Waktu merupakan sesuatu yang tidak boleh dikawal, dilambatkan, dipercepatkan atau diberhentikan sebab tu kita perlu tahu waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Antara waktu yang sesuai ialah:
1. Waktu sebelum subuh
di antara pukul 4-6 pagi adalah waktu yang sunyi dan sesuai untuk kita memulakan pembelajaran. Kebiasaannya pada waktu ni otak manusia mempunyai tenaga yang cukup untuk berfikir.
2. Waktu pagi
bermula dari jam 7-9 pagi adalah waktu yang terbaik untuk proses pembelajaran. Kebiasaannya waktu ni adalah waktu yang digunakan oleh pelajar untuk belajar. Pada waktu ni sangat sesuai untuk kita pelajar tentang topik yang berkaitan dengan pemahaman dan daya berfikir yang tinggi sebab kecerdasan minda yang kuat dan bertenaga.
3. Waktu tengahari
di antara pukul 3-5 petang ni sangat sesuai untuk kita lakukan aktiviti pembelajaran yang melibatkan penulisan tapi jika kita melebihi masa, minda kita berkemungkinan akan kepenatan dan secara tidak langsung akan beri kesan negatif kepada diri kita.
4. Waktu malam sebelum tidur
amalkan mengulangkaji satu jam sebelum tidur. Pada waktu ni sangat sesuai untuk kita mengulangkaji topik-topik yang pernah atau belum diajar oleh guru.
5. Waktu petang selepas bersukan
selepas bersukan adalah waktu yang sangat sesuai untuk belajar. Pada waktu ni, sesuatu pelajaran yang dipelajari akan menjadi mudah untuk diingat.
6. Selepas mandi air kolam panas
Pengurangan gula dalam darah dapat dikurangkan melalui proses ni. Secara tidak langsung memberi kecergasan kepada tubuh dan minda kita. Proses ni dapat meningkatkan tumpuan dan kemampuan belajar kita.
Pemilihan waktu sangat penting untuk belajar, sebab tu waktu-waktu ni harus dititikberatkan dari awal sehingga tamat persekolahan.
saya harap chapter kali ni bermanfaat untuk korang jangan lupa vote dan comment ❤
ANDA SEDANG MEMBACA
Study Tips
Randomsaya harap buku ni dapat memberi manfaat kepada korang, saya akan update buku ni bila ada masa sahaja. Add la buku ni pergi library korang supaya saya update nanti korang tak ketinggalan ❤😘 Happiness lies in the joy of achievement and the thrill of...
