Hyujin pulang dengan badan yang lemah akibat keletihan. Begnya dibawa mahu tak mahu sahaja seolah-olah di dalam beg itu mempunyai batu bata.
" Rasanya dekat dalam sana dah takde lelaki-lelaki tu kan? Paling tak pun rumah aku kena rompak," Hyujin membuka pintu.
Melihat barang-barang di dalam rumahnya yang kemas membuatkan dia sedikit lega. Tanpa berfikir lagi dia masuk ke biliknya dan menghempaskan diri ke katil. Patung naga berwarna biru air dipeluk.
" Letihnya. Lapar lagi. Ahakkkkk, " Hyujin merengek.
Tiba-tiba dia terasa seperti anak patung naga yang dipeluknya berubah bentuk dan menjadi besar. Dengan perlahan - lahan dia mengangkat kepala.
" Waaaa! Pontianak," Hyujin mengundurkan dirinya sehingga terjatuh namun Wooyoung lebih pantas.
Wooyoung menggunakan kuasanya untuk meletakkan anak patung arnab berwarna putih ke belakang Hyujin.
Alamatnya anak patung arnab putih itu bertukar bentuklah." Hyujin kalau tak keberatan tolong ke tepi," Seonghwa menahan rasa berat yang menimpa di belakangnya.
Hyujin terus berdiri. Anak patung ular, gorila dan harimau bertukar rupa serentak.
" Apakah?" Hyujin mengetuk kepalanya.
" Ahahaha. Mimpi yang bagus," Hyujin ketawa sambil bertepuk tangan.
" Yaa! Ni bukan mimpilah!" Wooyoung membuatkan ketawa Hyujin berhenti.
Sekali lagi lutut Hyujin yang lemah membuatkannya berlutut.
" Maaflah. Wooyoung memang macam ni bila lapar. Boleh kami pinjam dapur? " soal San.
" Ambikla. Guna semua. Nak buat apa dengan dapur tu? " soal Hyujin.
" Mestilah nak masak," kata Jongho.
Hyujin mengangguk kepala lemah sambil mengeluh. Badannya dibongkokkan.
" Nak makan jugak? "soal Seonghwa.
" Takpelah. Saya tak lapar, " kata Hyujin perlahan.
Kelima-lima mereka kemudiannya keluar dari bilik Hyujin dan menuju ke dapur untuk memasak.
" OK Wooyoung sila masak. Masak untuk Hyujin jugak ya. Senang kita nak bincang nanti, " kata Hongjoong.
Wooyoung menganggukkan kepala sebelum mengikat kemas apron.
Setelah beberaoa minit berlalu, Wooyoung selesai masak. Jongho dan San menghidangkan makanan.
Seonghwa naik ke atas untuk memanggil Hyujin." Hyujin-ssi jomlah makan. Wooyoung dah masak," Seonghwa menepuk lembut bahu Hyujin.
" Tak nak," kata Hyujin perlahan.
Seoghwa mengeluh perlahan sebelum memetik jarinya. Menggunakan kuasanya untuk bawa Hyujin ke dapur. Hyujin yang terkejut kerana tiba-tiba boleh berada di kerusi meja makan hampir terjatuh namun segera ditahan Jongho.
" Makanlah. Tadi cakap lapar," Wooyoung meletakkan semangkuk nasi di hadapan Hyujin.
Semua lelaki yang tidak dikenali Hyujin itu berselera makan apa yang dimasak. Rasa laparnya ditahan kerana takut.
' Kalau aku makan mesti mati sebab ada racun. Racun apa yang diorang letak?' Hyujin berbisik sendiri.
" Wooyoung tak letak racunlah," kata San sambil memandang Hyujin.
' Macam mana dia boleh tahu apa yang aku fikir?' Hyujin berfikir sambil menyuapkan daging ke dalam mulutnya.
" Memanglah sebab kami bukan manusia," Hongjoong menjawab pertanyaan hati Hyujin.
Hyujin yang mendengar perkataan demon itu terus tersedak. Dengan cepat air kosong diteguk untuk melegakan rasa sakit di kerongkong.
" Ahaha. Lawak apa ni?" Hyujin bertepuk tangan.
" Bukan kami dah bertukar depan Hyujin ke tad? Takkanlah tak percaya lagi?" soal Jongho.
" Itu ilusi bila lapar. Illusion. Terima kasih atas makanan ni. Sila beredar sebelum saya calk polis," Hyujin berdiri sebelum menuju ke tangga untuk naik ake biliknya.
" Wahhhh! Kenapa naik? " Hyujin diapungkan oleh Wooyoung.
" Tak percaya lagi?" soal Wooyoung.
" Percaya. Percaya. Boleh letak ke bawah. Saya takut tinggi, " Hyujin menutup matanya.
Wooyoung terus membawa Hyujin duduk semula di atas kerusi.
" Jadi semua demon? Seonghwa je angel?" soal Hyujin.
" Kenapa terus cakap Seonghwa tu angel? Dia demon," kata San.
" Sebab dia ada muka yang memenuhi krateria angel," Hyujin memandang Seonghwa.
Seonghwa yang dipuji terus mengukir senyuman. Hyujin membalas senyuman itu.
" Jadi kalau semua demon kenapa datang sini? " soal Hyujin.
" Untuk mintak kau bertanggungjawab, " Wooyoung merenung Hyujin.
![](https://img.wattpad.com/cover/275396814-288-k81909.jpg)
YOU ARE READING
My Boyfriend Is A Demon [ ATEEZ ]
FantasiChoi Hyesoo merupakan penggemar anak patung yang comel . Tanpa dijangka satu kejadian telah membuatkan dia terjumpa anak patung naga berwarna biru jernih di dalam biliknya. Siapa sangka anak patung naga yang dijumpai itu seekor syaitan yang telah hi...