1. Pilih tempat belajar yang sesuai
tempat belajar sangat memainkan peranan penting untuk korang memulakan sesi pembelajaran atau ulangkaji. Tempat yang sunyi dan tenang juga terhindar daripada sebarang gangguan pastinya akan memudahkan korang untuk belajar.
2.Pemilihan muzik
sesetengah pelajar memerlukan muzik ketika belajar. Mereka rasa lebih nyaman dan tidak terllu tertekan. Kepada korang yang lebih gemar gaya belajar sambil mendengar muzik, saya sarankan untuk korang dengar muzik yang lebih santai agar sesi pembelajaran dapat dihadam dengan baik.
3.Pastikan kesegaran badan
pastikan badan kita berada dalam keadaan yang segar. Seeloknya, mandi dan basahkan rambut sebab badan yang cergas dan segar akan membuatkan kita lebih bertenaga untuk berlajar. Saya sarankan korang buat regangan sebelum belajar untuk mengelakkan korang lemah dan tidak bermaya.
4.Makan
sediakan makanan seperti kekacang ataupun kismis. Pengambilan kekacang dan kismis adalah sebagai kudap kudapan yang baik diambil semasa korang sedang belajar. Korang jangan pula ambil makanan berat seperti nasi masa belajar sebab akan menyebabkan kita mengantuk.
5. Mengatur masa
pilih waktu yang sesuai untuk minda dan badan kita belajar serta dapat menerima ilmu yang kita belajar. Waktu yang sebaiknya adalah pada waktu pagi sebelum atau selepas subuh dan juga waktu alam selepas isyak. Pada waktu ni, otak kita berada dalam keadaan aktif dan segar untuk memproses sebarang maklumat. Depends kepada diri korang waktu bila yang korang rasa sesuai untuk korang belajar. Sebaiknya, korang kena bijak mengatur masa korang pada waktu-waktu yang bersesuaian untuk belajar agar tidak terganggu.
hyee! Sorry sorry sgt2 sebab dah lama tak update sebab saya takde masa bnyk sgt assignment yang kena submit. So saya harap chapter kali ni bermanfaat untuk korang ❤ jangan lupa vote and comment lepasni korang nak saya tulis pasal apa okayyy! bye! ❤
ANDA SEDANG MEMBACA
Study Tips
Rastgelesaya harap buku ni dapat memberi manfaat kepada korang, saya akan update buku ni bila ada masa sahaja. Add la buku ni pergi library korang supaya saya update nanti korang tak ketinggalan ❤😘 Happiness lies in the joy of achievement and the thrill of...
