Lari!! (Last Part)

1.5K 132 32
                                    

Serentak mereka semua menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi tembakan itu. Darah terpercik keluar dari mulut Nadya. Dia memandang kawan-kawannya sebelum rebah ke tanah.

"NADYA!!!!!!!!" jerit Dayang ingin berlari kembali ke arah gadis itu.

"Tak!!" Bella segera menghalang Dayang.. "Kita kena terus la....."

Belum sempat Bella menghabiskan kata-katanya, beberapa das tembakan dilepaskan lagi membuatkan mereka bertiga berlari bertempiaran untuk berlindung.

"Jangan ingat kamu boleh lari!!" suara Fatimah jelas bergema di hutan itu.

"Argh!!!"

Serentak Bella dan Sofia menjenguk keluar dari balik pokok tempat mereka bersembunyi. Dayang kini diheret oleh dua kembar itu keluar dari tempat persembunyiannya.

"Dayang!!" pekik Bella dan Sofia ketika keluar untuk menyelamatkan gadis itu bagaimanapun terhenti apabila Fatimah melepaskan tembakan hampir terkena di kaki Sofia.

"Kan aku dah cakap tak ada orang yang boleh lari kalau dah datang sini." gumam Fatimah masih mengacukan pistolnya.

Bella dan Sofia berdiri kaku sambil mengangkat tangan mereka.

"Bunuh dia." Fatimah memandang kedua-dua adik kembarnya itu.

"Dengan senang hati." serentak kedua-dua kembar itu tersenyum serupa lalu memandang Dayang sambil mengangkat tinggi kapak yang mereka pegang.

"Argh!!!"

Serentak semua orang terkejut mendengar jeritan itu. Apa yang membuatkan mereka lebih terkejut, jeritan itu datang daripada salah seorang kembar itu sebelum jatuh ke tanah dengan mata yang terbeliak.

"Apa kau buat?!!" Fatimah mengacukan pistolnya pada Dayang.

Dayang hanya tercengang kemudian memandang sekeliling. Dia sendiri sudah tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Berani kau..."

"Ar Argh!!!"

Belum sempat Fatimah menghabiskan kata-katanya, seutas tali melilit leher seorang lagi kembar itu dan dia ditarik naik ke atas pokok. Dia meronta-ronta cuba melepaskan dirinya bagaimanapun tali itu semakin kuat melilitnya. Tidak lama kemudian, dia tidak bergerak lagi.

"Apa dah jadi?!!!" Pekik Fatimah memandang sekeliling. Dia semakin terdesak kerana tidak tahu siapa yang melakukannya. Sofia dan Bella hanya berdiri tercengang sambil memandang sekeliling. Dayang turut bangun juga melakukan hal yang sama.

"Siapa tu?!!!" Jerit Fatimah ketakutan dengan tekanan yang tinggi. Dia semakin terdesak. "Keluar!!!"

"Ugh... Ugh..."

Serentak semua orang menoleh ke arah lelaki tua itu. Dia kini sedang menggigil tidak mampu berbuat apa-apa sambil memegang lehernya yang seolah-olah ada sesuatu mencekik di situ.

KRAK!!!

Kepala lelaki itu tua itu dipulas ke belakang dengan iringan bunyi tulangnya yang patah sebelum dia rebah ke tanah.

"Apa..." Fatimah tercengang melihat apa yang berlaku. Dia menghalakan pistolnya pada Dayang. "Macam mana semua ni boleh berlaku??"

"Mana lah kami tahu!" bentak Dayang.

"Kau..." Fatimah mengalihkan pula pistolnya ke arah Sofia. "Kau yang buat semua ni kan??"

Sofia menggelengkan kepalanya.

"Kau!" tempik Fatimah. "Sebab kau yang hilang secara tiba-tiba."

Sofia tersentak mendengar kata-kata gadis itu. Dia baru teringat. Perlahan-lahan satu lembaga berjalan entah dari mana lalu berdiri di hadapan Fatimah menyebabkan semua orang terkejut. Asyraf! Akan tetapi, wajahnya kini pulih kepada sedia kala. Sama dengan wajah yang Sofia lihat di dalam gambar.

Percutian Ngeri ✔Where stories live. Discover now