in which i found pure happiness in you.
- forever, till death do us apart.
[ highschool : au ]
warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe (?), swag
> hadir dari tiktok ke tu asjsbdlfcqilxcwy
> thanks for supporting, have a great day! ♡ '...
finally, im all yours. playlist | stuck in love - kim kyung hee
✫*゚・゚。.☆.*。・゚✫*. ✫*゚・゚。.☆.*。・゚✫*.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✫*゚・゚。.☆.*。・゚✫*. ✫*゚・゚。.☆.*。・゚✫*.
a/n : bismillahirohmanirohim 😁
_____________________________
Asy melangkah masuk ke dalam kelas. matanya meliar liar mencari susuk tubuh seseorang, tangannya menggengam erat tali beg sandangnya. kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan.
perasaan hampa mulai menguasai diri apabila menyedari kelibat Sya entah ke mana. digerakkan kaki, menuju ke tempat duduknya semula. memandangkan Fikhri dan Meera akan datang ke sekolah, Sya akan kembali duduk di tepi Nas, dan dia akan kembali duduk di tepi Lia.
menyusahkan.
meletakkan beg sandangnya dengan kasar di atas meja, dia memusing semula. ingin mencari Sya. namun, baru sahaja ingin keluar, Sya tiba dengan muka yang agak pucat.
Asy kembali ceria.
"hai, Sya!" tegurnya mesra. mengharapkan respon yang sama, tetapi Sya hanya menayangkan muka beku. tidak ditoleh langsung ke arahnya.
Asy bingung.
tanpa membuang masa, wanita itu menuju ke tempat duduknya, meletakkan beg dan terus melabuhkan punggung. dikeluarkan kotak pensil tanpa menghiraukan Asy yang kini berjalan ke tempatnya.
"Sya?" panggilnya lagi.
"aku..ada buat salah ke dengan kau?" soal Asy, hatinya sedikit tidak sedap hati ketika menunggu jawapan Sya. wanita itu akhirnya memandang muka lelaki itu.
"takde." balasnya pendek. Sya kembali fokus mengeluarkan buku teks dari beg sekolahnya. Asy mengetap bibir.
something is..going on.
"duduk la tempat kau. kelas dah nak mula." ujar Sya tanpa menatap mata hitam Asy. perlahan lahan, Asy mengangguk. diorak langkah sedikit demi sedikit, meninggalkan Sya.
sepanjang kelas pertama, Asy berusaha sehabis mungkin untuk fokus kepada soalan matematik tambahan yang diajari oleh Cikgu Dayana. tapi tidak berhasil. kepalanya ligat berfikir tentang perangai Sya yang berubah secara mendadak pagi tadi. dicuri beberapa pandangan ke arah Sya.
saat itu, Lia menyedari hal tersebut. diletakkan rambut di belakang telinganya dengan kemas sebelum berdehem kecil. Lia mengumpul kekuatan untuk menepuk bahu Asy. Asy menoleh.