Tips buat jadual belajar

162 19 2
                                    

1. Kemampuan

lihat kemampuan korang sekarang, maksud saya pencapaian korang dalam peperiksaan bulanan atau peperiksaan awal tahun. Kaji apa kelemahan korang dan subjek yang korang lemah kena beri tumpuan dalam jadual nanti. BUAT MATLAMAT SENDIRI.

2.  Waktu

kalau korang nak main masa petang dalam 45 minit atau  1 jam. Ambil masa misalnya pukul 6 petang ke atas atau waktu yang sesuai untuk korang. Lepas maghrib pulak, baca surah yasin atau alwaqiah mohon doa pada Allah agar score A tahun ni. Lepas solat isyak baru mula belajar hingga jam 11.30 malam, setengan pelajar tidur awal pukul 11 malam dan bangun jam 4.30 pagi untuk hafal fakta atau baca nota ulangkaji. Kalau cuti bukan bermaksud cuti belajar tau! Dalam jadual korang kena tetapkan sendiri bila masa nak tengok tv dan bila masa nak belajar. Jangan malas ya!

Korang kenalah patuhi jadual belajar yang dah dibuat. Jangan buat jadual seronok-seronok jer, pastu buat ikut suka hati kena ingat yang korang buat jadual untuk DISIPLINKAN WAKTU korang. Minimum 2 jam sehari sediakan masa untuk belajar.

3. Tumpu subjek yang lemah

korang kena beri tumpuan kepada subjek-subjek yang lemah untuk pastikan supaya korang tak ketinggalan dalam subjek tu dan korang kena tanamkan minat pada subjek tu sebab jika kita mempunyai minat dalam subjek tu secara tidak langsung dapat melatih diri kita supaya berusaha untuk lebih baik lagi dalam subjek tu.

4. Amalkan belajar 30 minit selepas makan

bagi sesetengah pelajar yang suka belajar selepas makan lebih baik sebab pada waktu itu sel otak dapat berfungsi dengan sempurna. Tenaga yang kita kumpulkan melalui pemakanan yang dimakan akan memberi tenaga kepada sel-sel otak kita untuk menerima maklumat secara terus bagi menghantarnya kepada penyimpanan memori.

5. Tidak tangguh kerja

pastikan dalam jadual korang mempunyai waktu untuk korang buat kerja rumah. Untuk pastikan kerja tidak tertangguh, pastikan buat catatan nota setiap kali ada kerja sekolah untuk mengelakkan daripada terlupa.

Contoh Jadual Harian Pelajar Cemerlang

05.00 pagi
Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan berwuduk. Aktiviti mentelaah dan menghafal.

06.00 pagi
Solat Subuh, membaca Al-Quran / mentelaah. Bersiap diri untuk ke sekolah dan bersarapan

07.45 pagi - 02.00 petang
Di sekolah (memberi penumpuan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran)

02.30 petang - 03.00 petang
Solat Zohor dan berehat

03.00 petang - 04.30 petang
Ulangkaji / kelas tambahan / kelas Al-Quran / kokurikulum

04.45 petang
Solat Asar

07.30 malam
Solat Maghrib dan membaca Al-Quran / kuliah agama / makan

08.30 malam - 09.00 malam
Solat Isyak dan Sunat Hajat

09.00 malam - 10.45 malam
Ulangkaji pelajaran / persediaan untuk pengajian hari besok / belajar malam

10.45 malam
Mengambil bekalan minda ( roti + susu + madu )

11.00 malam
Tidur

wintersky-

Hiii korang! pastikan vote kalau korang rasa bermanfaat and comment supaya saya lebih bersemangat untuk beri lebih banyak tips untuk korang! 😉 ❤

Study Tips Where stories live. Discover now