Reena bergolek-golek di atas katilnya seperti cacing kepanasan. Sudah beberapa jam dia seperti itu. Pikah yang tidur di katil sebelah sudah nyenyak dibuai mimpi langsung tidak perasan apa-apa. Dia sepertinya nyenyak tidur berbeza dengan kawannya yang satu ini.
Reena bangun dari katil sambil mendengus kuat. Dia memandang Pikah yang sedang tidur secara meniarap dengan tangannya hampir menyentuh lantai. Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu.
"Pikah... Pikah..."
"Mmmm...." Jawab Pikah tanpa membuka matanya tetapi nadanya cukup jelas menunjukkan dia tidak mahu diganggu.
"Teman aku pergi tandas." ujar Reena sambil memuncungkan bibirnya.
Pikah tidak menjawab. Malah, dia langsung tidak mendengar permintaa kawannya itu. Dia sudah terlelap semula.
"Pikah!"
Pikah membuka matanya serta-merta. Dia menarik nafas panjang ketika mengubah kedudukannya. "Apa lagi ni, Reena?!"
"Aku nak buang air. Teman lah aku.." rayu Reena dengan nada terdesak.
"Kau pergi je lah. Bukannya ada apa pun! Mengada betul lah!" Pikah mendengus kemudian berpaling untuk menyambung semula tidurnya.
Reena hanya mampu menjeling kawannya itu sambil menyumpah seranah di dalam hati. Dia bangun dari situ kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas lalu dia melangkah keluar dengan malas. Tanpa berfikir panjang, Reena berjalan turun ke tingkat bawah. Kawasan villa itu kelihatan lebih menyeramkan dari biasa apabila sunyi. Hanya cahaya samar-samar dari lampu-lampu kecil yang terlekat di dinding rumah itu menjadi peneman.
Reena terpandang satu susuk tubuh yang lebih kurang dengannya berjalan di ruang tamu itu dalam keadaan gelap. Dia mengecilkan matanya cuba mengenali siapakah gerangan kelibat itu. Ketika kelibat itu membuka satu pintu yang terletak di hujung villa itu, barulah Reena nampak wajah orang itu dengan jelas kerana cahaya memancar ke wajahnya.
"Sarra!!"
Reena segera berlari menuju ke tempat kelibat Sarra menghilang tadi. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu itu kemudian menjenguk ke dalam. Bilik itu kelihatan penuh dengan barang-barang yang disusun kemas.
"Bilik apa ni?"
Reena memandang sekeliling bilik itu. Ia kelihatan seperti sebuah stor tetapi terlalu besar ruangannya seperti sebuah bilik. Barang-barang yang disimpan di situ juga semuanya barang-barang yang masih boleh digunakan.
"Sarra..." panggil Reena. "Sarra..."
Tiada sahutan yang diterima. Dia benar-benar yakin bahawa dia melihat gadis itu masuk ke bilik itu.
"Sarra!" Reena mula mengeraskan suaranya.
"Ke... Kee... Ke..."
Reena tersentak serta-merta. Bulu romanya mula meremang. Kedengaran suara seorang perempuan yang kedengaran uzur baginya.
"Ke... Ke... Ke..."
Reena menelan air liurnya. Dia dapat merasakan suara itu kini berada di belakangnya seperti sedang mengerekot menuju ke arahnya.
"Ke... Lu... Ar..."
Reena menoleh pantas. Langkah kakinya sudah dibuka sebagai persediaan untuk dia lari. Bagaimanapun, tiada apa-apa di situ. Suara itu juga sudah tidak kedengaran lagi membuatkan dia mengelipkan matanya.
"HIHIHIHIHIHI!!"
Reena terkejut mendengar hilai tawa seorang wanita yang muncul entah dari mana. Dengan pantas dia berlari keluar dari situ. Setelah dia melangkah keluar, tidak semena-mena pintu bilik itu tertutup kuat dan kedengaran seperti seseorang telah menguncinya dari dalam.
Reena yang kini dalam keadaan terkejut terus kembali ke biliknya. Rasa ingin membuang air itu sudah tiada. Kelihatan Pikah masih lagi lena tidur di atas katil. Tanpa berfikir panjang, dia terus baring dan memaksa matanya untuk terlelap. Berharap apa yang dialaminya tadi hanya khayalan semata-mata.
_______________________________________
A/n: Hahh... Korang rasa apa yang jadi? Bilik apa sbnrnya tu? Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
Percutian Ngeri ✔
TerrorMengisahkan 12 sekawan yang merancang percutian mereka bersama. Mereka bersetuju untuk menyewa sebuah villa agak jauh dari kota selama seminggu. Mereka langsung tidak tahu apa-apa mengenai villa tersebut. Banyak perkara aneh berlaku semasa mereka be...