1. Study group
ada yang suka belajar berkumpulan sebab dapat bertukar-tukar pendapat, ada yang suka belajar sendirian sebab tak dapat masuk otak kalau belajar beramai-ramai dan mulut tak dapat berhenti nak bercerita macam saya 😂.
Tapi percayalah! korang kalau dah tahap kritikal macam ni, study group adalah salah satu cara efektif untuk korang jika pandai memanfaatkan masa. Study group dapat membantu korang kumpulkan maklumat yang mungkin tertinggal. Pada masa yang sama, rakan korang boleh betulkan dan fahamkan apa yang silap dan kurang faham. Tapi jaga-jaga! Study group ni kadang-kadang boleh meleret-leret. Jadi, jaga disiplin diri, fokus dan elakkan daripada berbual perkara yang tidak berfaedah. Kalau korang rasa korang memang tak boleh belajar berkumpulan lebih baik jangan dan belajar sendiri supaya korang lebih fokus dan tenang.2. Membaca dengan kerap
dah baca buku satu jam, lepastu kena rehat 15 minit atau setengah jam. Sebabnya, otak kita tak mampu untuk fokus dalam masa yang lama. Tapi, selepas je masa rehat yang korang peruntukan tu, korang kena sambung belajar semula. Disiplin jaga masa tu penting tau!
3. Baca tips
sebelum seminggu peperiksaan, mesti ada antara cikgu yang bagi clue tentang tajuk atau bab mana yang korang kena focus. Jadi pilihlah tajuk yang penting untuk dibaca. Kalau baca semua memang tak sempat lah. Korang juga boleh kerap jumpa cikgu, kadang kadang cikgu tak bagitau semua di dalam kelas tapi kalau korang jumpa cikgu, mungkin cikgu akan tolong korang pilih bab mana yang perlu korang baca.
4.Banyakkan buat latihan
nama pun "last minute". Jadi, lebih baik korang banyakkan buat latihan daripada membaca. Lebih baik korang menghadap buku latihan daripada buku teks yang tebal tu. Buku latihan akan memudahkan kita mengingat isi-isi penting, menbiasakan diri kita dengan soalan-soalan latihan dan jawapan yang betul dan akan lebih ingat tajuk-tajuk penting yang dah disaring daripada buku teks.
kalau korang nak part 2 boleh lah comment dan jangan lupa vote kalau korang rasa bermanfaat untuk korang dan saya lebih bersemangat untuk beri lebih banyak tips untuk korang ❤
YOU ARE READING
Study Tips
De Todosaya harap buku ni dapat memberi manfaat kepada korang, saya akan update buku ni bila ada masa sahaja. Add la buku ni pergi library korang supaya saya update nanti korang tak ketinggalan ❤😘 Happiness lies in the joy of achievement and the thrill of...