"Apa? Mak awak suruh awak kahwin dengan anak kawan dia? Mak awak tu betul ke tak?" Soal Mahani ketika aku dan dia sedang makan tengah hari kat café fakulti kitaorang. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan.
"Betul la. Takkan mak saya mereng pula." Kata ku.
"So, awak setuju?" Soal Mahani sambil pandang muka aku tak puas hati. Aku hanya angguk je jawab pertanyaan dia tu.
"Haihh, habis saya macam mana?" Soal Mahani lagi.
"Kita jalan je la hubungan macam biasa. Saya tak cintakan Kak Su. Saya cintakan awak."
"Ye la tu. Boleh percaya ke? Susah nak percaya cakap lelaki ni."
"Amboi, awak dah tak percaya saya dah?"
"Bukan tak percaya. Susah nak percaya. Silap-silap dah kahwin dengan dia, awak terus jatuh cinta dengan dia. Siapa tahu?"
"Insha Allah...saya takkan buat macam tu. Kita dah lama couple kot. Pernah ke saya curang dengan awak?" Mahani diam mendengar pertanyaan aku.
"Macam ni, saya kahwin je dengan dia dulu. Dah sampai masa nanti, saya akan ceraikan dia. Pastu kita boleh kahwin pula. Jangan risau okay. Saya target sampai saya habis universiti ni dah dapat kerja je. Dapat je kerja, saya akan ceraikan dia dan kahwin dengan awak."
"Betul ke ni?" Bersinar-sinar mata Mahani memandang aku. Awek comel bertudung litup depan aku ni bertambah comel bila buat macam tu.
"Ya, saya janji." Kataku. Dan Mahani tersenyum manis.
YOU ARE READING
CINTA DUA PEREMPUAN
RomanceAyie terpaksa memilih antara Suhana dan Mahani. Seorang pilihan ibunya dan seorang pilihan hatinya. Dua dua adalah wanita yang menepati cita rasanya. Siapakah yang menjadi pilihan Ayie? Jom baca nopen (novel-cerpen) Cinta Dua Perempuan yang menarik...