01 | lambat lagi?

16.6K 1.2K 280
                                    

whipped for her, but not you.
playlist | paper hearts - tori kelly

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*___________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*
___________________________________

4 January, 2016.

"siot siot siot siot sioT SIOT AKU DAH LAMBAT!!"

lelaki berbaju lengkap pengawas, terkocoh kocoh berlari ke pintu pagar sekolah. bag sondong diletakkan di belakang, tie yang diikat kemas di leher dibiarkan terbang begitu sahaja. kasut sekolah hitam dihentakkan di tanah dengan sekuat hati.

tak lama rosak kasut bapak dia kasi tu.

"bodola, macam mana loceng aku boleh tak bunyi sia." lelaki tersebut menyumpah seranah dalam hati, berharap agar pagar sekolah yang menjadi arah tuju masih terbuka luas.

sesekali, dia kerling ke arah jam tangan yang dipakai. jam menunjukkan tepat jam 7:35, betul betul lebih lima minit dari masa sekolah dibuka.

sepantas kilat dilajukan lariannya, sehinggalah dia akhirnya tiba di pondok berdekatan pagar sekolah dalam keadaan tercungap cungap.

"s-sempat......" dan dengan begitu sahaja, dia rebah. peluh di dahi dibiarkan, beg disandang juga jatuh.

"a-air...mana air aku...?" dia pusing belakang dan mencari cari botol air nya.

"weh aku takbawak ke? ya Allah..." hampir menangis lelaki tersebut. dahla lambat, lepastu penat, lepastu tak bawak botol air lagi. malang betul.

"nah."

sebotol air sejuk dihulurkan ke arahnya. dengan segera, dia mencapai air tersebut dan meneguknya rakus. sampai habis satu botol.

"terima kasih...." dalam keadaan sedikit lega, dia tundukkan wajahnya.

"lambat lagi, ketua pengawas?"

akhirnya didongakkan kepala dan menatap sepasang mata. mata yang begitu indah. begitu cantik. maybe, part paling dia suka dalam diri susuk tubuh tersebut.

cepat cepat dia bangun, bersihkan seluar dia yang agak sedikit kotor.

"eh...Lia.." dia senyum senyum malu. mukanya yang merah tadi bertambah merah apabila dia terlihat gadis itu tersenyum manis.

"Nas, Nas. berapa kali dah kau lambat ni?" soal gadis itu. Nas ketawa kecil.

"...yea..jam aku tak bunyi kali ni." balasnya, malu. shy shy ton.

"pasal jam pulak, haritu pasal kucing jiran meninggal, esok pasal kerbau naik bumbung pulak la kot." gurau Lia.

Nas ketawa kecil.

"takdela.. kali ni, memang jam aku rosak. abah aku tak repair lagi. nak tunggu dia repair, Fikhri si bendul tu boleh hafal sifir 12."

"OI, KAU MENGUTUK AKU KE?!??" Fikhri yang entah dari mananya muncul di belakang Lia.

"nyah, sejak bila kau dekat belakang Lia?" soal Nas.

"aku baru sampai je. sampai sampai dah kena kutuk. dahla bodo jangan anggap aku member kau lagi bodo aku dah tak sanggup la jadi member kau dah maruah aku bodo depan perempuan ba—" dia balas.

KRINGGGG!

"lah, tu loceng dah bunyi. jom pergi kelas." kata Lia sambil tersenyum. Nas angguk, digenggam tali beg sandangnya untuk mengawal perasaannya.

Lia, kau ni comel sangat, tau tak?

"ha jom jom." Fikhri menghulurkan lengannya kepada Lia, sebagai isyarat untuk dipaut.

cepat cepat ditarik Fikhri kebelakang oleh Nas.

"kau ni kenapa? gila ke?" kata Nas, macam nak cepuk je kepala jantan tu.

"oh takboleh ek? ha ok la kalau camtu, kita jalan belakang dia." ujar Fikhri, tersengih.

"takpela, korang jalanlah dulu. lagipun, kan tak elok lelaki jalan belakang." kata Lia, mempersilakan mereka untuk jalan kedepan.

Nas terkebil kebil memandang crush- nya. mak ai, sikit punya sopan dia ni.

"ha yela yela. jom la bodo, kang lambat." dengan laju Fikhri menarik Nas.

Nas kerling ke belakang untuk menatap wajah Lia, insan yang paling dia suka abad ini.

dia tersenyum sendirian.

"Lia,Lia...."

________________________________
:(

highschool love [nasya] Where stories live. Discover now