Setelah hampir tiga jam, akhirnya mereka sampai ke Villa tersebut. Vila itu tersergam indah betul-betul di puncak Bukit Serapi. Ia merupakan rumah agam yang mempunyai tiga tingkat. Lamannya amat cantik seperti dijaga dengan baik.
"Fulamak!!" Siska bersuara teruja. "Jom kita Selfie woi!!"
Yang lain turut tercengang memandang villa itu. Gambar mula diambil sebagai kenangan.
"Jom kita masuk." Reena bergerak paling depan menuju ke pintu. Dia memulas tombol pintu itu akan tetapi ianya terkunci. "Aik... Terkunci lah!"
"Kau ada dapat kunci tak, Ma?" Hidayah memandang Fatimah.
"Tak ada pula. Sebab—"
"AAAAAA!!!!!"
Mendengar jeritan Nadya, Siska, Hidayah, Reena dan Pikah turut menjerit. Sarra, Fiza, Mira dan Dayang turut terkejut. Sofia, Bella dan Fatimah pula hanya menutup telinga akibat jeritan yang melampau itu. Apa yang mengejutkan mereka, seorang lelaki tua dengan wajah bengis yang menakutkan berdiri di hujung rumah itu sambil memandang mereka.
"Aaaaaaa!!!" jeritan mereka semakin kuat.
"Kenapa ni?"
Seorang wanita tua muncul di sebelah lelaki tua tadi. Wajah wanita itu juga sama bengis dengan lelaki itu.
"Mak Ida ke?" Tanya Fatimah sambil mengecilkan matanya merenung wanita tua itu.
"Ya." wanita tua itu mengangguk. "Kamu ke yang nak sewa villa ni?"
"Ya, kami lah ni." jawab Fatimah teragak-agak.
Wanita yang bernama Mak Ida itu berjalan mendekati perlahan-lahan mendekati mereka. Dia mengeluarkan kunci yang banyak lalu membuka pintu itu dengan sekali cuba sahaja seolah-olah dia sudah tahu mana satu kunci yang sepatutnya. Dia membuka pintu sambil memandang mereka. "Masuklah."
Tanpa banyak bercakap, mereka terus sahaja melangkah masuk. Ada juga yang masih teragak-agak. Rumah itu benar-benar luas dan dihiasi dengan barang-barang antik. Walaupun segala barang perhiasan itu agak tradisional dengan bentuk yang lama, rumah itu tetap nampak cantik.
"Rumah ni ada sembilan bilik." beritahu Mak Ida. "Tujuh bilik di atas dan dua lagi di bawah."
Tiada seorang pun yang memberi sebarang balasan. Masing-masing fokus memandang sekeliling.
"Kamu boleh guna mana-mana bilik—jangan buka bilik tu!!"
Serentak semua orang menoleh. Wanita tua itu sedang merenung tajam ke arah Mira yang sedang memegang tombol pintu sebuah bilik yang terletak paling hujung di bawah tangga.
"Kamu boleh guna mana-mana bilik kecuali bilik tu." tegas Mak Ida kembali dengan riak wajah sebelum ini.
Tiada seorang pun yang membuka mulut untuk bertanyakan sebab. Sepertinya wanita tua itu tidak boleh ditentang.
"Dan satu lagi." Mak Ida bersuara lagi. "Jangan sesekali kamu naik ke tingkat tiga."
Kenyataan itu membuatkan semua orang berpandangan. Terlalu banyak pantang larang yang diberikan. Adakah ini sebabnya villa itu murah untuk disewa?
"Kenapa, Mak Ida?" Tanya Sarra tidak dapat mengawakl dirinya.
"Jangan banyak soal." tegas Mak Ida. "Bila saya beri arahan, tolong ikut. Ini tempat orang. Bukan tempat kamu."
Penyesalan mula dirasa. Mereka semua hanya mampu mengangguk bagaimanapun sudah mula berfikir untuk tidak kekal menyewa di situ.
"Mak Ida..." Dayang bersuara tiba-tiba. "Siapa pak cik tua tadi tu?"
