TE AMO | CRUSH

11 4 22
                                    

Ryen hanya fokus pada makanan yang dihidangkan. Namun Yuri terus menjadi wanita Jepun terakhir. Lalu Yein, hanya menemani Ryen makan disebelahnya.

" This is Rinderroulade. Beef roll "  kata Noah bila melihat setiap makanan dihidangkan.

" And this one is Kartoffel puffer, it's potato dumplings " kata Noah lagi.

Ryen hanya meng'O'kan sahaja. Tak kisah apa, yang penting makanan dia makan.

Noah tersenyum dan membuat Yuri semakin cair dengan senyuman itu. Indah betul jodoh orang kan.

Sampai satu hidangan pelik diatas meja mereka.

" Sauerbraten is Roast beef stew " kata Noah lagi dan Ryen masih mengangguk lagi.

" Beef~ " Ryen baru sahaja mahu mengambil sedikit daging itu.

" No, it's a horse meat " sambung Noah.

" EHHH!? " Muka Ryen bagaikan ternampak hantu. Terkejut lalu terkentut namun mujur tidak terkentut.

" Eh, Ryen sshhh ni restaurant lah " marah Yuri.

Ryen terus membatalkan niat untuk memegang daging itu. Dia mengambil makanan yang lain. Yeon kelihatan tersenyum sedikit melihat reaksi terkejut Ryen itu. Tulah, main makan lagi.

Mesti terlupa sesuatu kan? Macam mana Noah boleh teman mereka makan di situ?

FLASHBACK

" yeinnnnnn~ boleh lah. Dia youtuber terkenal tu! Pleaseeeee " pujuk Yuri sambil memegang lengan Yein.

" Aha? Do I care? " Balas Yein dengan ringkas.

" Sekali je, serius! Sekali je. At least kalau ada dia, kita tahu barang apa ada dengan german. Hm? Pleaseeeee " pujuk Yuri lagi.

" Eih kau ni, yelah.. masalah betul " jawap Yein.

Maka bermulalah kisah~ eh kisah Mende.

🔸🔸🔸🔸

Pintu bilik mereka diketuk oleh seseorang. Bilik mereka juga sudah diterangi oleh cahaya mata hari.

" HUWARGHHH!!!!!! " Yein menggelengkan kepala melihat Ryen menguap diatas katilnya.

" Yup? " Yein membuka pintu dan ada dua orang lelaki dihadapan pintu. Noah dan lagi seorang lelaki yang tidak dikenali.

" Hi and morning.. " sapa Noah bersama senyumannya. Lelaki dibelakangnya hanya tersenyum kekok.

" Urghh.. kau buat apa dekat sini?" Soal Yein dan mengangkat keningnya.

" Ouh, teman korang semua lah. It's not just yesterday " kata Noah.

" Yeah here. Kevin, Yein and Yein this is my friend Kevin or just call him Kev "  Noah mengambil tangan Kevin dan Yein untuk bersalaman.

" Hi.. " sapa yang sangat kekok ya.

" Just forget about that. Come in "   Yein membiarkan pintu terbuka supaya mereka boleh masuk. Dia tiada masa mahu memberi tumpuan pada tetamu begitu.

Yuri masih didalam tandas dan Ryen menyelubungi dirinya dengan selimut tebal hotel itu. Dua lelaki itu masuk hanya ada pakaian yang mereka baru beli semalam.

" Korang tak bawa pakaian datang sini ke? Or kena rompak? " Soal Noah dan melabuhkan punggung di sofa kecil.

" Tak, kitorang tak ada masa nak kemas baju. " Balas Ryen didalam selimut.

Kevin memandang ke atas katil. Ada orang gamaknya, fikir bantal peluk.

" Habis tu korang nak pakai apa? " Soal Noah lagi dan Yein menghembus nafas berat.

" Pakai baju lah, kau ada nampak kitorang pakai daun pisang je? " Balas Yein.

Noah berdecit dan Kevin tergelak kecil dengan cara Yein membalas soalan Noah. Tahu pula terdiam Noah. She's different bruh, remember that.

Yuri keluar dari tandas dengan rambut basahnya. Tuala kecil menyerap air disambut Yuri. Noah terlihat pada Yuri yang menutup pintu sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala.

Yuri baru sahaja menoleh ke kanan sudah terlihat jelas Noah melihatnya. Membulat mata Yuri.

Pintu tandas dibuka semula dan Yuri masuk kembali. Jantungnya berdegup kencang. Apakah ini, Yuri anda masih hidup?.

" Kau nak pintu tu rosak cepat ke apa?! " Jerit Ryen dari luar.

Ryen membawa dirinya bersama selimut berjalan dihadapan pintu bilik air.

TUK! TUK! TUK!

" keluar lah, aku pun nak mand- " pintu bilik air dibuka dan tangan Ryen ditarik kedalam dan selimut itu tertinggal diluar.

" Eh? Kau dah kenapa? Tarik aku macam lohong hitam " kata Ryen dan melihat Yuri dihadapan bagaikan orang perlukan oksigen.

" Kau ok tak ni? Kau dah kenapa? " Soal Ryen lagi. Risau melihat kakaknya lagi seorang ni.

" Siapa kat luar? " Yuri mahu memastikan, itu Noah ke?.

" Noah dengan lagi seorang kaki aku tak kenal. Entah Noah pun tak kenal, tahu nama je. Hehe " jawap Ryen dengan selamba.

" Huh... " Yuri memegang dadanya.

' tahu lah crush tapi agak-agaklah sampai macam ni rasa dia. AKU BARU BUAT EYE CONTACT DENGAN DIA WOI!!! ' Yuri hanya mampu menjerit dalam hati. Ryen melihatnya. ' akak aku ni dah kenapa? Biul pepagi ke? '

TBC

Chap NI hambar.. i'm sorry. Hshshsh
Saya hanya budak yang hanya mahu berangan.
Aku budak girl~
Yang pantang menyerah~
Takkan berundur~
Sebelum berjaya~

terima kasih semua. Tepuk tangan!

TE AMOWhere stories live. Discover now