someone tells me one more time,
"enjoy your youth,"
im gonna cry.
playlist | jealousy, jealousy - olivia rodrigo✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚* ✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*
✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚* ✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*_________________________________
"you sure you're gonna be okay?" Sya bertanya sekali lagi. matanya cuba mencari lirikan Asy, yang dari tadi hanya sibuk mengeringkan rambut basahnya kerana hujan tadi. Asy menoleh.
"asal? are you worried about me, princess?" usik lelaki itu. Sya menjulingkan matanya tanda meluat.
"bukan apa, aku tak rasa kau patut balik rumah kau sekarang. tambah tambah bila ayah kau baru je halau kau." sambung wanita itu, diselubungi rasa risau dan takut.
"ayah aku cakap benda yang sama setiap hari. tiap hari jugakla aku balik rumah. takyah risau. aku okay je. lagipun ayah aku takde waktu waktu gini." terang Asy. Sya mengangguk tanda menyiyakan.
"ha yela. kau jaga diri kau elok elok."
"eh, kau? nak aku hantar kau balik ke?" soal lelaki itu, memandang Sya sekilas.
"tak payah. rumah aku jauh. nanti susahkan kau je." balas Sya. ditarik tongkat basikal yang dipakir di tepi pokok berdekatan rumah Asy.
"tak bahaya ke anak dara naik basikal dekat dekat maghrib ni?" Asy melihat jam di tangannya. 6:45 petang.
"aku dah biasa." kata Sya, mula menaiki basikalnya.
"be careful, princess." pesan Asy lagi. Sya menguntum senyuman ke arahnya.
"kau pun. jumpa esok. bye!"
"bye...." kata Asy perlahan, memerhati Sya mengayuh basikal dan mula menghilang dari pandangannya. Asy mengeluh lagi.
dia mula megorak langkah yang terasa sangat berat, menuju ke rumahnya sebelum. namu, dia tertangkap sebuah basikal asing di tepi motor miliknya.
itu macam basikal...
Asy cuba berfikir dan memerah otak. setelah beberapa saat, matanya terbuntang luas.
basikal Lia?
tanpa membuang masa, lelaki itu terus meluru masuk. matanya tertangkap dua susuk tubuh sedang duduk di atas sofa. Asy memandang sekilas ke arah kek, teh dan manisan yang tersedia di atas meja.
"eh, Fal! hai.." ujar Lia, manis.
"kau buat apa dekat rumah aku?" tidak mempedulikan teguran mesra Lia, lelaki itu menyampuk.
"kamu ni Asyraf, kan ada tetamu. cuba ada adab sikit." ujar ibunya, perlahan. Asy menatap ibunya dengan jengkel.
tadi bukan main salahkan aku sangat, sekarang suruh aku ada adab pulak.
"tak kisahlah, bu. kenapa ibu jemput dia masuk dalam rumah kita?" soal Asy. cuba sehabis baik untuk tidak menggunakan intonasi kasar.
"tadi ibu nampak dia dekat tepi rumah. ibu jemputlah dia masuk." kata ibunya sambil memegang tangan Lia. wanita itu tersenyum.
tepi rumah? dia buat apa—
"kamu berdua borak la." ujar Puan Rasya.
"ish, tanaklah." protes Asy. cepat cepat ditoleh dari memandang muka Lia.
lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk masuk ke dalam biliknya. ditutup pintu dengan pantas sebelum menguncinya, mengelak dari berdepan dengan mereka berdua.
Puan Rasya tersenyum kecewa.
"maaf ya, Lia. anak makcik memang macamtu." ujarnya.
Lia menggeleng kepalanya tanda tidak mengapa.
"takpe, kalau saya pun saya terkejut if ada orang asing datang rumah. saya dengan Naufal pun bukan rapat sangat." bisiknya.
"tak rapat? kamu berdua bukan rakan sekelas ke?" tanya Puan Rasya.
"ya, sekelas. tapi kami tak cakap banyak sangat pun. dia selalu habiskan masanya dengan Sya je." Lia mengambil satu cupcake di atas meja dan menggigitnya sedikit.
"Sya? itu bukan yang kamu cerita ke tadi tu? kenapa anak saya bergaduh tu?" soal wanita berusia 40-an itu lagi. Lia mengangguk.
"ya, Qaleesya."
"oh, sebab dia la tadi anak saya hampir dibuang sekolah? siapa budak Sya ni?" berminat untuk mendengar, Puan Rasya mula mencapai cawan teh dan menghirupnya perlahan.
"Sya tu dulu pernah buli saya. sebab saya tak beli makanan dekat dia masa perbincangan projek kitorang. dia ugut saya untuk bayar perbelanjaannya setiap hari, tapi saya takde duit. saya merayu dekat dia sampai la dia marah, lepastu dia tolak saya. saya terseliuh time tu. nasib baik ada Naufal. dia yang gendong saya balik. saya tak pernah nak berterima kasih dekat dia, jadi saya pun datang sini. tapi itulah..dia pulak taknak cakap dengan saya." tipu Lia. dia menghembuskan nafas sedih.
"ya ke? ish, macam teruk je budak Sya ni. makcik nak pesan dekat Asyraf jangan dekat dengan dia." ujar Puan Rasya, terkejut dengan cerita rekaan Lia.
dasar bodoh, padahal Nas yang bawak aku balik.
"jangan macamtu, makcik. nanti Naufal marah saya.." bisik Lia, bermain main dengan jarinya.
"kenapa nak marah pulak? dia patut dengar cakap ibu dia. lagi satu, panggil je dia Asy. arwah kakak dia selalu panggil nama dia macamtu. memandangkan makcik suka kamu, makcik bagi keistimewaan untuk kamu panggil dia Asy, ya sayang?" ujar ibu Asyraf. Lia tersenyum suka.
"thankyou, makcik." Lia menundukkan sedikit wajahnya.
this was a lot easier than what i thought..
"oh, lupa pulak nak tanya." Puan Rasya menepuk tangannya sekali.
"kamu..ada boyfriend? tak pun, tunang?" soalnya.
"tunang? HAHAHAH! apa makcik, saya baru form five. tak fikir pun nak kahwin lagi."
"eh, selalu orang tunang masa form five la! tunang setahun, umur 18 nikah. kahwin je awal awal, takdela kita membujang sampai ke tua." gurau Puan Rasya. Lia ketawa perlahan.
"takdela jauh sangat sampai kahwin tu..." ujar Lia.
"tapi saya memang takde boyfriend, makcik."
_______________________________
AMENDE LIA NI
spoiler : mak dia.......takpelah <3
YOU ARE READING
highschool love [nasya]
Teen Fictionin which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe (?), swag > hadir dari tiktok ke tu asjsbdlfcqilxcwy > thanks for supporting, have a great day! ♡ '...