1. Tulis dengan jelas
buat senarai apa yang perlu disiapkan dengan tulisan yang jelas, supaya bila korang nak baca nanti korang faham apa dan tahu apa yang perlu dibuat.
2. Tulisan yang cantik
sekiranya korang buat to do list tu dekat dalam buku nota atau sebagainya, maka tulisan menjadi satu faktor yang penting. Sebaiknya korang catat dengan tulisan yang mudah difaham dan dibaca. Catat secara ringkas dan padat.
3. Buatkannya mudah dinampak
senarai to do list perlu kelihatan menyerlah dengan menggunakan warna terang dan senang untuk dinampak supaya kita tak terlepas pandang akan tugasan yang penting. Korang boleh gunakan sticky notes kemudian tampal pada peti sejuk atau meja.
4. Letakkan tarikh
dengan ini korang boleh merancang apa yang penting dan apa yang perlu korang siapkan dahulu. Masukkan sekali tarikh deadline dan jangka masa yang perlu diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut.
5. Group senarai tugasan
kalau nak jimat, korang boleh groupkan senarai to-do-list korang dengan ahli keluarga yng lain untuk memudahkan tugasan. Sebagai contoh, senarai barangan yang perlu dibeli; buat satu senarai, lepastu semua ahli keluarga senaraikan barang yang perlu dibeli kat situ. Bila keluar ke kedai, beli sekali gus. Kita tak perlulah berulang-alik semata-mata nak beli barangan masing-masing. Kaedah ni boleh juga digunakan pada tugasan yang lain, cuma bukan semuanya sesuai.
6.Utamakan mana yang lebih penting
merancang yang mana perlu disiapkan terlebih dahulu adalah sangat penting supaya kita tidak terlepas deadline .
Sebaiknya korang atur to do list korang bermula dengan (ikut urutan)
1.Important and urgent
2.Important and not urgent
3.Not important and urgent
4.Not important and not urgentTapi tak semestinya macam tu, sekiranya korang nak menjadi lebih fleksible. Dipersilakan, cuma pastikan semua tugasan tersebut dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
AMARAN!
- Elak letakkan tugasan yang banyak dan tugasan yang berat pada hari yang sama.Nak buat to-do-list ni bukanlah sesuatu yang susah, ianya hampir boleh dikatakan bergantung kepada common sense seseorang. Cuma apa yang penting adalah kita memanfaatkan masa masing-masing dengan membuat sesuatu, bukannya sekadar membazirkan masa begitu sahaja.To-do list harian boleh meningkatkan productiviti kerja kita.
jangan lupa vote ! kalau saya nak 20 star boleh takk :) heheheee baru saya bersemangat
YOU ARE READING
Study Tips
De Todosaya harap buku ni dapat memberi manfaat kepada korang, saya akan update buku ni bila ada masa sahaja. Add la buku ni pergi library korang supaya saya update nanti korang tak ketinggalan ❤😘 Happiness lies in the joy of achievement and the thrill of...