BAHAGIAN 8

266 6 0
                                    

Pagi Sabtu tu aku tak tidur lepas Subuh. Biasa lepas solat Subuh je aku tidur. Ni aku jaga. Aku tengok Suhana sedang bertungkus lumus kat dapur siapkan nasi lemak dia.

Aku tak tolong dia pun sebab aku tak tahu nak tolong apa. Sebelum ni pun aku tak tolong. Takkan tiba tiba hari ni pula aku nak tolong pula kan?

Suhana biasa bangun pukul empat pagi siapkan nasi lemak. Lepas solat Subuh, dia terus bertolak ke gerai kecil dia untuk berniaga. Entah kenapa pagi tu aku teringin nak tengok dia berniaga. Maybe sebab rasa cemburu tempoh hari.

Biasa hari Sabtu, sebab takde kuliah, aku tidur je pagi pagi. Pastu aku bangun aku keluar dating dengan Mahani. Kalau ada assignment, aku buat assignment. Kalau tak dating atau buat assignment, aku akan tidur, makan, solat, main game pastu tengok TV. Aktiviti hari Ahad pun macam tu juga.

Pagi tu secara sukarela aku tolong Suhana pergi berniaga. Dia pun macam pelik tengok aku tapi dia diam je. Aku tolong bawa barang barang niaga dia ke gerai.

Pukul 6.30 pagi je dah ada orang start beli nasi lemak dia. Dia layan dengan baik semua pelanggan dia. Aku tak tolong pun. Aku takut aku tolong kang, aku salah buat. Aku just tengok je sambil duduk memerhati apa yang dia buat.

Pukul tujuh pagi je ramai pelanggan datang. Tak menang tangan dia layan pelanggan. Tapi dia tetap rileks dan tak gopoh. Dia tenang je bungkus nasi lemak tu. Pelanggan yang datang bukan order sebungkus dua. Satu orang kadang order sampai tujuh bungkus.

Dan macam biasa, sebab bini aku ni cantik gila, ada je jantan jantan bangang yang pandang dia dengan pandangan menggoda. Pandang je takpe lagi, ni ada siap mengorat lagi. Celaka betul. Aku ni suami dia kot. Kat belakang dia je ni. Aku 'tuam' sekali muka kau... apa tak dapat.

Suhana pula macam bila ada jantan ngorat dia bukan marah ke apa. Senyum je. Jawab apa pun tidak. Sakit hati aku. Cakaplah yang sayan dah kahwin. Suami saya kat belakang ni. Jangan cuba nak ngorat saya. Ni takde, diam je sambil senyum. Senyum dah la manis. Haihh.

Tengah Suhana sibuk sibuk layan pelanggan, datang seorang lelaki dengan pakaian compang camping kat tepi gerai. Aku tahu, ni mesti pengemis ni. Takde lain ni mesti nak minta sedekah.

"Nasi lemak satu berapa?" tanya lelaki pengemis tu.

"RM1.50." jawab Suhana.

"Bagi satu." kata lelaki tu. Pastu aku tengok dia raba raba poket. Dia keluarkan RM1.50 dari poket dia. Ohh ada duit rupanya. Mesti hasil mengemis ni.

Aku tengok Suhana bungkus nasi lemak untuk lelaki tu siap letak ayam lagi. Pastu Suhana letak RM10 kat dalam plastik yang ada bungkusan nasi lemak di dalam. Aku pelik. Apa Suhana buat ni?

"Nah." kata Suhana sambil menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada lelaki tu. Lelaki tu ambil dan bagi RM1.50 kat Suhana.

"Tak payahlah. Encik amik je. Saya belanja." Suhana menolak.

"Eh betul ke ni?" Soal lelaki itu.

"Ya." Balas Suhana sambil tersenyum.

"Terima kasih banyak ye. Moga banyak rezeki awak." kata lelaki tu sambil tersenyum dan berlalu pergi.

"Amin..." balas Suhana. Semua pelanggan Suhana yang ada kat situ tersenyum melihat kebaikan Suhana. Dan ya, aku pun tersenyum. Baik betul bini aku ni. Dah la cantik, baik pula tu.

Kemudian Suhana pun layan semula pelanggan dia. Tak lama kemudian, datang seorang lelaki India yang bekerja sebagai tukang sapu majlis pembandaran ke gerai Suhana.

"Nasi lemak satu. Letak telur mata." kata lelaki India itu dengan bahasa Melayu ala Tamil.

"Tunggu kejap ye. Saya buat untuk yang lain dulu." kata Suhana.

"Wokey." Balas lelaki tersebut. Habis je Suhana siapkan order pelanggan yang datang dulu dari lelaki India tu, Suhana buat pula order dia. Kemudian Suhana serahkan bungkusan nasi lemak dengan telur mata itu kepada lelaki India tersebut.

"Berapa?" Soal lelaki India itu sambil pegang dompet dia.

"Tak payah bayarlah. Saya belanja." kata Suhana.

"Terima kasih ya kakak. Semoga tuhan selalu tolong sama kakak." kata lelaki India tu sambil ambil bungkusan nasi lemaknya dari tangan Suhana. Kemudian dia berlalu pergi sambil tersenyum.

Haihh. Baik betul bini aku ni. Patutlahperniagaan laris. Bukan sahaja sebab nasi lemak dia sedap, tapi sebab diapemurah dan selalu bersedekah.

CINTA DUA PEREMPUANWhere stories live. Discover now