"Itu tukang kebun kat sini." jawab Mak Ida. "Dia memang macam tu. Bisu. Abaikan je dia."
Semua orang hanya mengangguk tidak bersuara. Mereka ingin bertanya lagi sama ada mereka suami isteri atau bukan tetapi segera melupakan niat itu.
"Saya dengan dia tak akan bermalam di sini." beritahu Mak Ida. "Jadi kamu kena pandai-pandai jaga diri. Ingat pesan saya."
"Baik, Mak Ida." Fatimah mengangguk dengan riak wajah yang masih lagi teragak-agak. "Terima kasih."
Mak Ida hanya mengangguk. "Saya balik dulu. Saya akan datang semula pada hari terakhir kamu di sini."
Mereka hanya mengangguk sambil melihat Mak Ida keluar dari situ tanpa menunggu balasan.
"Besarnya rumah ni." Hidayah masih lagi tercengang melihat rumah itu. Keterujaannya masih belum tamat.
"Jom kita naik atas." Siska cuba menukar topik ketika dia berjalan menaiki anak tangga. Dia tidak mahu percutian mereka menjadi sugul. Yang lain pula hanya mampu menyusul.
Terdapat ruang tamu kecil di tingkat dua itu. Ada meja dan sofa untuk bersantai. Tujuh bilik mengelilingi ruang tamu itu dan terdapat sebuah tangga untuk naik ke tingkat tiga. Tiga bilik berada di sebelah kanan dan empat lagi bilik berada di sebelah kiri.
"Kat sini ada tujuh bilik." ujar Pikah setelah selesai mengira. "Kita tidur sebilik dua orang lah. Macam?"
"Cun!!" Reena menyokong. Dan sepertinya, tiada bantahan daripada yang lain membuatkan itu menjadi kata putus bersama.
"Sarra!!" pekik Siska sambil merangkul gadis itu. "Aku dengan kau. Kita kat sini je."
Siska dan Sarra melangkah masuk di bilik pertama sebelah kanan betul-betul berdekatan tangga tempat mereka berdiri.
"Biar kami kat sebelah bilik kamu je lah." Fatimah menarik tangan Hidayah masuk ke bilik itu tanpa bertanya sama ada mereka ingin berkongsi bilik atau pun tidak. Bagaimanapun, tiada bantahan.
"Pikah!!" Reena memegang lengan Pikah. "Kita sebilik okey?"
"Yalah.." ujar Pikah seperti tidak berminat. "Kita kat sebelah bilik Fatimah ni je. Dekat dengan tangga ni."
Sofia, Bella, Dayang, Fiza, Nadya dan Mira berpandangan. Tidak tahu hendak memilih yang mana.
"Kamu nak bilik yang mana?" Tanya Nadya.
"Terpulang." Dayang menjawab. "Mana-mana pun boleh."
"Eh, Dayang..." Nadya menyigung gadis itu. "Kita sebilik lah."
Dayang hanya mengangguk tidak membantah. Nadya terus membuka pintu bilik yang kedua dari tangga sebelah kiri. Fiza memandang Mira yang hanya mengangguk sebagai tanda isyarat bahawa mereka boleh menjadi rakan sebilik kemudian membuka pintu bilik yang ketiga. Bella dan Sofia berpandangan. Hanya tinggal mereka berdua sahaja lagi.
"Kau nak hujung dekat tangga tu ke atau paling hujung dekat tangga nak ke bawah ni?" Tanya Sofia.
"Dekat tangga ni je lah." Bella menjawab.
_______________________________________
A/n: Dah lama aku tak buat crita camni. Yg seram atau misteri2 ni. Nanti la cuba cari ilham. Huhu. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Percutian Ngeri ✔
HorrorMengisahkan 12 sekawan yang merancang percutian mereka bersama. Mereka bersetuju untuk menyewa sebuah villa agak jauh dari kota selama seminggu. Mereka langsung tidak tahu apa-apa mengenai villa tersebut. Banyak perkara aneh berlaku semasa mereka be...