i'll be your prince then.
playlist | beautiful - crush✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*
✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*
__________________________________"kau ni memang perempuan murahan kan?" Nas akhirnya bersuara setelah puas satu hari dia menjalankan silent treatment.
ok, cuba bayangkan kau Sya, lepastu member tengah bahagia sebab akhirnya muka dia kena pandang jugak dengan mamat poyo, tu tapi benda lain yang keluar dari mulut dia.
"huh? perempuan murahan?" Sya ulang balik. sumpah tak faham do dengan perangai Nas ni. dia period ke?
"haah. kau dah cederakan Lia, takde pun kau nak rasa bersalah lepastu kau pegi menggatal dengan jantan. tak malu ke?" ujar Nas lagi.
"apa kau cakap ni? menggatal? aku pegi jumpa Asy—Naufal je, bukan dengan bapak kau." bidas Sya balik. mampos la rasa bersalah semua tu. bukan nak berubah pun perangai dia ni.
"kenapa aku duduk sebelah kau ek? kalau aku tahu perangai kau kalah setan, aku dah lama blah tau." kata Nas, menjeling ke arah Sya.
"should've said that 5 years back." kata Sya balik, puas bila dia tengok lelaki di tepinya terdiam. Sya tersenyum kemenangan.
"lagi satu, aku tak batak pun nak kawan dengan kau. cuba pikir, siapa yang mula mula cipta perang antara kita masa form one? kau ke aku? kau. also...suka hati aku la aku nak jumpa dengan siapa pun, dengan pakcik ke, atuk ke, tak kacau kau bernafas pun." balas Sya sebelum bangun, meninggalkan Nas dalam keadaan terpinga pinga.
"annoying la dia ni." bisik hati kecil Nas, berbakul bakul sumpah seranah ditujukan ke arahnya di dalam minda.
tunggu nasib kau Sya, aku akan malukan kau satu sekolah ni!
________________________________
[3 hari kemudian]
"Lia! kau dah sihat!" Nas tersenyum girang apabila melihat Lia melangkah masuk ke dalam kelas.
"err..hai, Nas!" balasnya ceria. di sudut mata Sya, dia menjulingkan matanya. bola mata dilirik ke arah kakinya yang konon terseliuh sangat tu.
"ok je." gumam Sya, langsung tiada kesan balutan, luka, lebam, dan sewaktu dengannya.
"apa yang okay?" Asyraf datang secara tiba tiba. Sya geleng.
"takde apa. by the way, since Lia dah ada dekat sini, kita dah boleh start bincang balik la kan?" ujar Sya.
"boleh je. tapi kau...okay ke?" soal lelaki itu, duduk sebelah punggung di atas meja Sya.
"ok kot. entah." balasnya, melihat ke arah Asyraf yang tengah selamba main pen dia. mengambil kesempatan, Sya cuba menganalisis rupa paras Asyraf.
mak ai, ni bukan setakat boleh tahan, ini nenek jiran aku tengok pun suka ni.
rambutnya ala ala wolf cut, aku pun pelik dia ni tak kena marah dengan cikgu disiplin ke? mata sedikit sepet, bulu mata on point gila. macam pakai maskara. hidung mancung, bibir....jangan cakapla.
"puas tenung muka aku?" Asyraf menyentakkan lanunan Sya.
"eh, bila masa aku tengok kau. perasan." cuba menutup mukanya yang hanpir merah, Sya pusing ke arah lain. malu siot. obvious sangat ke?
"whatever you say, Princess." menyerah diri, Asy bingkas bangun. senyuman nakal mula terukir di hujung bibirnya.
HAH? PRINCESS?
"kau...kau panggil aku apa tadi?" Sya pusing semula.
"aku panggil kau Sya la." buat buat taktahu pulak si Asy ni.
"tipu. aku dengar kau panggil aku something tadi." Sya bangun.
Asy tidak menguturkan apa apa selain mengambil beg Sya di atas kerusi dan menyandangnya di bahu.
"jom pergi library. nanti si Nas mengamuk pulak kita lambat pergi perbincangan tu." balas Asy, cuha menahan gelak melihat Sya terkebil kebil memandangnya.
"kau nak elak soalan aku kan?" kata Sya sambil berjalan ke arah Asy untuk mengambil semula bag nya. tapi ditepis oleh Asy.
"biar aku bawakkan." Asy terus berjalan meninggalkan Sya.
"ke kau nak aku gendong kau pegi library? aku ok je. kau bukan berat mana pun." ujar Asy seketika.
"huh? apa kau ni." Sya hampir stutter.
mamat ni kenapa?
"ha, dahtu jom." Asy sambung jalan.
Sya akhirnya akur, meninggalkan ribuan tanda tanya di dalam kepalanya dan berjalan di tepi Asy menunggu nasib di perpustakaan nanti.
_______________________________
SWEET GILA DEPA NI SINGLE NYA AKU
btw aku update sikit je sebab next chapter ada tea 🤪 korang tunggu jela next chapter apa jadi....heheheheh
disclaimer : kau boleh bayang Asyraf macam siapa siapa jela, tapi aku bayang macam Byeomgyu. suka hati ko la 😭
thankyou for reading and dont forget to comment and vote! makaciii <333
YOU ARE READING
highschool love [nasya]
Teen Fictionin which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe (?), swag > hadir dari tiktok ke tu asjsbdlfcqilxcwy > thanks for supporting, have a great day! ♡ '...