1 OGOS 2021, AHAD
*HYPE CLUB FITNESS*
Mike menolak pintu utama gim tersebut sebelum melangkah keluar selepas mengerjakan senamannya pada hari tersebut. Punat pada kunci keretanya itu, di tekan membuatkan bonnet belakang keretanya terbuka luas.
Kasut yang tersarung pada kakinya tadi, di tanggalkan sebelum meletakkannya ke dalam bonnet tersebut dan mengambil selipar untuk digunakannya.
"Haaa..." keluhan penat dihembus sekali. Tangannya pula mula menarik membuka pintu pemandu, lalu punggungnya di hempas ke atas kerusi pemandu. Botol air yang mempunyai isi tetapi hanya sedikit, di teguk sehingga habis. "Gila macam ni, dah lama tak workout, pastu workout macam tak ada hari esok," katanya seorang diri. "Ni kalau ada Ries, tak adanya aku nak berpeluh bagai macam ni," sambungnya.
Si Anak Woof2 - Bro, sorry aku tak dapat join kau workout rini, abang sayang tak nak lepaskan diri ini...lagi...
Mesej ringkas dari sahabatnya dua jam yang lalu, disaat dirinya betul - betul baru tiba di gim, mula bermain dimindanya.
"Mike," namanya di panggil ketika hatinya masih menyumpah seranah Haries. Kepala di dongak dan mukanya berubah pucat. "Mike, buat apa kat sini?"
Jantungnya mula berdebar tidak mengikut rentak. "Ben..." sapanya agak terkejut.
"Mike pun pergi gim ni ke?" soalnya lagi ramah.
"Ah.. urghh... ha ah..."
Ben mengeluh kerana agak kecewa dengan reaksi yang di beri oleh Mike. "Mike, about that day... can we talk and discuss about it properly?" Mike dah tak sedap rasa. Dia dapat rasa sebenarnya Ben tidak pergi ke gim ini, tapi mengekori dirinya. Pintu keretanya terus di tutup. Di sangka tindakannya pantas, namun tangan Ben lagi pantas menghalang pintu kereta itu dari tertutup rapat.
"Ben lepaskan!" jerit Mike sedikit.
"Not until you talk to me," balasnya tegas.
Mike semakin takut bila melihat Ben bertindak sebegitu rupa. "Let it go! Mike dah cakap, Mike tak nak ada apa - apa lagi dengan Ben," tangannya terus mencuba menarik pintu tersebut.
"No, we're not done yet," bentak Ben.
Mike mengeluh keras. Tanpa berfikir panjang pintu pemandu itu, di tolak dari dalam dengan kuat, membuatkan Ben tertolak dan jatuh terduduk di atas jalan tar itu. "Argh," adu Ben kesakitan.
"Mike!" panggil satu suara dari jauh. Kepalanya terus di toleh ke arah suara tersebut.
"Qash," sahutnya perlahan. "Awak buat apa kat sini?" soalnya. Reaksi gementar bercampur takut masih terlukis di wajah Mike.
Sebelum Mike di dekatinya, sesekali lelaki yang terduduk di jalan itu, di pandang. 'Ni ke Ben?' soal hatinya. Niat tidak mahu masuk campur dalam hal orang lain terpaksa di batalkannya bila melihat Mike sepertinya ketakutan. Qasha harus melakukan sesuatu. "Sayang ok ke?" selamba ayat itu di ungkapkan kepada Mike.
'Sayang?' soal hati Mike terkejut. Qasha memberinya isyarat untuk mengikut rentaknya dengan menggunakan matanya. Mike mengerti dan terus menggelengkan kepalanya menandakan dirinya tidak ok.
"Sayang?" soal Ben bengang dan terus berdiri. Wajah berang di beri. "Siapa sayang kau? Dia aku punya!"
Qasha terus berdiri di depan Mike dan membelakanginya, melindungi Mike. Tangannya memegang tangan Mike. "Kau nak gila, jangan dekat sini. Tak ada tempat untuk orang gila kat sini," kata Qasha dengan tenang.