Aiyana. Dia melihat seorang wanita masuk ke dalam bilik itu. Doktor mungkin ?
"Kamu dah sedar rupanya. Patutlah saya dengar suara kamu dari luar tadi. Dengan siapa kamu bercakap ? " soal doktor wanita tersebut dengan ramah.
"Dengan kawan saya, " ujar Aiyana.
"Mana kawan kamu ? " soal doktor itu lagi kerana dia tidak melihat kelibat sesiapa pun yang berada di situ selain daripada dirinya dan Aiyana.
"Ini... Aik ? Hilang lagi ? " Doktor tersebut mengerutkan dahinya apabila terdengar ayat yang terpacul keluar daripada bibir si gadis.
Seingatnya, tadi memang tiada sesiapa yang masuk ke dalam bilik rawatan tersebut kerana dirinya sedang berbicara dengan beberapa orang pelajar di luar bilik rawatan sebentar tadi.
"Hmmm.. dia dah hilang. Mungkin dia dah keluar kut, " jawab Aiyana. Doktor tersebut semakin berasa hairan.
Dia baru sahaja masuk. Mana mungkin ada orang yang keluar sedangkan dia berada di pintu masuk tadi, bukan ?
Namun, setelah beberapa ketika, doktor itu hanya tersenyum ramah, sepertinya dia faham akan sesuatu.
"Baiklah. Macam mana perasaan kamu sekarang ni ? Dah rasa baik sikit ? " Aiyana menganggukkan kepalanya.
Disebabkan doktor itu ramah dengannya, jadi Aiyana tidaklah berasa terlalu kekok untuk berbicara.
"Saya sudah periksa keadaan kamu. Buat masa ni, kamu boleh stay dekat bilik ni dan berehat sampailah penjaga kamu datang untuk ambil kamu ye ? " ujar doktor wanita tersebut.
"Ambil ? Saya dibenarkan pulang awal ke doktor ? " soal Aiyana. Doktor itu mengiyakan soalan Aiyana.
"Disebabkan keadaan kamu ni, jadi kamu diperbolehkan untuk pulang awal. Bila sudah pulang nanti, berehat secukupnya ye ? " Aiyana mengangguk dan membalas kembali senyuman doktor tersebut.
YOU ARE READING
Imaginary Friend 【✔】
FanficHai. Perkenalkan, nama aku Aiyana Pyqa. Umur aku, dah masuk 18 tahun ni, dan aku, seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Aku ni seorang yang anti-sosial. Jadi, seorang manusia pun tak nak berkawan dengan aku. Sedih ? Entahlah seba...