07 | asy

9.3K 1.1K 61
                                    

call me yours instead.
playlist | dari mata - jaz

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*___________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*
___________________________________

"hah?"

Sya senyum lagi. Dia melangkah setapak ke arah lelaki di hadapannya.

"you know, Asy. orang selalu panggil kau fal, tapi aku nak try panggil kau Asy." Sya sengih. Naufal melihat mata perempuan itu dengan perasaan agak kekok.

kenangan 2 tahun lepas kembali menyengat di minda lelaki itu.

2 March 2014.

"Asy, kakak nak pergi main dekat taman. Kau teman akak boleh?"

dengan malas malas, suara nama yang dipanggil itu menjeling kakaknya.

"kak, berapa kali aku nak cakap, nama aku Naufal. dari dulu ko asyik Asy je. dah macam penyanyi rock ko tahu." bidas Naufal. Kakaknya tersengih sambil mengelus lembut rambut adiknya.

"nama kau Asyraf jugak kan? tak best la panggil Naufal. macam budak budak buaya. geli tau!" kata kakaknya lagi.

"habistu, Asy tu tak macam budak jahat ke?" balas lelaki itu.

"tak. cool apa. hehe. " gelak kakaknya. Naufal menjulingkan matanya. menyampah dengan kakai dia sorang ni.

"dahla. tanak la teman kau pegi taman. pegi main sorang sorang." rajuk Naufal.

"eh, apani. jom la teman aku, kucing taman tu dah lama tak makan tau. teman la akak... akak takut nak jalan sorang sorang." pujuk kakaknya.

"dah besar panjang pun takut. pegila sendiri, aku malas la kak...banyak kerja nak buat ni..." balas Naufal, tidak memandang mata kakaknya.

perlahan lahan kakaknya mengeluh.

"...yela...aku pergi dulu." kata kakaknya perlahan.

tanpa membalas, Asyraf menyambung tugasannya. tak peduli pun kakak dia yang tengah tengok dia macam nak cekik.

"ish. kalau jadi apa apa dekat aku nanti, aku tak ampunkan kau. ko tanggungjawab." ujar kakaknya.

"ok kak, okay. dah dah, syuh." Asyraf menghalau. kakaknya mengeluh sekali sebelum mula mengorak langkah ke arah pintu rumah dan beredar.

"apela nasib aku dapat adik macamtu. tak faham aku. haih, nasibla sayang. kalau tak, dah lama aku cop dia anak pungut." bisik Kak Lara perlahan ketika berjalan. sedang dia menuju ke taman, matanya tertangkap satu binatang di atas jalan raya, terkulai lemah.

"eh, itu...." mata Kak Lara membulat.

"Comot!!"

dia bergegas ke arah Comot dan mendakapnya.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macamni..." melihat Comot yang sedang menggelupur kesakitan, dek kerana kakinya yang berdarah.

Comot kena langgar.

"sakit ya, sayang? jom kita balik ya." ujar Kak Lara, matanya bergelenang dengan air mata.

namun, belum sempat dia mengatur langkah,

PIN !! PIN !!

**********************************************

"lambat betul kakak aku ni, dia buat apa lama sangat? mesti seronok main dengan kucing liar tu." kata Asyraf sendirian.

entahlah, tapi sejak kakak dia keluar, hatinya mula rasa tak sedap hati. macam ada yang tak kena.

"ish." mula mendengar bisikan hatinya, dia berlari keluar dari rumah.

"kesiannya..muda lagi dia tu."
"baik budaknya. selalu bagi makan kucing kucing liar dekat taman tu."
"ya Allah, Lara ke tu?"

Asyraf berhenti melangkah. matanya tertusuk ke arah sosok tubuh yang berlumuran darah di atas jalan raya, bersama kucing di tepinya.

seolah olah dunianya berhenti berpusing. semua gelap. tak dapat proses insiden yang terjadi di hadapannya.

selangkah demi selangkah, menghampiri mayat kakaknya.

lelaki itu terduduk, cuba mencari tangan kakaknya. digenggam erat tangan berlumuran darah yang baru sahaja mengelus rambutnya tadi.

"kak..."

akhirnya, air matanya jatuh.

"kak..kau..bangunla. tak lawak la. bangun la kak."

cuba digoncang mayat itu sekuat hati. digeleng kepalanya berkali kali, menolak hakikat dan takdir yang ditentukan oleh Illahi.

"kak! bangunla kak! jangan la tinggal aku.." raung si adik.

dan tercoretlah tarikh hitam di dalam sebuah diari kehidupan, milik Asyraf Naufal bin Hamdi.

__________________________________

"hello? Asy? kau okay tak?" Sya menyentakkan lamunan Asyraf.

dia terkebil kebil, akhirnya kembali di realiti. berdehem dehem, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"suka hati kaula. tapi jangan sampai yang lain tau." ujarnya sebelum beredar memasuki kelas semula.

Sya memerhatikannya dengan pelik.

"kenapa mamat tu? aku ada salah cakap ke?" bisik hati kecilnya.

Sya cuba menghiraukan perasaannya dan menguntum senyuman sebelum turut mengikuti Asyraf.

"Asy..."

"kau ni pelik, kau tau tak?"

_____________________________

macamni tau, semalam aku post something dekat tiktok LEPASTU BENDE TU BLOW UP, THEN TIBA TIBA RAMAI BACA WATTPAD AKU AHAJJSSJKDJ THANKYOU YA <33

also sorry sebab dah ganti character Naufal kepada Asy, sebab aku kan perempuan, perempuan mmg complicated ya betul tu.

selamat membaca and sorry if ada tersalah bahasa or grammar !! 🤍

highschool love [nasya] Where stories live. Discover now