Aku pening dengan mak. Boleh dia suruh aku kahwin dengan Kak Suhana? Kak Su tu aku dah anggap macam kakak aku sendiri. Takkan aku nak kahwin dengan 'kakak' aku kot.
Lagi satu, kalau aku kahwin dengan Kak Su, jadi Mahani, awek aku kat universiti tu aku nak campak mana? Haihh. Mak...mak...kenapa mak buat Ayie macam ni?
"Mak bukan nak paksa kau. Tapi mak kesian kat Kak Su kau tu. Dia baru je kehilangan mak. Dia sebatang kara sekarang. Takde siapa nak jaga dia." Kata Zuraini, mak Ayie.
"Tapi kenapa Ayie mak? Ayie belajar pun tak habis lagi. Takkan Ayie nak kahwin dengan dia? Kalau Ayie kahwin dengan dia, habis Ayie nak bagi dia makan apa?"
"Itu Ayie tak payah risau. Nafkah dia mak akan tanggung bagi pihak Ayie sampai Ayie habis belajar dan dapat kerja. Lepas Ayie dapat kerja, baru mak dah tak tanggung Ayie dah."
"Mak ni biar betul?" Terkejut Ayie dengan kata-kata ibunya.
"Betul la. Nampak mak macam main-main ke sekarang ni?" Ujar Zuraini.
"Mak, banyak lagi lelaki lain kat luar sana. Kenapa mesti Ayie juga yang kena jadi suami dia? Lagipun, dia lagi tua dari Ayie. Dia bukan tak lawa mak. Dia lawa apa. Ramai lagi lelaki lain sukakan dia."
"Memanglah. Tapi mak berkenan betul dengan Kak Su kau tu. Mak nak sangat ada anak perempuan macam dia. Baik, lemak lembut, bijak, berdikari, jaga solat, sopan, dan pandai berniaga. Jadi, mak nak dia jadi menantu mak. Mak tak sanggup tengok perempuan sebaik dia jatuh ke tangan lelaki lain." Balas Zuraini.
"Mak ambil dia jadi anak angkat tak boleh ke? Kenapa mesti nak jadi menantu juga?"
"Ala, anak angkat tak best. Menantu lagi best. Mak selalu ikut apa yang Ayie mintak. Bila time mak mintak, Ayie bagi macam-macam alasan. Haihh."
"Okaylah, okaylah. Ayie ikut je." Aku mengalah.
"Yes! Macam ni la anak mak. Mak sayang Ayie." Tersenyum gembira mak aku sebab aku setuju kahwin dengan Kak Su.
YOU ARE READING
CINTA DUA PEREMPUAN
RomanceAyie terpaksa memilih antara Suhana dan Mahani. Seorang pilihan ibunya dan seorang pilihan hatinya. Dua dua adalah wanita yang menepati cita rasanya. Siapakah yang menjadi pilihan Ayie? Jom baca nopen (novel-cerpen) Cinta Dua Perempuan yang menarik...