TIPS MENGURUSKAN MASA

56 9 0
                                    


(TIME MANAGEMENT TIPS) ✨

# these tips are originally prepared by @tips_spm2021

1. Always take notes 📋

Kita manusia biasa dan kadang-kala terlupa, jadi catatlah semua perkara penting atau semua perkara yang awak nak buat dalam sehari.

2. Set Deadlines 📆

Bila dah diberikan tugas, terus letak tarikh untuk siapkan tugasan tu supaya kita tak menangguhkan kerja. Bila ada deadlines, kita boleh susun jadual untuk siapkan sesuatu tugasan.

3. You can't work all day 🚶‍♂

Ketahuilah, kamu manusia biasa dan berehat itu bukanlah tanda kamu seorang manusia yang gagal. Berehatlah apabila penat dan bangkit semula untuk menyempurnakan kerja yang tertangguh.

4. Time Block Your Day 🔄

Dalam satu hari, pilih satu waktu untuk kita belajar atau buat homework. Contohnya, kita hanya wajib belajar dan buat homework dari pukul 8 pagi - 12 tengahari. Jadi waktu ni kita dilarang sama sekali untuk buat aktiviti lain selain belajar. Selepas 12 tengahari, tak perlu sentuh buku dan boleh buat kerja lain. Nampak best kan? Nak main game pun tak rasa kusut.

5. Multitasking doesn't always work ❌

Contohnya, dalam masa 30 minit, kita hanya perlu belajar Sejarah bab 1.1 sahaja. Belajar ni kena relax, jadi janganlah buat macam macam perkara dalam masa yang singkat.

6. Set up routine and stick to it 🛏

Korang boleh set up jadual belajar atau daily routines supaya hari kita nampak teratur. Bila ada jadual, kita ada idea apa untuk buat dan apa untuk belajar pada waktu yang spesifik.

7. Priorities! ⚖💎

Kita tak akan ada masa yang banyak untuk buat semua perkara dalam 1 hari. The best way is to list out semua perkara yang wajib kita buat mengikut hari. Contoh:

Isnin - belajar Matematik & Sains
Selasa - belajar Perniagaan
Rabu - siapkan Powerpoint + study BM

... And so on

8. You can't always be productive 🤷‍♀

Kalau rasa susah untuk jadi produktif, buatlah dengan sedikit demi sedikit. Jangan paksakan diri kamu. It's okay if you take 'one day off' untuk berehat. Esoknya, masih boleh sambung buat tugasan yang belum siap.

9. Just get going 📈

Walaupun korang buat benda yang simple setiap hari, but if benda tu membawa manfaat maka tak ada masalah. Jangan anggap buat perkara yang simple tu tak bermanfaat. Mungkin di mata kita, itu hal biasa tapi di mata orang lain itu luar biasa.

Study Tips Where stories live. Discover now