Pejam celik pejam celik, aku pun dah habis belajar. Hari ni adalah hari konvokesyen aku. Aku gembira sangat. Yalah. Dah bertungkus lumus selama tiga tahun nak dapat ijazah, akhirnya aku konvo juga.
Aku sangat beruntung sebab belum konvo lagi aku dah dapat kerja kat Maybank. Oleh sebab aku terima biasiswa Maybank, jadi aku kena kerja dengan Maybank selama lima tahun. Itu syarat yang ditetapkan oleh Maybank masa aku setuju terima tawaran biasiswa diaorang dulu.
Aku tak kisah pun kerja kat mana mana. Yang penting, aku dapat kerja. Gaji aku kat Maybank pun banyak juga. Boleh la nak tanggung dua orang bini. Kerja bank kot. Gaji memang masyuk.
So hari ni hari konvokesyen aku. Mak dan adik aku datang meraikan konvo aku. Adik aku, Aina, bukan saja datang sebagai meraikan, tapi juga bertindak sebagai tukang amik gambar.
Selain mak aku dan adik aku, Mahani yang sama sama konvo dengan aku pun turut sama meraikan aku. Dia pun asyik ambil gambar dengan aku je selain amik gambar dengan mak ayah dan kawan kawan dia. Dan itulah kali pertama aku bersua muka dengan mak ayah Mahani, ya, bakal mak dan bapak mentua aku. Hehe.
Walaupun aku sibuk bergambar dan bersuka ria dengan family dan kawan kawan aku, aku tertunggu tunggu juga kehadiran Suhana. Aku dah nak balik ni pun dia still tak datang lagi. Pagi tadi aku ada beritahu dia yang aku konvo hari ni. Sebelum sebelum ni pun aku dah bagitahu dia. Takkan dia lupa kot.
Sebab dah petang sangat, jadi aku pun terus balik. Sampai je rumah, hari dah pun malam. Aku, mak dan adik aku sempat solat Maghrib kat surau Shell tadi.
Sampai rumah, aku tengok Suhana sedang siapkan makan malam. Aku tengah angin dengan minah ni. Boleh dia tak datang konvo aku? Nak kena minah ni.
"Asal tak datang konvo saya tadi? Saya tunggu tahu tak? Mak dan adik pun tanya awak." Soalku bertalu talu.
"Ala, abang janganlah marah. Saya bukan tak nak datang tapi kan ada Mahani kat sana. Kang saya nak bergambar dengan abang, dia cemburu pula." Jawab Suhana. Betul juga. Kalau Suhana datang dan asyik berkepit je dengan aku, habis Mahani aku nak letak mana? Pandai betul bini aku ni.
Aku dah beritahu pasal Mahani kat Suhana dah lama dah. Aku saja cerita pasal Mahani sebab aku nak Suhana tahu yang aku jalinkan hubungan dengan perempuan lain even aku dah kahwin dengan dia. Aku tak nak dia anggap aku jalinkan hubungan dengan perempuan lain kat belakang dia. Tapi aku tengok Suhana macam tak cemburu pun. Dia macam tak kisah je. Siap doa lagi supaya hubungan aku dengan Mahani berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Takde perasaan ke apa perempuan ni. Ke dia tak sayang aku?
"Ya tak ya juga." Kataku sambil duduk di meja makan. Kelihatan makanan Jepun tersedia di atas meja makan.
"Mana awak dapat makanan Jepun ni?" Soalku. Tak pernah pernah dia hidangkan aku makanan Jepun selama kitaorang kahwin.
"Saya order online. Takkan saya nak masak. Saya mana tahu masak makanan Jepun." Jawab Suhana.
"Macam mana awak tahu saya suka makanan Jepun?" Aku bertanya sambil mengambil sebiji sushi dah masuk ke dalam mulut guna sepit.
"Kan abang pernah bagitahu saya. Lagipun masa abang dating dengan Mahani, abang selalu gi restoran Jepun dan Korea. Itu yang saya tahu tu." Suhana menjawab.
"Mana awak tahu saya selalu pergi restoran Jepun dengan Mahani? Awak intip saya ke?" Aku terkejut juga dengan apa yang Suhana cakap tu.
"Takdelah. Tapi biasa bila abang keluar dengan Mahani, saya pun keluar juga. Shopping sorang sorang. Selalu nampak korang kat mall."
"Awak selalu nampak kitaorang? Tapi kenapa kitaorang tak pernah nampak awak pun?"
"Macam mana nak nampak kalau fokus abang asyik kat Mahani je. Asyik layan asmara je sampai tak pandang kiri kanan." Aku tersipu malu mendengar kata kata Suhana. Dia macam 'smash' aku pun ada. Aku rasa macam bersalah bila dapat tahu bini aku nampak aku dating dengan perempuan lain.
"Saya nak tanya, awak tak rasa cemburu ke tengok saya dan Mahani?" Aku cuba menduga hati Suhana.
"Mestilah saya cemburu."
"Habis, awak macam tak marah pun. Awak tak bising pun dengan saya."
"Layak ke saya nak marah dan cemburu? Saya tahu abang tak cintakan saya. Perkahwinan ni pun sementara saja. Saya memang sakit hati tengok suami saya keluar dengan perempuan lain tapi saya tak boleh buat apa apa. Sebab dari awal lagi memang abang tak suka saya. Abang kahwin dengan saya pun sebab mak abang yang suruh." Terkelu lidah aku mendengar kata-kata Suhana. Aku diam tak berkutik kat situ.
"Takpelah. Perkahwinan ni pun akan sampai ke penghujungnya tak lama lagi. Abang pun dah konvo dan dah kerja. Tak lama lagi akan kahwin dengan Mahani. Dah sampai masa abang nak ceraikan saya, beritahu. Nanti kita boleh ke mahkamah." Terasa pisau tengah hiris hiris hati aku dengar kata kata Suhana. Hati aku bercampur baur dengan pelbagai perasaan bila dengar apa yang Suhana kata.
"Lupakan soal tu dulu. Sekarang abang makan. Tahniah sebab dah konvo. Sorry sebab tak datang tadi." Ucap Suhana sambil tersenyum.
Dan kami menikmati makan malam dengan makanan Jepun itu tanpa kata dan tanpa suara.
YOU ARE READING
CINTA DUA PEREMPUAN
RomanceAyie terpaksa memilih antara Suhana dan Mahani. Seorang pilihan ibunya dan seorang pilihan hatinya. Dua dua adalah wanita yang menepati cita rasanya. Siapakah yang menjadi pilihan Ayie? Jom baca nopen (novel-cerpen) Cinta Dua Perempuan yang menarik...