SOL 8 - You're so fake, man

61 4 1
                                    

Matanya masih merenung ke arah lelaki yang sedang berdiri di atas pentas sekarang. Jelingan tajamnya masih lagi meneliti tubuh jejaka tersebut dari atas hingga ke bawah. 'Lelaki yang aku nak jadikan musuh ni, adalah lelaki yang aku bantu semasa sekolah dulu?' soal hatinya. 'Emir Edrien is Eddy of 8D Closets?'

Usai memberi ucapan sebagai penganjur utama bagi acara reunion pada kali ini, Eddy mula melangkah turun dari pentas tersebut. Eva yang masih terpaku di tempat duduknya itu, di tatap lama sambil tersenyum sinis. 'Terkejut sangat ke sampai tak berkelip mata tengok aku?' bisik hati Eddy.

Kerusi di sebelah Eva, di tarik lalu punggungnya mula di hempas lembut ke atas kerusi tersebut. Disaat Eva masih terkesima melihat Emir atau Eddy yang sekarang, Eddy pula tidak menghiraukan tatapan wanita tersebut. Malah, dirinya rancak bergurau dan bercerita dengan sahabat - sahabatnya.

"Hoi," Rina memukul lembut bahu Eva dari belakang. "Tak nak makan ke?" soalnya pula.

Eva terus berdiri dan menarik Rina pergi dari meja itu dan bergerak menghampiri meja yang menyediakan hidangan bagi acara malam ini. "Betul ke tu Emir?" soal Eva masih cuba menafikan apa yang dilihatnya sekarang.

"Yalah kan... Aku pun tertanya - tanya soalan yang sama. Tak sangka pula Emir yang bam - bam dan comel dulu tu, boleh jadi seorang lelaki yang... GRRRRR," jawab Rina dengan nada gatal. Eva memandang sahabatnya pelik. 'Tak padan dah nak tunang,' bisik hati Eva.

Tengah sibuk bergosip tentang Eddy, tanpa mereka sedari, lelaki tersebut serta sahabatnya bergerak menghampiri meja yang menyediakan juadah pada malam ini.

"Oi," Eva menolak Rina sedikit dan terus mencapai sebiji piring serta sudu dan garfu. Gelabah.

Eddy sesekali melirikkan matanya ke arah Eva. Senyuman sinisnya masih terlukis pada bibir. 'Senyap semacam minah ni,' hatinya berbicara. "Kenapa senyap je?" soal Eddy selamba sambil tangannya mengaut nasi.

Eva menoleh kiri dan kanannya. "Kau cakap dengan aku ke?"

"Eh, tak. Ni tengah cakap dengan nasi putih depan aku ni. Kenapa kau senyap nasi? Terkejut tengok aku ke, nasi?" seloroh Eddy bergurau.

Eva menjelingnya sekali. Malas nak layan. Mulutnya masih di tutup rapi, tidak berkata apa. Usai mengambil jamuan buat dirinya, Eva terus bergerak ke mejanya semula, di ikuti dengan Eddy di belakang.

"Mir..." panggil sahabatnya.

"Hmmm..." sahut Eddy yang tengah makan.

"Bisnes kau dah makin maju, status hidup kau dah maju juga ke?" soal sahabatnya.

"Belum," jawab Eddy sepatah.

Eva yang hanya menjadi pendengar di meja itu, hanya menganggukkan kepalanya sekali. 'Sebab kerek sangat kut,' bisik hati Eva.

"Tak ada masa bro," sambungnya lagi.

"Ya ke? Bukan sebab kau masih cari budak sekolah kau dulu tu?" soal sahabatnya seorang lagi. Eva terus menoleh ke arah lelaki tersebut. Malik. Jelingan matanya di alih ke arah Eddy.

"Siapa?" soal Eddy kurang mengerti.

"Ala... budak perempuan yang selalu tolong kau dulu tu, kalau kita orang tak ada. Siapa nama dia? Aku lupa," sambung Malik. Hampir tersedak Eva di buatnya bila mendengar statmen tersebut.

Eddy hanya tertawa perlahan. "Oh dia tu. Tak lah. Bukan level aku," jawabnya selamba lalu menoleh ke arah Eva sekali sebelum tersenyum sinis.

Eva buat pekak je. Malas nak balas. 'Kau saja je nak sakitkan hati aku kan.. Ingat dia tu level aku sangat ke? Please lah,' getus hati Eva.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Shape of LoveWhere stories live. Discover now