TE AMO | HER

22 5 13
                                    

KEDEBUK!

BANG!

PANG!

PONG!

SEKEDUSHHH!

BHOOM!!!!

" Mende bab*!!!!!! " Carutan dipagi hari sangat tidak elok untuk kita. Jadi, jangan contohi Ryen yang hanat ini.

Ryen membuka tingkap biliknya dan melihat tingkat bawah. Melihat budak-budak dibawah bermain pada waktu yang masih awal dengan keadaan sangat bising.

BUKKK!

Tepat balingan selipar dikepala Ryen. Headshot!!!.

" Kau dah kenapa pagi-pagi mencarut jerit sampai bawah dengar. Mujur selipar, jangan sampai aku baling katil ni kat kau sudah " Yuri yang berada dihadapan pintu bilik Ryen masih belum berhenti berleter.

" Baling katil. Tin susu pun aku yang tolong buka " Ryen tersenyum nakal. Dia berjalan keluar dari bilik ya dan rambut diikat tinggi.

" Good morning dunia tipu-tipu. " Ryen melabuhkan punggung di kerusi. Dia melihat makanan untuk sarapan pagi sudah dihidangkan.

Baru sahaja tangannya mahu mencapai roti keju. Lantas sahaja satu tangan memegang tangannya sebelum memegang makanan.

" Gosok gigi, cuci muka and don't forget to wash your hand. You du- " kaki Ryen laju berlari ke bilik air sebelum dimaki oleh Kakak tsundere-nya itu.

Yuri dengan bergembira turun kebawah selepas membantu sedikit kemas katil Ryen tadi. Tolong adikkan, tak salah.

" Eh mana dia? Sarapan favourite dia ni. " Soal Yuri dan memandang sekeliling.

" Toilet.. " balas Yein dengan ringkas.

" Aik, pagi-pagi lagi dah tercirit. Dia makan apa semalam? " Yuri hanya mengangkat kedua mahunya dan mengambil makanan yang dihidang itu.

Terlihat seorang lelaki turun dari tangga. Siapa lagi lelaki dalam rumah itu kalau bukan Tuan Fushiguro. Bapa kepada ketiga-tiga anaknya yang berlainan perangai.

" Mana Ryen? Masih tak bangun? " Soal Tuan Fushiguro dan melihat kerusi Ryen kosong tiada tuannya.

" Dia pergi tandas " balas Yuri dengan senyuman kekok.

Terlihat sudah Ryen dengan rambut basah keluar dari tandas. Kelihatan bukan seperti gosok gigi. Ini terus mandi.

" Fuh, kau tercirit teruk sangat ke sampai kau mandi? " Soal Yuri dan sambung mengunyah makanan didalam mulutnya.

" Eh tak lah, aku mandi sebab baru balik dari pasar. Nak tangkap ikan " balas Ryen dan melabuhkan punggungnya.

" Eh bukan pergi pasar beli ikan ke? " Soal Yuri lagi.

" Eh tak, terbalik dah ni. Pergi laut beli ikan, pergi pasar tangkap ikan. Kalau kau pergi reban ayam, masuk-masuk je nampak itik. Kalau kau pergi kandang lembu, masuk-masuk kau nampak kambing. So kesimpulan dia- " belum sempat Ryen mahu menghabiskan penjelasan yang tidak masuk akal itu. Dipotong terus oleh Tuan Fushiguro.

" makan " dengan satu perkataan sahaja membuat mereka berdua senyap dan hanya bunyi air yang mengalir di dapur sahaja.

Mesti tertanya-tanya, mengapa tiada Puan Fushiguro?. Wanita itu meninggalkan Tuan Fushiguro selepas melahirkan dua kembar perempuan. Hilang tanpa jejak dan Tuan Fushiguro hanya berputus asa untuk mencari isterinya. Tidak, dia tidak lagi menganggap itu isterinya.

Sepanjang kehidupan mereka, tiada satu pun kasih sayang ibu yang mereka rasa. Tuan Fushiguro pula terlalu beku dihadapan mereka.

Yein? Dia cukup derita dengan keadaan disekeliling pada umur masih muda dan membuat dia berubah seperti sekarang.

Yuri dan Ryen? Mereka hanya tahu ibu mereka meninggal dunia dan tidak tahu hal sebenar. Yein melihat wanita itu meninggalkan Tuan Fushiguro kerana bankrap. Melihat kekasaran berlaku dihadapannya pada umur 5 tahun.

" I do like my mother but I don't want to be like her. "

TBC

Sikit-sikit je.. banyak ii buat apa.. HSHSHSHS

TE AMOWhere stories live. Discover now