Pagi tu, sebelum aku pergi kuliah, aku saja datang singgah gerai nasi lemak Suhana. Saja nak tengok. Tapi aku tak tengok dekat pun. Just tengok dari jauh je. Aku parking motor aku jauh sikit dari gerai Suhana tapi aku masih dapat tengok dia.
Masa tu dah pukul tujuh lebih. Ada ramai pelanggan masa tu kat gerai Suhana. Ye la, nasi lemak Suhana tu sedap. Sebab tu laris. Pukul 10 pagi je, habis licin nasi lemak yang dia jual. Patutlah bini aku ni kaya.
Pelanggan yang datang masa tu semunya lelaki. Ada dua orang pakai uniform polis, dua orang pakai uniform askar, satu pakai uniform bomba, seorang berbangsa Cina pakai baju kemeja lengan panjang dan seorang pakai baju rider Grabfood. Semua tengah tunggu Mahani siapkan order diaorang.
Mula mula aku tengok okay je. Tapi lama lama tengok hati aku terbakar. Semua kat situ pandang muka Suhana tak lepas lepas. Tahulah bini aku cantik tapi tak payahlah pandang macam nak terkeluar biji mata. Bini orang kot. Ke diaorang tak tahu yang Suhana tu dah kahwin?
Suhana masa tu tengah siapkan order rider Grabfood tu. Bila time nak bayar je, tersengih-sengih rider tu pandang Suhana. Suhana pula boleh senyum kat rider tu. Cis, bengang betul aku. Nasib baik dia tak pegang tangan Suhana masa bagi duit. Kalau tak...memang dah makan kaki rider tu.
Bila rider Grabfood tu blah je, rider Food Panda pula datang. Suhana time tu tengah siapkan order anggota polis dua orang tu. Dua dua anggota polis tu tengah pandang Suhana dengan pandangan penuh cinta. Dah la dua dua hensem. Pakai pula uniform polis. Nampak lagi hensem. Jangan Suhana tergoda sudahlah.
Dua askar, bomba dan lelaki cina tu pun hensem. Haihh, silap-silap hari bulan, Suhana boleh terlepas dari aku ni.
"Kak, nasi lemak lauk ayam satu kak." Order rider Food Panda tu. Aku tahu tu bukan order melalui aplikasi. Tu order untuk rider tu makan sendiri. Rider tu pun pandang Suhana dengan pandangan penuh cinta. Bapak la, bertambah sakit hati aku.
"Kejap ye encik. Saya siapkan order diaorang dulu." Lembut je suara Suhana. Dah la cantik, lemah lembut dan sopan pula. Lelaki mana tak jatuh cinta kalau macam ni.
"Okay." Balas rider tu sambil tersenyum. Suhana terus melakukan kerja dia untuk siapkan order.
"Kak, ada nombor telefon tak kak?" Soal rider tu.
"Nak buat apa nombor phone saya?" Suhana soal pelik. Polis, askar, bomba dan lelaki Cina tu pun pandang rider tu pelik.
"Saja, nak berkenalan. Kalau ada jodoh, boleh saya masuk meminang. Hehe." Selamba badak je rider tu cakap. Takde rasa malu langsung. Sengih-sengih je kat situ. Hati aku sakit time tu tak usah cakaplah. Cemburu aku meluap-luap. Lebih sakit hati, rider tu hensem pula. Apasal semua lelaki hensem datang gerai bini aku ni?
Polis, askar, bomba dan lelaki cina tu pandang rider tu dengan pandangan marah dan tak puas hati. Jelas diaorang tak senang dengan kata kata rider tu. Macam Suhana tu diaorang punya je.
Aku yang cemburu dan marah tahap gaban ni dah tak boleh tahan dah. Aku tak suka orang try bini aku. Terus aku jalan menuju ke gerai Suhana.
"Sayang..." tegurku sambil menuju ke arah Suhana. Kesemua mata menuju ke arah aku.
"Abang?" Suhana nampak terkejut dengan kehadiran aku. Tak pernah pernah aku datang gerai nasi lemak dia sepanjang kami kahwin, hari ni aku datang pula.
"Ramai pelanggan ke hari ni?" Soalku sambil berdiri sebelah Suhana.
"Ramai juga. Kenapa abang tak pergi kelas pagi ni? Kelas cancel ke?" Soal Suhana yang masih lagi pelik.
"Takdelah. Saja je datang nak tengok awak. Nak abang tolong tak?" Soalku lembut.
"Tak payahlah. Saya boleh buat. Saya dah biasa." Jawab Suhana sambil tersenyum.
"Okaylah macam tu. Abang dah nak pergi kelas ni. Salam." Aku hulurkan tangan aku untuk Suhana salam dan cium tangan aku sebagai suami. Suhana pandang aku pelik. Tak pernah pernah aku buat macam tu. Teragak-agak dia salam dan cium tangan aku.
Selesai je dia cium tangan aku, terus aku cium dahi dia. Mencerlang mata lelaki-lelaki yang ada kat situ. Suhana pun pelik dengan tindakan aku tapi dia diam je. Aku saja buat macam tu. Aku nak tunjuk kat diaorang yang Suhana tu dah ada suami. So, jangan berani berani kacau bini aku.
"Abang pergi dulu ye. Tengah hari nanti abang balik. Masak sedap sedap tau." Kataku dan terus pergi. Aku menuju ke motor aku. Sambil aku pakai helmet, aku pandang semua muka lelaki yang ada kat situ. Nampak kecewa semua. Mungkin sebelum ni diaorang ingat Suhana tak kahwin lagi. Sekali, dah ada suami. Berkecai harapan diaorang. Padan muka!
Dengan hati gembira, aku start enjin motor aku dan terus menuju ke universiti.
YOU ARE READING
CINTA DUA PEREMPUAN
RomanceAyie terpaksa memilih antara Suhana dan Mahani. Seorang pilihan ibunya dan seorang pilihan hatinya. Dua dua adalah wanita yang menepati cita rasanya. Siapakah yang menjadi pilihan Ayie? Jom baca nopen (novel-cerpen) Cinta Dua Perempuan yang menarik...