"Tak ada." Sofia yang baru muncul di pintu bersama Dayang bersuara. Mereka segera merebahkan punggung di sofa.
Kawan-kawan mereka yang lain yang sudah sampai di situ terlebih dahulu hanya mendengus perlahan.
"Kami pun tak ada jumpa." ujar Sarra.
"Ke mana pula dia pergi?" Gumam Nadya.
"Satu lagi..." Siska memandang semua orang yang ada di situ. "Kamu yakin ke Reena belum balik lagi?"
"Tak pelik ke?" Pikah memandang Siska. "Macam mana Reena boleh hubungi abang dia kalau kat sini tak ada line?"
Siska menarik nafas panjang tidak membalas. Dia benar-benar berharap Reena sudah pulang ke rumah.
"Tapi barang-barang dia kan dah tak ada?" Fatimah mencelah. "Mesti dia dah bawa balik kan?"
"Entahlah." Fiza menarik nafas panjang. "Tak ada sesiapa yang dapat pastikan apa-apa sekarang ni."
*****
Sarra berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga itu di tengah malam. Dia meregang-regangkan otot lehernya seketika. Dia memandang sekeliling penuh berhati-hati. Dia berasa sangat haus. Pikah dan Siska yang tidur di biliknya langsung tidak mahu menemankannya turun untuk mengambil air.
Sarra tersentak secara tiba-tiba. Dia dapat melihat satu kelibat berlari menuju ke dapur. Matanya yang tadi terasa mengantuk kini mula segar serta-merta. Dia benar-benar pasti ada seseorang berlari ke dapur.
Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke tempat itu. Dia menjengukkan kepalanya untuk melihat jika ada sesiapa di situ. Apa yang peliknya, tiada sesiapa yang kelihatan. Dapur itu kelihatan sunyi dan lengang. Sarra mendengus perlahan kemudian segera membuka peti sejuk lalu meneguk sebotol minuman sejuk. Dia berasa benar-benar lega. Tekaknya kini terasa sejuk dan menyenangkan. Dia segera menutup peti sejuk itu lalu berjalan kembali ke biliknya.
Bunyi derapan pintu dibuka menghentikan langkah Sarra yang baru sahaja berpijak di anak tangga yang pertama.
"Sarra..."
Sarra terkedu. Bunyi namanya dipanggil benar-benar membuatkan bulu romanya menegak.
"Sarra..."
Entah kenapa, sepertinya dia kenal benar dengan suara itu.
"Sarra..."
Sarra menelan air liurnya. Perlahan-lahan dia berpaling menoleh ke belakang. Apa yang mengejutkannya, satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya dapat dilihat. Hidayah sedang berdiri dengan wajah yang pucat penuh darah di seluruh badannya. Dia memandang Sarra sayu sambil menangis.
"Hidayah!" Sarra membesarkan matanya.
Hidayah hanya menangis tersedu-sedu kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik yang mana mereka tidak di benarkan masuk. Tanpa berfikir panjang, Sarra terus mengejar kelibat yang disangka Hidayah itu tadi.
"Dayah!" panggil Sarra setelah masuk ke dalam bilik itu. "Dayah!!"
Sarra memandang keseluruhan bilik itu. Sesuatu yang agak pelik dan sedikit menyeramkan baginya. Ia dipenuhi dengan barangan antik yang tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat pun ketika ini.
"Bilik apa ni?" Fikir Sarra sendirian.
Ukiran dinding bilik itu juga diperbuat daripada dinding berwarna emas dan diukir dengan unik sekali. Apa yang menarik perhatian Sarra adalah sebuah pintu emas yang berada di sudut paling hujung ruangan itu. Perlahan-lahan dia mendekati pintu itu dan memulas tombolnya. Dia terkejut apabila ia adalah laluan kepada sebuah lagi bilik yang besar.
"Bilik??" Sarra berfikir sendirian. Dia langsung tidak menyangka bilik itu akan menjadi sebesar itu. Terlalu banyak laluan dan ruang yang mereka tidak tahu di bahagian villa.
Sarra melangkah masuk ke dalam bilik itu perlahan. Ia hanya ditemani lampu dinding yang hampir sama dengan lampu yang berada di ruang tamu. Ada lilin yang terpasang di atas sebuah meja berdekatan sofa. Seolah-olah ada orang yang masuk dan menyalakannya di situ. Mustahil ia tidak mati ditinggalkan. Sarra memandang sekeliling bilik itu dan dia tertarik melihat sebuah gambar keluarga yang tergantung besar di atas sebuah rak.
Sepasang suami isteri yang tersenyum ceria bersama empat orang anaknya. Seorang lelaki kacak yang tersenyum manis, dua orang budak perempuan yang kelihatan dalam lingkungan 7 tahun dan seorang lagi perempuan yang lebih kurang sebaya dengan lelaki kacak itu. Bagaimanapun, wajahnya seperti pernah dilihat. Ia seolah-olah tidak asing lagi bagi mereka.
Sarra meneliti wajah perempuan itu sedalam-dalamnya. Dia tersentak secara tiba-tiba. Memang sah! Dia cukup mengenali perempuan itu.
PAKKK!!!!!
Sarra menoleh pantas ke belakang apabila terdengar bunyi hentakan pintu yang amat kuat.
"Kau tak sepatutnya masuk ke sini, Sarra."
"K— K— K— Kau??"
Perempuan yang berada di hadapannya itu tersenyum sinis yang cukup mengerikan. Dan sesuatu yang ngeri berlaku selepas itu tiada siapa yang tahu atau menjadi saksi.
_______________________________________
A/n: Another update!! Fuh... Takut terlupa lama. Tertangguh nanti cerita ni. Kalau dapat sy update lg k. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
![](https://img.wattpad.com/cover/32818862-288-k327247.jpg)
YOU ARE READING
Percutian Ngeri ✔
TerrorMengisahkan 12 sekawan yang merancang percutian mereka bersama. Mereka bersetuju untuk menyewa sebuah villa agak jauh dari kota selama seminggu. Mereka langsung tidak tahu apa-apa mengenai villa tersebut. Banyak perkara aneh berlaku semasa mereka be...