Bab 3

198 101 6
                                    

Hyujin menghantar Theo dan Jiung ke lapangan terbang kerana mereka berdua belajar di universiti di China.

" Jaga diri baik-baik. Jangan bukak pintu malam-malam faham?" Theo berpesan kepada Hyujin.

" Dengar tu. Jangan cuai pulak," Jiung memandang Hyujin.

" Yelah. Faham. Oppa pun jaga diri baik-baik," Hyujin memeluk Theo dan Jiung.

Setelah memastikan Theo dan Jiung selamat masuk ke kapal terbang, Hyujin terus pulang menaiki bas. Sampai sahaja di rumah terus dia naik ke bilik.

" Aik? Kenapa anak patung dari kedai tu ada dekat sini? Naga biru pun ada?" Hyujin duduk di atas katil sambil melihat 5 anak patung yang bukan kepunyaannya di atas katil.

" I kiss it u get it? Ni ke maksudnya?" Hyujin memeluk anak patung naga biru itu.

" Betul. U kiss it u get it, " kedengaran suara lelaki berada di dalam biliknya.

"Eomma!" terus Hyujin terdorong ke belakang sehingga jatuh katil.

Matanya melilau seluruh biliknya yang kecil itu untuk mencari pemilik suara itu.

" Siapa yang cakap?" soal Hyujin.

Terus kepalanya ditundukkan untuk melihat jika ada seseorang di bawah katilnya namun tiada apa. Saat dia naik semula ke katil didapati patung yang berada di atas katilnya hilang.

" Mana semua patung tu pergi?" soal Hyujin bingung.

" Kami dekat belakang," kedengaran suara yang lain pula.

Sebaik sahaja Hyujin berpaling ke belakang, kelihatan 5 lelaki sedang memandangnya. Kelu lidahnya untuk terus berbicara.

Tangannya menggapai telefon yang berada di sisinya sebelum membelakangkan semua lelaki itu. Setelah menekan nombor Theo diletakkan telefon itu di telinganya.

" Oppa! Ada lelaki dalam bilik Hyujin. Ada gigi satu. Ada yang rambut macam kaktus. Oppa balik cepat opp?" telefon itu tiba-tiba off.

" Siapa yang off?" soal Hyujin.

" Saya," salah seorang dari lelaki itu menjawab.

Hyujin memandang semua lelaki itu sebelum mengukir senyuman. Semua lelaki itu membalas senyuman itu kecuali seorang lelaki. Perlahan-lahan Hyujin bangun dan menuju ke pintu bilik namun pintu tidak boleh dibuka.

" Nak pergi mana?"

" Erm nak masaklah. Kan ada tetamu dekat sini," Hyujin mengucapkan alasan yang paling munasabah.

" Boleh tak kalau kau duduk dulu untuk kita langsaikan perjanjian?" soal lelaki yang dingin itu.

Disebabkan takut, dia melangkah ke katil tapi lututnya yang lemah membuatkannya berlutut.

" Hai aku Seonghwa"

" Aku Hongjoong"

" Aku San"

" Aku Jongho dan ni Wooyoung"

Hyujin menggangguk perlahan sambil tersenyum. Seonghwa mendekatinya sebelum menghulurkan tangan untuk membantu Hyujin berdiri namun dengan cepat Hyujin berdiri.

" Lupa saya ada kelas tambahan hari ni. Em pergi dulu," Hyujin terus mengambil begnya dan berlari keluar.

Bukan tipu ya memang ada kelas tambahan matematik. Cikgu lah penyelamat saya.

" Wooyoung kau tak boleh ke cakap elok-elok? Perempuan tu," tegur Hongjoong.

" Aku tak selesa, " balas Wooyoung.

Semua yang mendengar jawapan Wooyoung terbatuk kecil.

" Cukuplah. Aku lapar,"kata Wooyoung.

" Lapar? Kenalah tunggu Hyujin balik, " Jongho bertukar menjadi patung gorila berwarna hijau.

Seoghwa menganggukkan kepalanya setuju sebelum bertukar menjadi anak patung arnab berwarna putih. Hongjoong turut bertukar menjadi anak patung ular berwarna kelabu lembut.

" San kau tak lapar? " Wooyoung menyoal.

" Lapar tapi nak buat macam mana kita kena tunggu Hyujin balik," kata San sebelum bertukar menjadi anak patung harimau berwarna putih berbelang kelabu.

Wooyoung mengeluh sebelum bertukar menjadi patung naga berwarna biru lembut. Rasa lapar perlu ditahan.

My Boyfriend Is A Demon [ ATEEZ ] Where stories live. Discover now