BAHAGIAN 15

338 5 0
                                    

"Kenapalah abang buat dia macam tu? Abang ni macam tak sabar sabar pula." Kata Mahani kepadaku. Malam itu kami sedang berada di ruang tamu berdua. Ibu dan ayah Mahani sudah masuk tidur.

"Bukan tak sabar tapi dia tu degil. Nak cerai la, tak nak mengandung la, apa la. Susah la dia tu." Balasku.

"Eleh, susah susah pun abang sayang dia juga kan?" Mahani menduga.

"Mestilah. Isteri abang kot."

"Kenapa dia nak cerai dengan abang?"

"Dia kesian kat awak dan baby kita. Dia tak sanggup tengok awak berkongsi suami dengan dia. Dan dia tak nak bila baby kita lahir dan besar, dia akan tahu bahawa bapa dia ada dua isteri."

"Kenapa macam pelik je pemikiran Kak Su tu?"

"Itulah. Saya pun pening."

"Saya rasa la kan, Kak Su mesti rasa serba salah kahwin dengan abang. Mesti dia rasa dia rampas abang dari saya. Sebab tu dia cakap macam tu. Sebab tu dia nak cerai dengan abang."

"Abang pun rasa macam tu juga."

"Macam ni la. Apa kata kita jumpa Kak Su esok."

"Nak buat apa jumpa dia?" Aku mula soal pelik.

"Biar saya cakap dengan dia. Mungkin lepas saya cakap, dia boleh faham." Mahani menjawab.

                                                                                  *****

Aku dan Mahani datang ke rumah Suhana pagi tu. Entah apa yang Mahani nak cakap dengan Suhana, aku tak tahulah. Aku harap Mahani boleh ubah fikiran Suhana supaya tak cerai dengan aku.

Aku bersyukur dapat isteri macam Mahani. Dia mudah bertolak ansur dan memahami. Sikit pun dia tak desak aku bercerai dengan Suhana. Padahal boleh je dia buat macam tu. Ni siap nak tolong lagi supaya Suhana boleh lupakan niat dia untuk bercerai dengan aku.

Suhana dengan Mahani pun tak pernah bergaduh. Bila jumpa kat mana mana, elok je bertegur sapa dan berborak macam kawan. Padahal diaorang tu bermadu. Baik Suhana mahupun Mahani, kedua duanya tak memeningkan kepala aku dengan asyik bergaduh berebut harta dan suami dua puluh empat jam. Aku bersyukur sangat pada Allah berkenaan dengan soal itu.

Masa kitaorang sampai kat rumah Suhana, aku tengok Suhana tengok duduk kat ruang tamu – termenung. Entah apa yang dia menung, aku pun tak tahu.

"Assalammualaikum Kak Su." Ucap Mahani sambil duduk di tepi Suhana di atas sofa yang ada kat ruang tamu.

"Waalaikumussalam. Eh bila Ani sampai? Sorry la akak tak dengar." Balas Suhana. Dia pandang aku sekejap kemudian dia larikan anak mata dia dari aku dan pandang Mahani.

"Baru je kak. Jauh aku termenung. Akak okay ke?" Soal Mahani.

"Okay je. Cuma penat sikit."

"Ani datang dengan abang Ayie ni pun ada sesuatu nak bincang dengan akak." Ujar Mahani.

"Apa tu?" Soal Suhana pelik.

"Sebelum tu Ani nak tanya, akak sayang abang Ayie tak?"

"Kenapa Ani tanya?" Suhana mula pelik.

"Akak jawab je dulu. Akak sayang abang Ayie tak?"

"Err....mestilah sayang." Dengar tak dengar je Suhana menjawab.

"Habis tu kenapa akak nak cerai dengan abang Ayie?" Suhana pandang Mahani kemudian pandang aku.

"Sebab..."

"Akak terus terang je. Apa pun jawapan akak, Ani dana bang Ayie terima." Suhana melepaskan keluhan berat.

"Akak sayang abang Ayie tapi akak tak sanggup rampas dia dari Ani. Kami kahwin bukan sebab cinta tapi sebab aturan ibu bapa. Akak tahu sebelum akak kahwin dengan abang Ayie, abang Ayie dah bercinta dulu dengan Ani. Bila akak kahwin je dengan dia, akak dah rampas dia dari Ani. Lagipun abang Ayie tak cintakan akak. Dia cintakan Ani sorang je." Luah Suhana.

"Siapa kata saya tak cintakan awak. Dah banyak kali cakap kan yang saya cintakan awak. Awak ni tak dengar ke buat buat tak dengar?" Aku mula angin dengan Suhana.

"Tipu! Abang cakap macam tu sebab abang nak jaga hati Su je." Balas Suhana.

"Kak Su, Ani boleh confirm yang abang Ayie cintakan akak. Dia juga cintakan Ani. Ani tak rasa yang akak rampas abang Ayie dari Ani. Lagipun Ani boleh terima yang abang Ayie ada isteri pertama masa Ani kahwin dengan dia dulu. Ani tak kisah kak bermadu dengan akak. Ani sayang akak macam kakak Ani sendiri. Akak pun baik dengan Ani. So, Ani harap akak janganlah bercerai dengan abang Ayie ye. Kita bertiga boleh hidup bahagia bersama sampai bila bila." Ujar Mahani.

"Betul ke Ani tak kisah bermadu dengan akak?"

"Betul kak. Ani tak kisah. Kalau akak nak dua hari bermalam dengan abang Ayie pun Ani boleh bagi. Please, jangan berpisah dengan abang Ayie ye." Mohon Mahani.

Suhana dan Mahani pun akhirnya berpelukan. Aku yang melihat lantas tersenyum gembira. 

CINTA DUA PEREMPUANWhere stories live. Discover now