Kebenaran (Part 1)

1.3K 95 13
                                    

Bella membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih lagi terasa berdenyut-denyut. Pandangannya agak berpinar-pinar. Dia berusaha mengelipkan matanya untuk membetulkan pandanganya. Dia terkedu seketika memandang sekeliling.

"Tempat apa ni?"

Bella baru tersedar. Tangannya kini terikat. Begitu juga dengan kakinya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia terlalu ketat. Dia terpandang Dayang dan Nadya yang kini sedang memandangnya dengan wajah yang pucat lesi. Air mata kini sudah penuh di wajah mereka.

"Dayang!! Nadya!! Apa dah jadi??"

Kedua-dua gadis itu tidak menjawab. Entah kenapa, mereka merasakan tiada guna bagi mereka untuk menjawab. Bella masih lagi berusaha untuk melepaskan dirinya. Dia memandang sekeliling sekali lagi. Bau hanyir yang sangat busuk menusuk ke hidungnya. Ia seperti satu ruang yang luas dengan hanya cahaya lilin yang berada di sekeliling tempat itu. Ia dipasang di merata-rata tempat dengan jumlah yang banyak.

"Apa ni??" Bella menendang rangka-rangka tulang yang menjijikkan di atas lantai di sekelilingnya.

"Bella..."

Bella segera menoleh memandang Dayang. Mata gadis itu kini bergenang kemudian menuding ke arah sesuatu menggunakan mulutnya. Bella menoleh pantas. Alangkah terkejutnya dia melihat semua kawan-kawannya yang hilang sebelum ini sedang terbaring di suatu sudut mengikut susunan. Reena, Hidayah, Sarra, Pikah, Siska, Mira dan Fiza semuanya sedang duduk bersandang di dinding tidak sedarkan diri. Badan mereka berlumuran darah dan penuh dengan calar. Mereka mungkin pengsan. Atau lebih tepat lagi... Mati!

"Hahahahahahaha..."

Kedengaran hilai tawa yang entah dari mana. Bella tersentak serta-merta. Seorang lelaki tua bersama seorang perempuan tua muncul disusuli dengan tiga orang perempuan. Bella membesarkan matanya. Dia kenal semua orang-orang itu kecuali dua orang perempuan yang berwajah sama.

"Fatimah???"

Fatimah tersenyum sinis yang menjengkelkan. "Ya. Aku."

"Apa semua ni??" Bella memandang Dayang dan Nadya sekali imbas yang kini sedang mengeluh perlahan. Sepertinya kedua-dua mereka sudah tahu apa kebenaran di sebalik semua ini.

"Terkejut ke??" Tanya Fatimah menyebabkan Bella kembali memandangnya. "Perkenalkan... Ini ayah saya. Saya rasa kamu kenal sebab dia jadi tukang kebun masa kita mula-mula sampai." Fatimah menuding ke arah lelaki tua dengan wajah bengis itu kemudian beralih kepada perempuan tua itu. "Dan ini mak saya, Mak Ida. Dua lagi ni adik perempuan saya. Kembar."

Bella membesarkan matanya. "Jadi villa tu...?"

"Rumah saya." pintas Fatimah. "Dan sudah pastilah saya yang merancang untuk bawa kamu semua ke sana."

Bella terdiam serta-merta. "Kenapa kau buat semua ni?"

Fatimah merenung wajah Bella tajam. "Aku perlukan darah."

"Untuk apa??" Bella mengerutkan dahinya. Dia merasa jijik mendengar perkara itu. Dia dapat merasakan dia tidak akan menyukai jawapannya.

"Untuk aku terus hidup!!!" Fatimah membentak bagaimanapun senyuman masih terukir di wajahnya. Dia seperti orang kurang waras.

"Kau tak ada darah sendiri ke?!" Nadya memekik.

Fatimah beralih memandang gadis itu sambil tersengih. "Darah manusia biasa dalam badan aku ni tak boleh biarkan aku hidup selama-lamanya."

"Tak ada siapa pun yang nak hi....dup..." Nadya terdiam seketika. "Jangan cakap kau bukan berumur dua puluh satu tahun??"

Fatimah segera tersenyum. "Bingo!"

Percutian Ngeri ✔Where stories live. Discover now