SOL 6 - Gaydar

106 4 0
                                    

25 JULAI 2021, AHAD

Suasana di dalam rumah Qasha yang agak tenang dan selesa itu, di teliti Mike sejak menjejakkan kakinya sebentar tadi. Sisa - sisa air mata yang mengalir, di kesat ke tepi. "Duduk lah," arah Qasha mesra sambil menunjuk ke arah kerusi sofa di ruang tamu. Mike hanya menganggukkan kepala nya sekali sebelum meneruskan langkahnya ke sofa tersebut.

Selang berapa minit, Qasha masuk ke ruang tamu sambil membawa secawan air dan sepinggan kuih hasil air tangannya. "Minum lah," ajaknya.

"Thank you," kata Mike sambil mengangguk malu, sekali. Cawan tersebut di angkat lalu di rapatkannya ke bibir sebelum menghirup Earl Grey Tea yang di bancuh Qasha, sedikit.

Keadaan menjadi janggal semula seperti sedia sekala. Sesekali, mata mereka bertembung tanpa di duga.

"Ummm... sorry,"  kata Mike sekali. Janggal.

Senyuman di beri Qasha. "It's okay," balasnya ringkas. "Siapa Ben?" soal Qasha tiba - tiba, ingin tahu. Maklum lah, hampir semua penduduk di tingkat tersebut boleh mendengar jeritan Mike tadi. Mike memandangnya sekali dengan wajah tanpa emosi. Keluhan di hembus perlahan. "Sorry, maaf... ignore my question." Qasha terus memandang ke arah lain, tak senang duduk bila di pandang begitu. 'Haish, mulut ni,' getus hati Qasha memarahi mulutnya sebab terlepas soal.

"My step-brother... bekas...jawabnya mendatar. Qasha melihatnya semula sambil mengangguk mengerti. "...and my ex-boyfriend..." sambung Mike membuatkan Qasha mengangguk lagi sambil matanya terbesar sedikit.

'Oh... Mike...is... I see...' bisik hati Qasha.

Suasana kembali sunyi buat seketika waktu. "Minumlah lagi..." Qasha menunjuk ke arah cawan di depan Mike.

"Sedap... rasa macam brownies hari tu..." puji Mike dengan nada agak perlahan. Senyuman cuba di ukir, cuba untuk melupakan apa yang berlaku pagi tadi.

"Oh... saya guna teh yang sama untuk buat brownies tu, Earl Grey. Bagus untuk menenangkan minda," balas Qasha. Sememangnya, TehEarl Grey mengandungi banyak kebaikan untuk tubuh badan seorang manusia itu.

Mike mengangguk mengerti.

"Awak dah lunch ke?" soal Qasha sambil melihat jam di dinding yang telah menunjukkan pukul dua petang. Mike menggelengkan sedikit kepalanya. "Kalau macam tu, awak rehat lah dulu. Saya sediakan makan tengah hari untuk awak."

"Eh, tak apa. Kejap lagi, Ries nak sampai, hantar kunci rumah. Tak yah lah susah - susah," tolak Mike.

"Oh, kalau macam tu, ajak Haries sekali. Bukan selalu saya masak untuk awak, kan?" jawab Qasha dengan senyuman mekar masih terukir di bibirnya.

'Selalu...' jawab hati Mike. "Hmmm ok," Mike hanya menuruti permintaan jirannya itu, walaupun hakikatnya, Qasha sering sekali memasakkan juadah tengah hari buatnya dan kawan - kawan.

"Ok, cool." Qasha terus masuk ke ruang dapurnya yang agak mewah bagi Mike itu, lalu mencapai satu cooking pan dan meletakkannya ke atas dapur memasak. 

Mike yang tidak senang duduk di rumah orang itu, terus bangkit dari duduknya dan mula meneroka rumah tersebut. Lukisan - lukisan yang tergantung di dinding rumah tersebut, di teliti Mike. "Cantik," katanya sekali. Qasha tersengih sedikit bila terdengar pujian dari mulut Mike itu. "Kat mana awak beli lukisan ni?" soalnya pula dari ruang tamu.

"Saya lukis sendiri." Matanya masih tekun melihat masakan di hadapannya. Tangannya pula tidak kurang dari memotong daun bawang cina, bagi penambah rasa untuk masakan tersebut. 

The Shape of LoveWhere stories live. Discover now