SSRAKKK!
Langsir hitam yang menutupi jendela besar di bilik Mike, ditarik Haries dari tepi. Cahaya di waktu sepuluh pagi mula menerangi bilik tidur jejaka tersebut. "Good Morning!" jerit Haries mengejutkan MIke dari tidurnya.
Mike yang sedang mencuba membuka kelopak matanya itu mengerang sedikit lalu menarik selimutnya untuk menutup mukanya semula.
"Oi, bangun!" sambung Haries sambil menggoyang - goyang tubuh sahabatnya itu dengan menggunakan kakinya.
"Urghhhh.... masih awal ni. Bagi aku tidur...!"
"Kau nak bangun ke, kau nak aku rogol kau sekarang," ugut Haries tersenyum sinis. Dia cakap je, bukannya nak buat betul - betul pun. Mahu naik berang si Darius kalau dibuatnya betul - betul.
Mike menolak selimutnya, menampakkan separuh badannya. "Semak lah!" getusnya. Telefonnya di tepi katil di capai untuk melihat pukul berapa sekarang. "Urghhh... baru pukul sepuluh," marahnya.
Haries yang sudah berjalan ke luar dari bilik Mike itu, hanya tersenyum. Dua biji cawan di keluarkannya dari almari kaca di dapur. Dua kapsul serbuk kopi berperisa Hazelnut, di keluarkan dari kabinet minuman.
"Kau buat apa dekat rumah aku hujung minggu ni? Dah aku bagi cuti, dia nak datang kerja pula," bebel Mike masih tidak berpuas hati dengan kehadiran sahabatnya yang tidak di undang itu. Cawan yang berisi kopi itu, di capai satu, lalu di hirup sedikit.
Wajah Mike di pandang Haries sekali. "Aku datang bukan sebab kerja lah. Saja nak lepak dengan kau hujung minggu ni," balas Haries.
"Darius mana?"
"Dia ada upacara dekat pejabat dia. Takkan lah aku nak ikut sekali. Dia orang tahu aku ni boyfriend dia pun tak, nanti tak memasal malu Darius di buatnya." Haries mengeluh sekali.
"Masih belum?" soal Mike terkejut.
"Belum~"
"Kesian...~"
"Tak ada lah. Aku ok je. Asalkan dia tak curang," balas Haries.
(reaksi Mike) 'Ye lah tu. Ok lah sangat,' bisik hati Mike.
Kerusi di meja makan, di tarik Haries lalu melabuhkan punggungnya. "Jom keluar jalan. Kalau lepak kat rumah ni, bosan lah," kata Haries.
"Malas." Cawan di tangan, di acu sekali lagi pada bibirnya.
"Itu bukan satu ajakan, tapi itu satu arahan. Nak tak nak, kau mesti ikut aku keluar jalan," sambung Haries.
Mike hanya mengeluh sekali. Dia dah agak, si sahabatnya ini akan berkata sedemikian. "Lepas tengah hari lah kita jalan, aku nak siapkan kerja aku kejap."
"Brother, hujung minggu bukan masa untuk kau buat kerja kau. Hujung minggu, adalah masa untuk kau bagi rehat otak kau tu. Dah, pergi sana mandi." Mike buat pekak, tidak menghiraukan kata - kata Haries. Telefon di tangan, di tekan - tekan. Bibirnya di muncung sedikit. "Oi," panggil Haries.