SOL 2 - Yuri

144 3 0
                                    

Eva berlari dengan bersungguh - sungguh walau staminanya boleh di katakan paling teruk kalau di bandingkan dengan yang lain. Tapi dia gigih kerana jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8.58 pagi.

Kunci rumah yang sudah sememangnya di keluarkan dari awal, terus di masukkannya ke dalam lubang kunci pada pintu rumah berwarna biru gelap itu.

KDAK KDAK KDAK, pintu bergegar bila Eva cuba membuka pintu.

KRAK! Pintu rumah di tolak dengan kasar.

"SAFE!" jerit Eva termengah - mengah sebaik saja jarum di jam tangannya tepat tertunjuk pada nombor sembilan.

"WOI!" jerit Mike pula akibat terkejut. "Kalau rosak pintu rumah aku tu, aku potong betul gaji kau kang."

Eva hanya tersenyum sumbing saja sebelum mendekati Mike yang tengah memindahkan sarapan yang di masaknya ke dalam mangkuk. "AWWW, untuk aku ke?" soal Eva dengan muka tak tau malunya. Tangannya terus dihulurnya untuk mencapai mangkuk tersebut.

"Teruskan bermimpi," balas Mike sebelum membawa makanannya ke ruang tamu menuju ke kerusi sofa biru yang di ibaratkan sebagai katil keduanya. "Karang teman kan aku jumpa Encik Eddy," arah Mike dengan nada yang mendatar.

Sesudu mi goreng, di suap ke dalam mulut. Matanya pula tidak lari dari menonton TV di hadapannya.

Eva yang baru membuka kabinet untuk mengambil sebungkus mi segera itu, terus menoleh kebelakang melihat Mike. "Lahhhh.... mesti ke? Aku malas lah nak jumpa client."

"Aaaaaa tak ada tak ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aaaaaa tak ada tak ada. Kau mesti ikut juga, since kau yang buat design dia." Mangkuknya di letak ke atas meja lalu cawan berisi ais kosong di capai lalu di teguk sedikit. "Haaa...."

Jelingan tajam di beri oleh Eva. "Pukul berapa jalan?" soalnya terpaksa.

"In 30 minutes or once I'm done, we go," balas Mike selamba. Sesekali, Eva di pandang sekilas. Reaksi geram sambil mengetap giginya, jelas tertera di wajah Eva. Mulutnya pula tidak kurang dari menyumpah - seranah Mike secara senyap.

"Inilah salah satu sebab kenapa aku nak minta tolong jiran baru kau tu masakkan aku sarapan," keluhnya namun tidak di hirau oleh Mike. Mike buat pekak je.

'Salah aku ke kau selalu tak ada masa nak sarapan?' bisik hati Mike.

"Oi!" panggil Eva.

"Apa?"

"Kau dengar tak aku tanya ni?" soalnya kasar.

"Apa dia?"

"Kau dah minta nombor telefon dia ke belum?"

"Belum lah. Jumpa pun tak. Lagipun, baru je semalam kau suruh aku minta, tak sampai 24 jam pun. Patut - patu ler. Aku keluar rumah pun belum," bebel Mike.

Eva hanya meniru mengejek kata - kata Mike. 

Selang beberapa minit...

"Ok, jom!" ajak Mike yang sudah bersiap sedia untuk bergerak.

The Shape of LoveWhere stories live. Discover now