SOL 4 - "Aku benci Qasha..."

112 5 0
                                    

21 JULAI 2021

Kertas di tangan, diletak ke atas meja. Kerusi di tarik lalu punggungnya menghempas lembut ke atas kerusi tersebut. Kerja yang baru di terimanya sejam yang lalu, menjadi tumpuan utamanya. Tangannya mula sibuk melukis di atas drawing pad yang terletak di sebelah kanan papan kekuncinya. Kaca matanya di luruskan ketika meneleti reka bentuk yang tertera di depannya.

Haries dan Eva yang sedang rancak berborak di meja kerja milik Haries, sesekali menoleh memandang bos besar mereka itu. "Kenapa dua tiga menjak ni, aku tengok mamat ni sibuk semacam je? Macam semua kerja dia nak buat?" soal Eva pelik.

Keluhan di hembus sekali. "Itu lah Mike. Bila ada perkara dekat kepala yang dia cuba nak lupakan, dia akan sibukkan diri dia dengan kerja. Biarkan je lah. Pandailah dia berhenti kalau dah penat karang," jawab Haries. "Eh, Va. Apa perkembangan dengan Encik Eddy tu? Macam tak ada berita je."

Reaksi wajah Eva terus berubah suram bila nama Eddy di sebut Haries. "Heh kau ni, mood destroyer betul lah. Aku baru je tak nak fikir pasal dia."

"Kenapa pula?"

"Kau tau, kan dia nak jumpa aku bukan main urgent masatu. Tapi bila aku nak jumpa dia dekat butik dia tu, asik tak ada je mamat tu. Nak dekat setiap hari aku pergi sana, tapi dia boleh pula tak ada..."

"Ya ke setiap hari kau keluar pergi jumpa dia? Bukan aku tengok kau sepanjang masa dekat ofis ke?" Haries memotong cerita Eva. 

Jelingan tajam di beri Eva. "Habis tu pukul satu dua macam tu, aku pergi mana selama ni?" suara di naikkan sedikit.

"Oh, ya..."

"Sambung balik cerita aku... Pastu semalam aku terserempak dengan dia dekat mart kawasan rumah aku tu... Haih, meluat aku tengok muka dia do"

20 Julai 2021, 8.26 malam...

Kakinya melangkah masuk kedalam pasar raya yang agak megah itu. Kereta sorong yang terparkir tidak jauh dari tempatnya berdiri itu, di capai satu lalu di tolak masuk bersamanya. Mulutnya mula bersenandung lagu yang di dengar di telinga.

Dari seksyen ke satu seksyen, kakinya disusun untuk mencari barang rumah yang hampir habis. Beberapa kotak ubat gigi Colg*** Optic White, diambil dan di masukkannya ke dalam kereta sorong tersebut.

Langkahnya di teruskan kehadapan lalu dia berhenti seketika untuk menyusun barang yang ada di dalam kereta sorongnya di hadapan satu lorong. Tanpa dia sedari, ada satu kereta sorong keluar dari lorong tersebut dan mula melanggar kereta sorongnya dengan kuat. "Sorry," kata lelaki itu sekali dan terus berlalu pergi. 

Dada Eva yang terletak di pemegang kereta sorong itu, mula tergesel kasar. "Aduh," adu Eva kesakitan. 'Sorry je?' soal hati Eva. Buah dadanya di usap lembut. Eva yang masih bengang dengan insiden tersebut terus memandang sekali lelaki itu. "Patutlah tak ada adab, dia rupanya," katanya mendatar.

Disebabkan tidak berpuas hati, Eva menolak keras kereta sorongnya dan melepaskannya. Kepalanya terus menoleh kearah lain. "Aarrghh," jerit lelaki itu kesakitan bila punggungnya di langgar kereta sorong milik Eva.

Senyuman sinis di ukir sebelum dia acah - acah berlari menghampiri lelaki tersebut. "Eh, maaf encik. Encik tak apa - apa ke?" Eva memulakan lakonan prihatinnya itu. Punggung lelaki itu cuba di usapnya tapi di tepis oleh pemiliknya.

"You?!" bengang lelaki itu.

"Eh, Encik Eddy? Maaf kan saya," katanya. Kepala di toleh ketempat lain seketika untuk melepaskan senyuman sinisnya sekali lagi. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Shape of LoveWhere stories live. Discover now