SOL 5 - "Dari mata ke hidung dan terus ke bibir..."

101 4 4
                                    

22 JULAI 2021, KHAMIS

Eva menjengah ke dalam butik 8D Closet dari luar melalui dinding kaca butik tersebut. 'Hmmm... sibuk semacam je aku tengok...' bisik hatinya. Pintu utama butik di tolak lalu kakinya melangkah masuk. "Bos ada?" soalnya pada salah seorang daripada pekerja di sana. 

"Ada. Cik ada buat appointment ke dengan dia?" soal pekerja tersebut.

Eva berfikir buat seketika. "Ada," tipunya. "Dia suruh datang tengah hari ni nak bincang mengenai reka bentuk logo untuk Sports Day," tipunya lagi

"Ohhh... ok ok... Tunggu kejap ya..." balas pekerja tersebut. Eva tersenyum sinis. 'Aku dah agak dia tipu,' bisik hati Eva lagi. "Nama cik siapa?" soal pekerja 8D Closet itu.

"Eva," jawabnya ringkas.

"Ok, tunggu sebentar ya. Cik boleh duduk dulu," katanya ramah sambil menunjukkan kerusi sofa di tempat menunggu. Eva hanya menurut. 

Setelah hampir setengah jam menunggu, pekerja tadi itu mengarahkan Eva untuk naik ke tingkat enam dimana beradanya ofis pemilik butik tersebut. Eva terus berdiri dan menghampiri lift yang boleh di katakan agak mewah itu. 

Ketika pintu lift hendak tertutup, seorang lelaki menjerit dari jauh menyuruh Eva menahan pintu tersebut. "Tahan tahan tahan pintu tu," katanya sambil termengah - mengah. Kabut dek jeritan itu, Eva terus menahan pintu tersebut dengan belakang tubuhnya. "Thank you," katanya mesra.

Keadaan menjadi sunyi buat seketika.

"Pekerja baru ke?" soal lelaki tersebut kepada Eva.

"Eh, tak. Nak jumpa pemilik butik ni, ada urusan sikit," jawab Eva. Raut wajah lelaki itu di pandang sekali. 'Not bad, rupa dia boleh tahan mengancam hati wanita aku ni,' bisik hatinya.

"Nama aku Eric," lelaki tersebut memperkenalkan dirinya tiba - tiba.

"Eva," balas Eva ringkas. 

TTING! 6th FLOOR. Kata suara lift tersebut.

"Bye," kata Eva sekali.

"Saya turun kat sini juga," balas Eric.

"Oh... kalau macam tu, awak tahu tak mana bilik Encik Eddy?"

"Tahu... Meh, saya tunjukkan."

Eric terus menunjukkan arah menuju ke bilik kerja pemilik 8D Closet itu. Selang beberapa pintu mereka lintasi, akhirnya destinasi yang ingin di tuju, sudah pun tiba. Pintu di ketuk dua kali sebelum Eric menolak perlahan pintu tersebut. "Wira, ada orang nak jumpa kau," kata Eric  sekali.

'Wira?' soal hati Eva pelik. Eva menjengah sedikit ke dalam bilik tersebut. 'Encik Eddy? Wira? Ewwww... Lebih - lebihnya gelaran dia,' getus hatinya lagi.

"Masuk," arah Eddy  yang sedang sibuk menyemak kertas kerjanya. "Putera, tolong aku ambikkan design baju edisi musim panas dekat bawah," arahnya kepada Eric. 

'Eric? Putera?' Semakin pelik reaksi wajah Eva. Difikirannya sekarang, adakah dia sedang mencari masalah dengan keluarga kerabat? Perasaan risau mula hadir.

"Ok. Awak masuklah," kata Eric kepada Eva. Eva hanya mengangguk sekali sebelum melangkah masuk menghampiri meja kerja Eddy. Eric pula beransur pergi mengambil apa yang di mahukan oleh abangnya itu.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Eddy serius.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin. "Kenapa kau cancel request dengan kitaorang?"

"Bos kau hantar kau ke sini ke?"

"Tak, aku sendiri yang nak datang sini. Dia tak tahu pun aku jumpa kau sekarang."

The Shape of LoveWhere stories live. Discover now