BAHAGIAN 14

290 5 0
                                    

"Kenapa awak cakap yang awak mandul dekat mak?" Soalku ketika dalam perjalanan menghantar Suhana pulang ke rumah. Aku bengang betul bila dia cakap macam tu. Langsung dia tak jaga maruah dia sebagai seorang perempuan dan isteri.

"Habis saya nak cakap apa lagi? Takkan saya nak cakap kita tak pernah tidur bersama sejak kita kahwin." Suhana membela diri.

"Cakaplah apa apa pun. Janganlah cakap pasal mandul apa benda semua. Awak tak malu ke?"

"Tak. Saya tak malu. Lagipun tak lama lagi saya akan bercerai dengan abang. Buat apa saya nak malu?"

"Awak nak bercerai dengan saya? Awak dah fikir masak masak?" Aku mendesak.

"Ya, saya dah fikir masak masak. Ini untuk kebaikan kita semua. Abang tak perlu nak fokus pada dua isteri lagi lepas ni. Abang boleh fokus pada Mahani dan anak abang." Terus terang Suhana bercakap.

"Awak ingat saya akan lepaskan awak macam tu je?"

"Abang kena lepaskan saya. Saya kesian kat Mahani. Saya tak sanggup tengok dia berkongsi abang dengan saya. Saya kesian kat anak abang dalam perut Mahani. Macam mana kalau dia lahir nanti dia dapat tahu yang bapa dia ada dua isteri? Apa perasaan dia? Lagipun abang tak cintakan saya. Buat apa lagi nak simpan saya sebagai isteri?"

"Siapa cakap saya tak cintakan awak?" Soal aku dan Suhana terdiam sampailah kami tiba di rumah.

Sampai sahaja di rumah, aku terus kunci pintu dan tarik Suhana masuk ke bilik. Suhana perlu diajar.

"Abang, apa abang buat ni? Lepaslah! Tangan saya sakit." Suhana nampak takut dengan tindakan aku yang secara tiba tiba tu.

"Saya nak buktikan pada awak yang saya cintakan awak. Dan saya takkan lepaskan awak. Oh, awak nak bercerai ye? Malam ni, saya akan tanam benih saya dalam rahim awak. Biar awak mengandung. Masa tu kita akan tahu awak mandul ke tak. Dan awak takkan boleh lari lagi dari saya lepas ni sebab awak akan ada anak dengan saya." Aku lantas campak Suhana ke katil. Dan malam itu Suhana bukan anak dara lagi....

                                                                                         *****

Pagi tu time aku tengah tidur, aku dengar Suhana menangis. Aku buka mata, tengok Suhana yang sedang berada di kepala katil sedang menangis teresak-esak.

"Kenapa ni?" Soal aku yang mula risau. Aku cuba sentuh Suhana kat bahu tapi dia menepis.

"Kenapa abang tanya? Abang lupa apa yang abang buat kat saya semalam?" Suhana menyoal balas.

"Mestilah abang ingat. Tapi kenapa menangis?" Aku mula pelik.

"Sudahlah! Pergi keluar! Pergi!" Suhana menolak aku.

"Awak ni dah kenapa? Awak bukan hilang dara kat mana mana lelaki. Awak hilang dara pada suami awak sendiri!" Ujar aku.

"Tapi saya tak sedia lagi." Balas Suhana perlahan.

"Habis, sampai bila nak bersedia?" Soalku. Suhana hanya diam.

"Saya tak kira. Keluar dari sini! Keluar!" Suhana menjerit. Aku lantas pakai pakaian aku dan keluar dari bilik itu.

CINTA DUA PEREMPUANWhere stories live. Discover now